Thursday, December 24, 2009

PMR 2009

28,188 peroleh semua A dalam PMR

24/12/2009 2:10pm

PUTRAJAYA 24 Dis. — Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

"Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas,” katanya.

Alimuddin berkata, prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun.

"Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.

Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Alimuddin berkata, untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat Semua A.

- BERNAMA

Thursday, December 17, 2009

TAHNIAH

RENUNGAN:

UTUSAN MALAYSIA 17.12.2009.

Sokong titah Sultan Selangor:

SEAKAN senada dan seirama, begitulah senario yang boleh dikatakan bagi menggambarkan pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan tiga parti iaitu DAP, Keadilan dan Pas. Tindakan mereka juga saling mengikut antara satu dengan yang lain.Jika sebelum ini, digambarkan bahawa semua yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah tidak tepat serta membazirkan wang rakyat serta pelbagai lagi tohmahan serta fitnah juga turut dilemparkan. Tetapi selepas menang tampuk pemerintahan negeri itu langsung tidak berubah atau tiada usaha pembangunan yang dibuat.Kebanyakan masa habis dengan aktiviti politik untuk mengukuhkan sokongan kepada individu tertentu dalam parti dan parti yang mereka wakili.Janji serta manifesto yang diuar-uarkan sebelum ini lenyap, tidak diketahui apakah tindakan selanjutnya daripada mereka.Oleh yang demikian, titah Tuanku Sultan Selangor bersempena hari keputeraan baginda yang ke-64 hujung minggu lalu satu perkara yang tepat dan wajar diberikan perhatian oleh semua pihak.Memetik titah baginda: "Janganlah banyak bercakap sahaja tetapi hendaklah melaksanakan perkara-perkara berfaedah kepada rakyat".''Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah soal-soal politik.'' Titah Tuanku Sultan seakan menghidu sesuatu yang kurang enak sedang berlaku, kepincangan hilang kepercayaan terhadap penjawat awam negeri dan perbalahan terhadap pelbagai isu yang melibatkan portfolio Exco yang saling bersilang tugas juga harus dihentikan segera.Meskipun tidak bermastautin di Selangor, pengalaman di Pulau Pinang juga hampir sama bagi kami di sini. Pelbagai isu baik dari aspek pembangunan negeri hingga kepada isu yang remeh-temeh seakan tidak dipedulikan. Malah isu-isu ini dijadikan bahan berceramah politik yang menjelikkan bagi rakyat.Tugas utama pemimpin negeri serta barisan Exconya adalah untuk mentadbir negeri dalam merancang serta melaksanakan usaha pembangunan dalam semua bidang akan tetapi ia seakan gagal atau di kesampingkan. Agenda ceramah politik adalah lebih penting daripada tugasan hakikinya.

Oleh itu, Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang menjunjung kasih atas titah Tuanku Sultan Selangor dan kami menyokong penuh pandangan serta pendapat Tuanku Sultan.
Semuanya adalah ke arah menyatupadukan umat Melayu dan menyuburkan amalan demokrasi yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.
MOHD. ZUHAILI JAMALI Setiausaha
Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang

(Komen blogger-Kuasa yang ada gunakanlah untuk pembangunan rakyat)

Monday, December 14, 2009

Model Inkuiri.

Sewajarnya dalam mengisi kepimpinan muda,beberapa teori boleh diketengahkan dalam menjana kepimpinan muda yang wibawa dan berpengaruh.Tanpa landasan teori-teori tertentu kewibawaan kepimpinan muda itu mungkin ada lompangnya.Terdapat pelbagai teori yang boleh disandarkan seperti teori model arahan kendiri,model pemerhatian -penilaian,model latihan,dan model inkuiri.

Oleh itu organisasi belia harus dapat menguasai atau secara asasnya mengetahui akan senario teori-teori itu.Lantaran itu kepimpinan mereka akan lebih dapat diterima oleh golongan remaja dan belia(15 tahun hingga 40 tahun)Justetu itu modul inkuiri lebih menjurus kepada penyelesaian masalah.(contohnya program makan malam perdana).

Dalam hal ini ahli organisasi akan mengenalpasti masalah yang mereka hadapi.Seterusnya mengutip,mengatur,menyusun dan menilai setiap langkah-langkah dalam menjayakan program itu.Masalah-masalah yang dihadapi dirungkaikan secara sistematik,mengamalkan konsep reflektif,pembuat keputusan dan bijak menyusun strategi.

Oleh itu matlamat akhir akan dapat dicapai dan seterusnya mendokumenkan akan hasil kerja mereka dalam menjana setiap permasalahan atau tugasan.Hal ini membawa kepada kesungguhan organisasi itu bergerak dan bertindak,ahli-ahli diberikan peluang untuk bergerak dan menyelesaikan masalah.Kepuasan ahli-ahli akan dapat dijelmakan,akhirnya akan memberikan satu pengalaman yang berharga kepada ahli-ahli dalam organisasi.

Thursday, December 10, 2009

Belada Hilang Peta.(puisi)



A.Samad Said
Balada Hilang Peta -1990

Kita perlu turun
Dari menara
Melepas capal
Berjalan kaki
Merasakan keresahan
Nafas bumi
Kita sekarang sedang
Didesak ditengah
Dendam gelegak
Sedang disiku
Dari seluruh penjuru
Sedang dihina
Kerana terlalu lama
Sengaja mengalah
Kita sedang genting
Dan sedang gering
Kita perlu marah
Sejujur hati,
Untuk bermamah
Dibumi sendiri
Kali ini
Jika kita bernyanyi
Biarlah lagu yang
Paling hakiki
Jika kita bersuara
Biarlah jujur rasa
Biarlah ketika didengar anak cucu
Mereka akan bangga
Datuk neneknya
Lelaki tang berani
Mereka akan merasa
Bermaruah ditengah
Buminya sendiri
Kita perlu bangun
Sekali ini
Bangun pertahan
Yang hakiki

Saturday, December 5, 2009

Arkib Rencana:

ARKIB : 26/11/2009(Utusan Malaysia)

Catatan nostalgia tentang GPMS

Keluarga GPMS mestilah maklum
Pesanan Aminuddin Baki masa silam
Jangan sampai itik di air mati tak minum
Jangan sampai ayam di kepok mati tak makan
CABARAN dan dugaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan beralih mengikut zaman dan keadaan, tetapi nawaitu dan matlamat perjuangan tetap tak akan berubah iaitu "untuk melihat anak bangsa berada di tahap pendidikan yang tinggi." Itulah inti sari ucapan Datuk Seri Reezal Merican di atas pentas Dewan Seri Budiman kampus induk UiTM Shah Alam, pagi Sabtu minggu lalu.
Walau pun tidak disebutnya secara eksplisit, keseluruhan "ucapan dasar presiden" yang disampaikan sempena persidangan agung tahunan ke-55 itu, mengingatkan bahawa "strategi boleh (malah perlu) berubah, tetapi matlamat jangan dikompromi."
Namun di sebalik ucapan Reezal yang berkobar-kobar itu beliau tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan keprihatinannya terhadap pelbagai cabaran dan dugaan hebat yang dihadapi oleh GPMS dan bangsa Melayu keseluruhannya. Ini termasuklah cabaran memperkasa organisasi dan kepimpinan dan penjanaan pelbagai sumber yang diperlukan GPMS untuk mencapai matlamat.
Tetapi tidak kurang hebatnya ialah cabaran menghadapi pihak-pihak lain yang menghalang matlamat perjuangan GPMS. Secara khusus beliau menyatakan rasa kesal terhadap "suara-suara rasisme yang masih enggan menerima asas keperluan kewujudan sekolah satu aliran." Beliau juga menyebut keengganan (kedegilan dan keangkuhan?) pertubuhan Cina Dong Zhong dan Hua Zong yang menolak dan cuba hendak menggagalkan usaha Kementerian Pelajaran menyeragamkan silibus bahasa Melayu untuk semua sekolah termasuk penyeragaman soalan UPSR bahasa Melayu.
Ucapan tersebut didengar oleh lebih 400 orang keluarga GPMS yang masih menjadi pelajar atau mahasiswa dan pemimpin-pemimpin lama GPMS yang sudah bersara, termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdullah Ayub, salah seorang pengasas dan bekas presiden GPMS.
Sambil mendengar ucapan Reezal yang berkobar-kobar itu, dalam kepala saya terbayang wajah tokoh-tokoh tertentu dan peristiwa-peristiwa masa lalu yang ada kaitannya dengan GPMS dan perjuangan bangsa Melayu. Teringat juga satu petikan daripada ucapan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi: "GPMS adalah satu bentuk gerakan nasionalisme Melayu di bidang pelajaran."
Ingatan kepada Tun Abdullah sebagai seorang mantan presiden GPMS diikuti oleh ingatan kepada seorang mantan presiden yang lain iaitu Allahyarham Ali Ahmad yang kemudian juga memegang jawatan tinggi dalam UMNO dan seorang menteri Kerajaan Pusat.
Seiring dengan itu teringat pula beberapa orang mantan pemimpin GPMS yang lain yang kemudian menganggotai parti-parti oposisi, seperti Dr. Syed Husin Ali dan Dr. Sanusi Osman yang pernah memegang jawatan pimpinan tertinggi Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dan kemudian Parti Keadilan Rakyat (PKR). Begitu pula Subky Latiff dan kekandanya Allyarham Baharuddin Latiff yang pernah menjadi tokoh-tokoh utama Pas.
Saya merujuk nama-nama tokoh politik tersebut sekedar untuk memberi gambaran ringkas betapa GPMS telah melahirkan (menjadi tapak latihan berorganisasi) tokoh-tokoh pemimpin Melayu daripada pelbagai aliran politik. Kerana itu dengan berkias kita boleh mengatakan bahawa semua parti politik Melayu (baik Pas mahu pun PKR dan lebih-lebih lagi UMNO) secara langsung atau secara tidak langsung berhutang budi kepada GPMS. Dan untuk membalas budi, semua parti politik tersebut mempunyai tanggungjawab moral memastikan GPMS kekal wujud dan melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dan produktif.
Terus terang, saya tidak dapat mengelakkan diri daripada bernostalgia bila menulis atau berbicara tentang GPMS. Dan kehadiran saya dalam perhimpunan di kampus induk UiTM Shah Alam itu menyalakan kembali api nostalgia tersebut dan seiring dengan itu saya menyedari bahawa secara langsung atau tidak langsung, saya juga banyak terhutang budi kepada organisasi yang memang banyak berjasa kepada bangsa Melayu ini.
Pertama kali saya menghadiri persidangan agung tahunan GPMS ialah pada Disember 1959 di Sekolah King George V, Seremban. Di sanalah untuk pertama kali saya menatap wajah Allahyarham Aminuddin Baki. Di sana jugalah saya berkenalan dan memulakan persahabatan dengan Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun). Saya juga teringat pertama kali berkenalan dengan seorang pembaca sajak yang terkenal pada masa itu yang bernama Kalam Hamidi. Juga pertama kali bertemu dan berkenalan dengan penyair Badaruddin HO dari Brunei dan gadis Singapura yang kemudian menjadi isterinya penyair Maimoonah Omar.
Lima puluh tahun kemudian, hari Sabtu minggu lalu, 21 November 2009, saya berpeluang hadir pula persidangan agung tahunan GPMS yang ke-55 dan dapat bertemu kembali dengan beberapa orang kawan lama. Sepanjang 50 tahun masa terentang antara 1959 dan 2009 itu saya tetap merasa bahawa GPMS adalah sebahagian daripada hidup saya.
Seperti ramai yang lain, GPMS memberi saya ruang dan peluang untuk menggunakan zaman remaja dengan penuh manfaat. GPMS adalah tempat saya belajar dan bermain, tempat saya berlatih berpidato dan berbahas, tempat bermesra dengan sastera dan menghayati warisan seni, tempat saya jatuh cinta beberapa kali, tempat bermesra dan berkelahi, tempat menjalin persahabatan yang akrab dengan rakan-rakan daripada pelbagai aliran politik. Dan lebih penting lagi GPMS adalah tempat saya belajar berorganisasi dan tempat saya memupuk semangat patriotisme. Saya percaya hal yang sama dirasakan juga oleh rakan-rakan seangkatan saya, begitu juga oleh angkatan-angkatan sebelum dan sesudah saya.
Demikianlah selama lebih setengah abad, GPMS berfungsi sebagai agen sosialisasi membentuk watak, sikap dan pemikiran angkatan demi angkatan bangsa Melayu. Peranan GPMS sebagai "satu gerakan nasionalisme Melayu di bidang pendidikan" sekarang bertambah dengan peranan yang tidak kurang beratnya.
Presidennya yang baru, Jais Abdul Karim mempunyai tanggungjawab tambahan menjadikan GPMS sebagai satu NGO Melayu yang berwibawa dan bertaring. Keangkuhan dan keengkaran Dong Zhong dan Hua Zong perlu dibendung.

Datuk Dr. Firdaus Abdullah ialah Pakarunding di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Friday, December 4, 2009

Malas Dan Lemah ( Bahagian 1 )

Assalamualaikum w.b.t.
Zulhijjah 1430 kini semakin hampir untuk melabuhkan tirainya.Bagi setiap Muslim,bulan ini merupakan bulan yang terakhir dalam kiraan Taqwim Hijri.Ini bermakna,semakin hampir berlalunya Tahun 1430 H,dan akan masuk pula Tahun 1431 H.Sepanjang Tahun 1430H, apakah pencapaian ataupun kemajuan yang telah kita (umat Islam)capai khususnya Umat Islam di Malaysia.
Kita melihat,saban hari Umat Islam semakin terkebelakang dalam lapangan kehidupan, samada dalam kehidupan beragamanya,kehidupan bermasyarakatnya,ekonominya serta akhlaknya dan juga beberapa aspek lain.Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w suatu ketika dahulu,bahawa penyakit umat terdahulu akan terkena kepada umat akhir zaman ini,bahkan yang lebih parah bilamana penyakit itu terkena kepada Umat Islam.
Ada juga teori dan pandangan menyatakan bahawa semuanya berpunca daripada tiadanya ilmu atau kurangnya penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan Umat Islam.Tetapi disebalik penyakit tersebut ada sebenarnya penyakit lain yang membawa kepada penyakit tersebut.
Kita pernah diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w tentang satu doa yang berbunyi :

" Ya Allah aku berlindung kepadaMu Ya Allah daripada sifat lemah dan malas "

Kadang-kadang kita tidak mengambil berat tentang peranan doa dalam kehidupan yang mengakibatkan kita endah tak endah dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Kita lebih selesa dengan teori-teori Barat.Sedangkan kalau dilihat sehalus-halusnya kepada kedua-kedua penyakit tersebut,kedua-duanya datang dari dalam diri. Ini bermakna,kedua-dua penyakit ini adalah penyakit rohani yang mana bila terkena kepada seseorang,perintah dan suruhlah dibuat apapun,dia tidak akan melakukan perkara tersebut dan dilakukan pun,bagai melepas batok di tangga.
Tetapi persoalannya,mengapa Rasulullah s.a.w mengajarkan doa ini kepada kita khususnya Umat Islam?Pada hari ini,kita telah pun nampak rahsia dan hikmah di sebalik doa Rasulullah s.a.w ini,kerana kedua-dua penyakit ini lebih banyak terkena Umat Islam yang menyebabkan terjadi banyak kerosakan dan ketinggalan dalam lapangan kehidupan.
Kerana malaslah,pada hari ini masjid kosong,kerana malaslah,murid dan pelajar sekolah tidak ke sekolah/kalau ke sekolah bukan untuk tujuan belajar,kerana malaslah,Umat Islam tidak mahu berfikir panjang,hinggakan tertipu dek pelbagai janji palsu musuh dan juga rakan sejawat ataupun sesiapa sahaja,kerana malasdan lemahlah,pelbagai krisis terkena kepada Umat Islam,dadah,hutang,perempuan dan banyak lagi datangnya dari penyakit malas dan lemah.
Timbul persoalan,adakah orang kafir itu membaca doa Rasulullah s.a.w yang mana sifat malas ini tidak terkena kepada mereka?Jawapannya tidak!!!Mereka tidak membaca tetapi mereka mengkaji segala pesanan-pesanan ini yang membawa kepada pencarian kaedah bagaimana cara untuk mengelak diri dari terkena penyakit ini.Itu sebabnya,kalau anak Cina malas belajar,disuruhnya kerja atau apa jua perbuatan yang boleh membawa kepada perbuatan tidak membuang masa.Tidak dinafikan,memang ada sebahagian dari mereka yang terkena penyakit ini,telah dikatakan sebelum ini,penyakit ini akan terkena kepada semua,cuma yang paling ramai ialah masyarakat Islam itu sendiri.Dimanakah silapnya? Fikir-fikirkanlah...

Biro Dakwah GPMS Sitiawan

Sunday, November 29, 2009

Arkib Aktiviti Turun Padang GPMS di SMK Batu 10 Lekir.



Saudara Mohd Fauzi bin Soot sedang berinteraksi dengan para peserta.





Para Peserta memberi tumpuan sewaktu sesi ceramah.

Monday, November 23, 2009

Tahniah Kepada Kepimpinan Baru

Assalamualikum w.b.t
Sudah lama rasanya tidak melayari internet ni dek kerana kesibukan minggu akhir persekolahan,banyak perkara yang perlu diuruskan.Tetapi alhamdulillah,bermula dengan cuti sekolah,ada juga kelapangan yang diberikan Allah untuk menambah ilmu.
Bila membaca akhbar Utusan serta Kosmo ( bukan dalam Harakah),terbaca mengenai PAT GPMS yang telah selamat berjalan di Dewan Seri Budiman kampus Uitm Shah Alam.Tahun ini saya tidak berkesempatan bersama dalam PAT ini cuma sempat mengirim doa mudah-mudahan PAT ini diberkati Allah s.w.t.Dan sekali lagi,saf ( taknak guna perkataan BARISAN,kang kata GPMS ni UMNO pulak)kepimpinan GPMS berubah lagi.Ada kemungkinan kerana Akta Belia yang baru,dan ada juga kemungkinan inginkan saf yang baru.Mungkin inginkan 'imam jamaah' serta 'AJK Masjid' yang baru, mudah-mudahan makmum akan bertambah dari pelbagai lapisan.
Tatkala terpilihnya kepimpinan yang baru,pasti ada 'sesuatu' yang baru yang ingin dibawa supaya ada kelainan dari kepimpinan yang sebelumnya.Bagi saya,tak ingin komen tentang perkara itu.Cuma harapannya,agar saf kepimpinan GPMS yang baru dapat membawa GPMS kembali ke asal perjuangannya.Bukan menjadikan GPMS sebagai batu loncatan untuk kepentingan tertentu.Akibatnya,GPMS telah menjadi bahan fitnah segelintir mereka yang kurang arif tentang perjuangan GPMS yang sebenar.Kepada saf GPMS yang baru, fahamilah konsep serta falsafah disebalik solat berjemaah,mudah-mudahan kepimpinan yang baru ini dapat memahami matlamat asal perjuangan sebagaimana seorang Muslim yang solat WAJIB memahami matlamat solatnya.
Ingin sekali saya berkongsi sedikit ilmu untuk saf kepimpinan yang baru agar saf kita lebih mantap dan faham erti perjuangan.

1- Setiap individu wajib memahami maksud 'Mukaddimah GPMS' dengan kefahaman yang baik
2- Meletakkan 'jawatan' sebagai satu TAKLIF ( tanggungjawab) bukannya TASYRIF (kemuliaan).Yang mana dari sudut bahasa arabnya,kedua-duanya mempunyai tuntutan yang berbeza.
3- Menerapkan sifat-sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai budaya dalam memimpin iaitu :
a) Siddiq - benar dalam setiap kata-kata dan perbuatan.Kalau masih ada perkara yang ingin disembunyikan baik letak jawatan awal.
b) Amanah - sudah sedia maklum.Asas terpenting dalam kepimpinan
c) Tabligh- Menyampaikan semua perkara
d) Fatonah- Termasuk dalam ertikata ini semua yang berkaitan dengan keilmuan

4- Jauhi 4 sifat ini :
a) Kizb - menipu,bohong,dusta dan yang sewaktu dengannya
b) Khianat- tidak menunaikan amanah
c) Kitmaan- menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahui
d) Bilaadah - tiada ilmu/kecerdikan

5- Boleh menerima kritikan.Inilah yang paling susah sekali.Kerana kepimpinan kita ( bukan GPMS)sukar untuk ditegur dan dikritik.Tetapi lebih suka dipuji walaupun tidak melakukan pekerjaan tersebut.Saydina Umar Al Khattab bila dipilih menjadi Khalifah Rasul yang ke2,beliau mengucapkan kata-kata seorang penerima amanah iaitu " Aku telah dipilih untuk menjadi Ketua di antara kamu,tetapi aku bukanlah yang terbaik,sekiranya tindakan aku betul,maka bantulah aku,tetapi sekiranya tindakan aku tersasar dari matlamat Islam,maka perbetulkanlah aku".Lalu bangun seorang lelaki dan berkata "Demi Allah!sekiranya kamu tidak benar dalam tindakan kamu,aku ku betulkan dengan mata pedangku ini".Dijawab oleh Saydina Umar "Alhamdulillah masih ada yang ingin perbetulkan kesilapan Umar dengan mata pedangnya".

Oleh itu,kepada saf kepimpinan yang baru,bawalah GPMS ke arah matlamatnya.Mudah-mudahan Allah s.w.t sentiasa bersama dengan perjuangan kita.Dan Mudah-mudahan lepas ni tiada pula timbul isu GPMS nak buat EGM.Kita bukan parti politik,kita GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG yang memperjuangkan pendidikan anak-anak melayu dan juga orang melayu.Dan seperkara lagi,bagi yang baru janganlah lupa perjuangan orang-orang lama yang telah meletakkan GPMS dipuncaknya.Tanpa yang lama,apalah sangat yang baru.Kepada Tuan TAM dan Tuan Hasnul teruskan perjuangan.Allahu Akbar!

Biro Dakwah GPMS Sitiawan
(tulisan ini adalah pandangan peribadi)

UTUSAN MALAYSIA .

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
GABUNGAN Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah menunjukkan kematangan yang cukup bermakna apabila peralihan tampuk kepimpinannya berlaku dengan penuh tertib dan lancar.
Selaku orang Melayu, Awang amat gembira melihat kelancaran dan kematangan dalam proses itu. Lebihlebih lagi apabila mengenangkan GPMS pernah mengalami krisis kepimpinan tidak lama dahulu.
Ketertiban peralihan kepimpinan itu sudah tentulah akan memudahkan pertubuhan bukan kerajaan Melayu tersebut diperkasakan bagi membolehkan ia meneruskan perjuangan dan kegiatannya secara lebih berkesan.
Dalam keadaan sekarang, sudah tentulah GPMS akan dapat memainkan peranan kepimpinan pendidik kepada generasi muda selain usaha membina kepimpinan serta memberikan latihan selaras dengan peranannya sebagai NGO berteraskan pendidikan.
Sekalung penghargaan kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang semasa meneraju GPMS telah menstabilkan GPMS dan meletakkan semula pergerakan itu ke landasan yang betul.
Pada masa yang sama pada bahu Jais Abdul Karim yang mengambil alih teraju GPMS dan barisan kepimpinannya terletak harapan yang besar agar dapat meneruskan perjuangan GPMS dengan jaya dan cemerlang.
Awang – Lega.

TERAJU PIMPINAN GPMS 2009-2012


SAUDARA JAIS BIN ABDUL KARIM.(PRESIDEN GPMS)


>


SAUDARA ROSDI BIN AMIR .(TIMBALAN PRESIDEN GPMS)

Saturday, November 21, 2009

PAT GPMS ke-55




1.Makluman dari pat gpms ke-55 yang sedang berlangsung di dewan sri.budiman uitm shah alam memang menarik dan pelbagai warna.

2.Perwakilan muda pada kali ini perlu lebih kritis dalam memilih barisan kepimpinan yang baru.Bahkan diharapkan perbahasan tentang ucapan dasar presiden haruslah dapat membawa erti kematangan para perwakilan.

3.Paparan ringkas celoteh pat gpms ke-55 yang dikhabarkan oleh rakan perwakilan yan berada di uitm shah alam.

-saudara Jais Karim dan Rosdi Amir masih menjadi pilihan utama,potensi mereka masih menjadi kayu ukur kepada para perwakilan,apatah lagi pada kali ini para perwakilan muda harus memilih berdasarkan minda,hati dan bukannya emosi.

-jawatan timbalan presiden pula,bergantung kepada situasi sama ada jalan sepakat menjadi pilihan utama dan nasihat YBhg dato presiden diambil kira oleh para perwakilan.

-ada juga yang mengutarakan agar YBhg dato presiden tidak mengundur diri.

-diandaikan ramai muka-muka baru akan menawarkan diri untuk jawatan naib presiden dan juga ahli majlis tertinggi.


Akhirnya para perwakilan perlu matang menilai masa depan gpms,pilihan di tangan anda.

Thursday, November 19, 2009

PENA HANGAT,BANGLO PUTIH,EDISI SIAT-SIAT DAN NENEK KEBAYA????

Salam pertemuan lagi sebelum persidangan PAT berlangsung serta proses pemilihan jawatankuasa berlangsung.Tentu rata rata di luar sana tidak faham atau tertanya tanya apa itu pena hangat,banglow putih,edisi siat siat dan nenek kebaya..Apa apa pun kita sama sama renungkan bersama erti semuanya ini...tepuk dada tanya iman...bukalah mata hati..dan mohonlah pertunjuk dari yang esa..Adakah ini yang berlaku atau telah melanda organisasi GPMS secara umumnya.Apabila setiap kali berlakunya pemilihan peringkat tertinggi maka akan berlakulah suasana yang tidak harmoni.Suasana di mana masing masing cuba melakukan yang patut untuk meraih sokongan sekalipun menjatuhkan kawan sendiri yang selama ini tidur sebantal,makan bersuap,berkongsi pinggan,berkongsi susah dan senang....Adakah pernah kita terfikir sanggupkah kita melakukan semuanya itu termasuk mengorbankan satu perhubungan yg dinamakan persahabatan demi merebut Jawatan yang dibiarkan kosong oleh perjuang perjuang terdahulu dari kita disebabkan akta Belia.Kerana sesuatu jawatan dan pengaruh yg kita cari kita sanggup korbankan segalanya...walaupun nilai harga diri serta Bangsa Melayu...Adakah mereka diluar sana yg dipanggil perwakilan atau calon calon sedar akan apa yg mereka buat...atau mereka sendiri akan melenyapkan semangat roh perjuangan GPMS mahupun nama GPMS itu sendiri esok atau lusa atau lenyap terus pada 2012 di atas sikap tamak,kerakusan dan mementingkan diri mereka yang wujud dlm diri mereka selama ini..kepada mereka diluar,pena hangat,banglow putih dan edisi siat-siat jgn jadi seperti nenek kebaya..atau akhirnya anda tersungkur dgn sendirinya ibarat ilmu makan tuan...selamat bersidang serta membuat pemilihan yang tepat..pilihlah dikalangan mereka yg bekerja serta berjuang atas nama GPMS bukannya sbb realistik serta ibarat mee segera atau cendawan lepas hujan..tetiba aje muncul entah dari alam mana atau bumi mana...kpd pena hangat cepat cepatlah bertaubat dan kpd banglow putih dan edisi siat siat anda dlm perhatian pihak keselamatan...lu fikirlah sendiri itu tred-marke nabil..dari saya ingatlah kita sama sama satu Bangsa Melayu dan beragama Islam..tepuk dada tanya iman..jgn jadi nenek kebaya..nukilan dari ketua penerangan GPMS Sitiawan dan ahli BBB...

UPSR 2009

Pencapaian UPSR Meningkat, Kata Alimuddin

PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini. Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini pada Khamis.

Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.

"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan. Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.

Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.

Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.

Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.

-- BERNAMA


(catatan BBB-tahniah kepada yang berjaya,yang kurang berjaya usaha lagi di sekolah menengah dan gpms harus terus membantu meningkatkan mutu pendidikan anak-anak Melayu)

Wednesday, November 18, 2009

Gurindam Budi.

-Ybg.Dato Reezal Merican Bin Naina Merican(Presiden GPMS)

YM,Syed Anuar Bin Syed Mohamad.(Timbalan Presiden GPMS)


-Saudara Hang Tuah bin Din.(Naib Presiden GPMS)


Saudara Mohd Nardin Bin Awang.(Setiausaha Agung GPMS)

Saudara Mohd Sharir bin Abdullah.(Pengerusi Tetap)
Saudara Haji Ahmad Dalail Bin Mohd Rakim.(Timbalan Pengerusi Tetap)


gurindam budi tak tercukup bahasa,menyusun kata tak terbalas jua,jasamu tuan,hanya kepada Yang Maha Esa diserah segala,

sirih junjung sirih pinang,sirih kami susun bertingkat,adat dijunjung pusaka dikenang,bangsa berbudi hidup muafakat,

kain yang carik cuma di hujung,dibuat alas menggilap kendi,budi yang baik tetap dijunjung,
dengan ikhlas jasa diingati.

tuai padi antara nampak,esok jangan layuan-layuan,intai kami antara nampak,esok jangan rindu-rinduan.

(juga khas ditujukan kepada saudara Abd.Rahim bin Shaharudin,Dr.Mohd Zainul Fithri Bin Dato Othman,Badrolhisham bin Mohamed ,Aswat Bin Abu Bakar)

Tuesday, November 17, 2009

LAUT BIRU ATAU LAUT MERAH?????

Salam pertemuan utk semua warga Gpms serta para perwakilan setiap negeri serta kpd mereka yg telah berkempen ala parti....sedih,pilu,marah,menyesal serta betul ker tindakan mereka skg??Keluh kesah memikirkan adakah akan pupus Gpms di muka bumi Melayu seperti kisah 2012....Apa yang dah berlaku skg dalam Gpms betul betul amat memalukan generasi BBB yang terdahulu....dari generasi sekarang...???Apa ertinya perjumpaan serta perhimpunan yg diadakan baru baru ini di Pulau Pinang...Laut Biru atau Laut Merah???Adakah apa yang diperjuangkan oleh mereka yang mengatakan mereka Gpms???Pada pandangan saya perhimpunan baru baru ini tak ubah seperti pertubuhan politik..Pihak penganjur program memanggil hanya segelintir cawangan dari negeri yang ada..Persoalannya kenapa tidak menyeluruh serta kenapa sehingga ada keratan iklan diri serta kad nama yang menyatakan no untuk bertanding dlm jawatan tertentu???Gpmskah ini yang aku serta BBB dan perjuang perjuang kenali selama ini...Kalaulah yg ini diinginkan oleh perwakilan yg akn hadir nanti serta mereka mereka yg mempunyai Agenda tersendiri bersediakah utk dilaknati oleh Allah Taala.Sesungguhnya kalau inilah tujuan seminar Laut Biru diadakan lebih baik ditukarkan kpd seminar Laut Merah...lebih bagus sedap dan nyaman...sbb apa sbb tuan tuan di sana yg buat tindakan tersebut.Rata rata yg hadir sibuk mempromosikan diri dgn menyelitkan kad kad nama serta anugerah yang di terima.Dalam kumpulan BBB Sitiawan serta Perak tidak langsung wujud agenda spt tuan tuan diluar sana.Sebab BBB betul betul dilahirkan sebagai seorang sukarelawan dan bukannya seorang orang ataupun orang orang!!!!!!Nasihat saya mereka diluar sana nilai ler diri anda sendiri samada layak utk mengambil jawatan dgn penuh tanggungjawab atau sekadar gila nama serta glamour!!!Ini bukan parti politik wahai tuan tuan di luar sana tetapi sebuah pertubuhan sukarelawan yang berkhidmat utk agama,bangsa dan negara.Janganlah kita terlalu sibuk wujudkan cawangan yg banyak semata mata utk undi nanti tapi akhirnya kita akan dikejar dengan seribu kesalahan sbb gagal menjalankan tanggungjawab dan akhirnya cawangan pun mati dan hidup penggal berikutnya pula itupun jika ada pemilihan jawatankuasa tertinggi GPMS???Kepada semua perwakilan yang ada membaca ruangan ini nasihat saya bukalah mata hati bukan mata mata yang hanya menilai dari realistik serta ingatlah kiranya kepimpinan yg dipilih nanti gagal berfungsi semuanya salah tuan tuan perwakilan yg memilih wakil.Jgn jadi pak pandir menang sorak kampung tergadai..atau GPMS Lenyap pada 2012....renung renungkanlah wasalam..dari ketua Penerangan Gpms Stw dan BBB.

Monday, November 16, 2009

Strategi Lautan Biru.(untuk renungan perwakilan di Pat GPMS dan ahli gpms)

Strategi Lautan Biru untuk IPTA Oleh: NORDIN KARDI

Masyarakat sekarang lebih terdidik daripada masyarakat dahulu. Mereka sekarang kritikal, bukan pasif seperti dahulu.

Oleh itu cakap-cakap itu mesti dilayan dan tidak boleh dibiarkan tidak dijawab. Demikian kata-kata dan kepercayaan kebanyakan pemimpin. Walaupun benar secara rasminya masyarakat kelihatan seperti lebih berpendidikan dan lebih kritikal tetapi, apabila diteliti, ‘kebijaksanaan’ mereka tidak semestinya lebih tinggi darjatnya daripada
masyarakat dahulu. Adakah kebijaksanaan negara dalam mengendalikan pengajian tinggi sekarang semestinya lebih bijaksana berbanding dengan semasa negara mengendalikan Universiti Malaya di dua kampus? Satu di Singapura dan satu di Kuala Lumpur. Atas pertimbangan inilah suatu pendekatan yang bukan semata-mata menjawab soalan, sebaliknya suatu strategi yang benar hendaklah dicari oleh universiti awam di Malaysia.
Di Universiti Utara Malaysia (UUM), kami tidak henti-henti memikir, bermesyuarat, berbengkel, membuat draf, merombak dan cuba melaksanakan pelbagai strategi untuk meletakkan universiti ini menjadi sebuah universiti yang sentiasa berupaya menjawab kehendak-kehendak negara. Banyak perkara dipertimbangkan. Sumber manusia, kelayakan dan insentif pensyarah serta pentadbir; kewangan, dengan keinginan untuk menjadi kaya seperti Harvard dengan keupayaan tunai AS$26 bilion; kurikulum, dengan keunikan kandungan yang ditawarkan; khidmat masyarakat, dengan kerja perundingan profesional dan bakti sukarela; semuanya menjadi bahan debat kami yang kadangkala menyentuh emosi sesama rakan di kampus.

Kami sedar, kami jauh di utara, universiti kami bukan universiti komprehensif (kami tidak ada fakulti perubatan, tidak ada fakulti kejuruteraan). Namun demikian, kami tetap mahu ke hadapan, kami mahu menjadi penyumbang, bukan peminta.
Kami amat yakin kami akan mencapainya, bahkan kami sudah pun melihat hasilnya. Pendekatan kami adalah untuk mencari jalan untuk tidak bersaing. Kami ingin mencipta wilayah sendiri dengan menjadikan persaingan tidak relevan.
Semasa saya taksub dengan buku-buku strategi perang psikologi suatu masa dahulu, tindakan ini diistilahkan sebagai memencilkan pesaing atau isolate your enemy. Dr. Halim, timbalan saya telah membaca buku Blue Ocean Strategy tulisan Chan Kim dan Penne Mauborgne dan dia berkata apa yang saya sering kata selama setahun setengah mengetuai UUM, semuanya ada dalam buku itu. Kalau kata-kata lama yang saya minati ialah isolate your enemy buku itu menggunakan frasa do not compete with rivals - make them irrelevant.

Kim dan Mauborgne menyebut bahawa buku strategi mereka adalah cerita mengenai setia kawan, mengenai kesetiaan dan mengenai saling mempercayai antara satu sama lain. Che Guerara atau Fidel Castro semasa menentang kuasabesar Amerika dalam peristiwa Tanjung Babi mempopularkan gagasan ini sebagai comradeship. Mungkinkah inilah yangdiperlukan oleh dua puluh universiti awam di Malaysia? Perlukah universiti awam bersaing sesama sendiri? Setiap NaibCanselor bersaing dengan Naib Canselor lain dan merumuskan siapakah lebih baik pada kaca mata pemimpin?

Strategi Lautan Biru mengingatkan, selagi organisasi atau sesiapa terus mahu bersaing di Lautan Merah Darah dia mesti selalu ingat bahawa tidak ada sesiapa yang akan kekal cemerlang! Keluarlah daripada Lautan Merah dengan persainganberdarah dan belayar ke suatu lautan yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan.

Apakah persoalan masyarakat awam dan pembayar cukai yang mesti dijawab oleh universiti awam? Sama ada debat di Parlimen Yang Mulia atau cakap-cakap di tepi jalan, banyak sekali pihak mempersoalkan keupayaan universiti awambersaing di peringkat global. Bersaing di dalam negeri pun tidak mampu, apa lagi hendak bersaing di peringkat global.

Demikian separuh kesimpulan mereka. Bagi menguatkan hujah, orang di Parlimen selalu membandingkannya dengannama-nama universiti terkenal di dunia. Persoalan seperti ranking ditimbul dan dibesarkan. Padahal, kepada yang rajinmembaca, mereka akan melihat universiti yang dirujuk itu pun tidak pernah bebas daripada kerisauan yang samadengan yang dialami oleh universiti awam di Malaysia.

Mari kita belajar dari Kesatuan Eropah (EU). Dunia pengajian tinggi di sana, walaupun mempunyai tradisi yang begitu lama dan menjadi asas kepada universiti di dunia lain, tidak malu-malu mengakui mereka sudah mula ketinggalan. Dunia antarabangsa dikatakan sudah tidak lagi melihat universiti Eropah sebagai rujukan utama. Mereka perlu mencari jalanpintas mengantarabangsakan diri mereka semula.

Mereka segera bertindak mengantarabangsakan diri mereka dengan mewujudkan kesepakatan selepas mereka melihattidak banyak yang akan diperoleh melalui persaingan. Menjiwai niat penubuhan EU, selepas penat berperang ratusantahun, kerjasama antara universiti sesama sendiri dalam satu negara dan dengan universiti di negara lain,pengantarabangsaan diperkukuhkan melalui perisytiharan yang diberi nama Proses Bologna yang ditandatangani olehmenteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi bagi 29 negara pada tahun 1999.

Tujuan Proses Bologna adalah untuk melahirkan komuniti Wilayah Pengajian Tinggi Eropah atau European HigherEducation Area menjelang 2010. Deklarasi itu menetapkan supaya ada sistem yang telus dan saling mengiktiraf sistempengajian tinggi negara-negara anggota dengan tujuan supaya staf dan pelajar di Eropah mempunyai mobiliti serta bagi tujuan mempromosikan pengajian tinggi Eropah sebagai sesuatu yang sangat menarik. Dengan serta-merta setiapuniversiti di Eropah menjadi antarabangsa.

Menteri Pendidikan dan Penyelidikan Norway, Kristin Clement semasa menyampaikan ucapan dalam Persidangan..........

(diharapkan warga gpms dan para perwakilan dapat memahami akan hakikat strategi lautan biru berdasarkan petikan artikel di atas.)

PAT Medan Perebutan Jawatan Presiden??????

Salam dan ketemu lagi di laman ini.Emmm tersentak saya serta menung melihat satu artikel yang di tulis dlm laman ini tentang saudari Jais,Suhaimi Ibrahim serta

Sunday, November 15, 2009

Perjuangan Yang Diperjuangkan...

Assalamualaikum w.b.t
Kadang-kadang ada yang keliru dengan perjuangan yang diperjuangkan oleh GPMS.Ada yang yang mengatakan ianayaIni dapat dilihat dari beberapa respon yang penulis perolehi ketika sesi ceramah dan kuliah.Sebenarnya, dari pemerhatian yang dibuat,ianya timbul akibat daripada beberapa faktor :

- pembawaan pimpinan GPMS itu sendiri
- akhir-akhir ini kepimpinan GPMS itu sendiri menghadapi zaman 'perebutan pucuk

Wednesday, November 11, 2009

ADA PERTANDINGAN ATAU TIDAK BAGI JAWATAN PRESIDEN GPMS YANG BARU???

Salam untuk semua ahli ahli Gpms dan BBB tidak kira di mana jua anda berada.Semakin hari dekat pemilihan JawatanKuasa Tertinggi GPMS Peringkat Kebangsaan semakin terasa bahang pemilihan serta kempen yang akan berlangsung.Apa apa pun pemilihan bagi jawatan paling teratas iaitu Presiden GPMS yang hangat diperkatakan atau diperbincangkan dikalangan ahli ahli GPMS samada peringkat cawangan ataupun negeri....Persoalannya di sini adakah akan wujud kem kem ataupun team yang akan menyokong calon calon yang akan bertanding di dalam jawatan Presiden GPMS kelak.Atau pun akan wujud cawangan cawangan yang tidak tahu hujung pangkal ahli ahlinya yang masih baru serta tidak memahami perjuangan GPMS pada persidangan kali ini?????Apa yang saya perhatikan gejala kewujudan cawangan cawangan Kecemasan di saat perhimpunan PAT GPMS sering berlaku.Kesannya adalah sebahagian ahli ahli atau perwakilan GPMS yang hadir gagal memahami madah perjuangan GPMS dan sesetengah mereka pula tidak tahu menyanyikan lagu Warisan atau tidak tahu apa itu GPMS?Selain dari itu juga kesan secara tidak langsung kewujudan cawangan cawangan GPMS boleh dianggap mengikut musim.Malang sekali sekiranya hal ini berlaku dan yang lebih teruk lagi ahli ahli yang baru tersebut terumbang ambing tanpa arah dan hala tuju sebenarnya...Nasihat saya kpd calon calon yg akan bertanding nanti bertandinglah dengan niat yang ikhlas demi bangsa Melayu dan Agama Islam.Kepada mereka yg dipilih menjadi perwakilan kelak pilihlah calon yg difikirkan layak.Jangan kita menilai seseorang itu dari sudut luaran serta realistik yang ada.Pilihlah mereka yg benar benar berjuang untuk Bangsa Melayu dan Islam.Jgn sesekali kita membawa masuk budaya politik di dalam pertubuhan ini.Ingatlah wahai ummah...tuhan melihat serta menilai keperibadian kita sebagai calon mahupun sebagai perwakilan.Cetusan rasa Biro Penerangan GPMS Stw...

HAK SEBAGAI AHLI GPMS UNTUK BERTANDING DALAM PAT AKAN DATANG

Salam,semua pengunjung blog dan ahli ahli GPMS seluruhnya tidak kira di mana anda semua berada..Sejak akhir akhir ini saya menerima pelbagai andaian terhadap pertandingan Jawatan Tertinggi di dalam GPMS peringkat Kebangsaan.Pelbagai angin yang datang dari segenap penjuru yang hadir untuk memanaskan lagi Mesyuarat Tertinggi GPMS peringkat Kebangsaan serta pemilihan JawatanKuasa yang baru..Apa yang menarik di sini terdapat maklumat adanya orang luar yang teringinkan Jawatan Tertinggi GPMS.Persoalannya kenapa dan mengapa GPMS yang menjadi sasaran mereka ini????Adakah GPMS ini dilihat sebagai satu batu loncatan utk mereka di luar sana yang mempunyai Agenda tersendiri atau bermotifkan Politik!!!!!!!!!!Kepada ahli ahli GPMS diluar sana anda juga boleh menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa GPMS Tertinggi.Sebagai ahli GPMS yang berdaftar serta disahkan anda semua mempunyai hak untuk bertanding.GPMS mengamalkan sikap demokrasi serta tidak memilih bulu dalam sebarang Pemilihan JawatanKuasa Tertinggi peringkat Kebangsaan..Jadi segala keputusan terletak di tangan ahli ahli GPMS di semua Negeri Negeri mahupun di peringkat cawangan yang berdaftar serta telah disahkan...Tepuk Dada Tanya Iman...Beranikah Anda Berubah atau Berani Berubah!!!!!Nukilan Biro Penerangan GPMS Sitiawan....

Tuesday, November 10, 2009

Perjuangan GPMS Berlandaskan Al Quran & Hadith

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Menyebut perkara perjuangan,ramai dikalangan kita pada hari ini mengatakan bahawa mereka seorang pejuang yang memperjuangkan AGAMA dan Bangsa.Tetapi setiap perjuangan ini perlu dinilai,adakah ianya mempunyai "harga" di sisi Allah s.w.t.Ini kerana,kita sebagai Muslim,segala tindak tanduk kita adalah tertakluk kepada arahan / perintah daripada Allah s.w.t.Sekiranya,kita melakukan satu-satu tindakan yang tidak bersandarkan kepada arahan Allah s.w.t,dengan kata lain tidak bersandarkan kepada Al quran dan hadith,maka sia-sialah segala amalan kita.
Justeru,penulis ingin berkongsi maklumat bersama-sama dengan rakan-rakan GPMS yang lain dengan menyatakan bahawa PERJUANGAN GPMS adalah berlandaskan Al quran dan Hadith Nabi s.a.w.Ini semuanya untuk menolak hujah yang mengatakan bahawa GPMS hanya memperjuangkan bangsa semata-mata yang dirujuk sebagai perkara asabiyyah.

Pertama
Bersumberkan kepada ayat dari Surah Az zumar ayat 9 yang bermaksud:

Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".

Kedua
Bersumberkan kepada ayat dari Surah Ali Imran ayat 18 yang bermaksud :

"Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu ".
**ayat Ini untuk menjelaskan martabat orang-orang berilmu.

Ketiga

Bersumberkan kepada ayat dari Surah At Taubah ayat 122 yang bermaksud :

"Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya ".

Keempat

Bersumberkan kepada ayat dari Surah Al Mujadalah ayat 11 yang bermaksud :

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Inilah sebahagian daripada ayat-ayat Al quran yang dijadikan sumber rujukan GPMS untuk mengangkat kedudukan ilmu itu sendiri ke tempat yang selayaknya.
Manakala kalau ditinjau dari sudut hadith Nabi s.a.w pula maka terdapat banyak hadith yang menceritakan tentang kedudukan ilmu.Antaranya:

Pertama:
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di alam Sahihnya bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Barangsiapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,maka Allah akan memudahkan perjalanannya menuju ke syurga".

Kedua :
Sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadith yang telah masyhur di lidah bahawa Nabi s.a.w bersabda : "menuntut ilmu itu adalah FARDHU ke atas setiap Muslim ".

Maka segala hadith-hadith Rasulullah s.a.w ini adalah menjadi petunjuk bahawa setiap pekerjaan yang membawa kepada ilmu,samada menuntut ilmu,menyebarkan ilmu,cinta kepada majlis ilmu,membuat satu badan untuk memudahkan penyebaran ilmu,semuanya itu adalah berlandaskan kepada Al quran dan Hadith.
Maka dari sini tertolaklah hujah mereka yang mengatakan PERJUANGAN GPMS hanya berbentuk perkauman,asabiyyah dan lain-lain.Ucapan-ucapan ini yang muncul dari mulut-mulut Dajjal dan mereka yang tidak memahami isi kandungan serta tuntutan Al quran itu sendiri.Tulisan ini mengajak pembaca untuk menjawab segala tohmahan daripada pihak-pihak yang tidak memahami perjuangan GPMS yang sebenar.


Biro Dakwah GPMS Sitiawan

Perjuangan GPMS Berlandaskan Al Quran & Hadith

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

MAJLIS MAKAN MALAM GPMS SITIAWAN UNTUK MENUBUHKAN TABUNG DANA PENDIDIKAN ANAK MELAYU MANJUNG.

Salam hari ini sudah 10.11.2009.Ada sebulan lebih lagi program Majlis Makan Malam GPMS untuk membentuk satu tabung pendidikan khususnya utk Bangsa Melayu sekitar Daerah Manjung.Persoalannya di sini adakah rata rata penduduk penduduk yang dikatakan Bangsa Melayu sekitar Daerah Manjung dapat memahami serta memberikan sumbangan dlm menjayakan program ini.Perkara ini saya harus sentuh kerana pada masa sekarang kebanyakkan ibubapa dari golongan Melayu terlalu berkira untuk mengambil tahu atau bahagian di dalam sesuatu program utk membangunkan pendidikan anak Melayu.Sebab bila ada program sebegini kebanyakkan ibubapa di luar sana lebih suka tunggu dan lihat...ini sebab jika program itu melibatkan org politik maka ramai yang berpusu pusu datang serta memberikan sumbangan????Tidak seperti persatuan dari Bangsa lain contohnya Persatuan Bekas Pelajar Pelajar Nan Hwa.Apabila mereka ada program menganjurkan Majlis Kutipan Dana utk pendidikan begitu banyak pelbagai sumbangan yang mereka terima sehingga boleh mempunyai bangunan sendiri.Jadi sebagai yang dipanggil orang orang Melayu yang punya anak anak masih bersekolah renung dan fikirkanlah apa sumbangan anda untuk memaju anak anak bangsa sendiri mahu pun anak sendiri..janganlah kita asyik menunding jari menyalahkan pihak lain apabila anak kita tercicir dari segi pendidikan,ekonomi dan sosial satu hari nanti...pernahkah kita sebagai ibubapa ambil tahu ke mana anak kita pergi?,dgn siapa mereka berkawan dan betul ker pergi ke kelas tambahan sekolah atau melencong ke tempat lain.....kpd usetia program utk majlis makan malam tersebut diucapkan selamat bertugas dan moga bersama sama kita wujudkan dana tersebut sekalipun bnyk badai halangan yang menghalang..."Belajar Terus Belajar" nukilan Biro Penerangan GPMS Sitiawan....

Kata Orang.......

Menerusi tulisan saja sudah cukup untuk seseorang itu membaca rahsia hati seseorang yang lain. Itu memang sesuatu yang tak dapat di nafikan lagi. Ia turut diakui oleh seorang pakar dalam mengkaji tulisan tangan seseorang iaitu Eric Rees dan ahli psikologi Anu Sayal Bennett.

Malahan Eric Rees yang merupakan pengerusi British Institutes of Graphologists punya kepakaran yang tinggi hingga pernah dapat meneka seorang temannya mengidap kanser hanya menerusi perubahan tulisannya. Dia juga pernah dicabar mengkaji tulisan tangan seseorang yang didakwa telah membunuh diri dan ternyata dia betul apabila mendakwa orang itu masih lagi hidup!

ABJAD TAK BERSAMBUNG
Perhatikan tulisannya. Kebanyakan abjadnya ditulis tak bersambung terutamanya abjad permulaannya. Ia memberi tanda bahawa kamu seseorang yang tak suka mengambil risiko atas apa-apa perkara sekalipun.

KECONDONGAN TULISAN
Ada tulisan yang condong dan ada yang tegak saja. Tulisan yang condong dikatakan memberi tanda bahawa kamu seorang yang sering dihantui masa silam kamu dan tak suka memandang jauh ke depan.

TULISAN LEBAR
Ia memberi tanda bahawa kamu seorang ahli komunikasi yang baik. Dia mampu berinteraksi dengan sesiapa saja dan mudah mempengaruhi orang lain menerusi percakapan mereka saja.

‘I’ CONDONG KE KIRI
Huruf ‘i’ yang condong ke kiri memberi makna kamu seorang yang kurang yakin dengan diri sendiri.

TULIS DENGAN TEKANAN KUAT
Ada orang yang menulis dengan cara menekan pen itu dengan kuat. Ia memberi makna bahawa dia seorang yang punya kekuatan fizikal dan mental. Dia berhasrat tinggi dan mampu mencapai apa yang dihajati itu.

HURUF ‘S’ MIRIP NOMBOR 8
Ada orang yang menulis huruf ‘s’ seperti nombor 8. Ia memberi makna bahawa dia seorang yang cukup bijak dalam soal kewangan. Tak hairanlah jika selalunya orang ini memilih kerjaya yang berkaitan dengan kewangan.


Olahan Biro Dakwah GPMS Sitiawan

Monday, November 9, 2009

TERIMA KASIH KPD DOKTOR & JURURAWAT WAD 4 HOSPITAL MANJUNG PERAK.

Salam untuk semua.Bertemu lagi di siaran blog ini.Terlebih dahulu saya ingin merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak doktor serta jururawat di wad 4 Hospital Daerah Manujung Perak.Di atas kecekapan mereka serta keperihatinan dlm merawat saya sebagai pesakit sehingga sembuh dengan segera amat dibanggakan.Apa yang hendak saya utarakan di sini adakah kita sebagai masyarakat di luar sedar atau memahami mereka yang bertugas di wad wad,unit kecemasan,pemandu ambulan,doktor dan yang lain.Apa yang saya lihat kita sering menyalahkan mereka ini.Saya faham tidak semua mereka yg kekadang tidak ambil berat atau sambil lewa memberikan perkhidmatan kepada diri atau saudara mara kita.Kita hendaklah berfikiran positif.Tidak semua mereka itu gagal memberikan yang terbaik pada diri atau saudara mara kita.Namun saya yakin masih lagi ada mereka yg dipanggil doktor,jururawat,pembantu perubatan,pemandu ambulan serta yg lain lain bersamangat tinggi serta berdedikasi dlm menjalankan tugas mereka.Apa pun saya mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd mereka sewaktu saya berada di wad 4 Hospital Manjung Perak dlm mendapatkan rawatan.Juga tidak lupa kpd ustaz edi dan tuan oc yang menguruskan saya untuk mendapatkan rawatan di hospital.Budi baik tuan berdua serta yg lain lain hanya ALLAH jua yg membalasnya.cetusan rasa Ketua Biro Penerangan GPMS Stw........

Sunday, November 8, 2009

Selamat Mengambil SPM 2009.




1.Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua pelajar SPM.

2.Pada kesempatan ini,penulis ingin mengucapkan selamat mengambil SPM kepada FARAH,MAKWA,IDAYU,AYU,SHIMA,JIJAN,IDA DAN IJA.

3.Budi dan bakti yang kalian sumbangkan sewaktu kem dan kursus di IGPMS Batu Gajah hanya-Nya yang Maha Mengetahui.Baca soalan dengan teliti sebelum menjawab soalan.Berdoa dan bertawakallah.

MANTAN GPMS KE MEKAH

Salam mungkin tidak terlewat lagi khususnya seluruh warga GPMS Sitiawan mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada Mantan GPMS Sitiawan iaitu En Hafiz beserta isteri beliau dlm menunaikan rukun Islam yang ke 5.Apa yang menarik perhatian saya di mana pengorbanan yang dilakukan oleh beliau iaitu meninggalkan anak anak yang sedang membesar dan ada yang sudah pun remaja.Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul...Namun ini pengorbanan yang paling besar yg dilakukan oleh beliau dalam memenuhi rukun Islam yg ke 5.Sesungguhnya kami di sini berdoa agar Mantan GPMS serta isteri beliau dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan Fardhu Haji nanti dan semoga selamat pulang ke tanah air serta kepada anak anak yg mgkn sedang merindui mereka berdua.nukilan Biro Penerangan GPMS STW.

PERANAN KELAB SAHABAT GPMS.

Salam di pagi hari yang indah tadi saya meluangkan sedikit masa menziarah pelapis GPMS Sitiawan atau lebih dikenali Sahabat GPMS.Pada dasarnya penubuhan Sahabat GPMS ini dapat menarik belia khususnya dari golongan belia yang masih diperingkat sekolah untuk terlibat secara langsung dlm aktiviti GPMS di peringkat cawangan masing masing.Sebagai contohnya Sahabat GPMS telah pun wujud di daerah Manjung di mana mereka ini kebanyakkan dari pelajar pelajar dari Sekolah Menengah Batu 10 Lekir di bawah kepimpinan Abg Tam selaku mentor mereka.Apa yang dapat lihat bahawa sumbangan serta pengorbanan yang dilakukan oleh Sahabat GPMS ini juga sama hebat dan seiring dengan apa yang dilakukan oleh kelompok BBB.Sahabat GPMS juga dilihat banyak membantu menjayakan program program yg dianjurkan oleh pihak GPMS Sitiawan mahu pun pihak GPMS Negeri.Selain dari itu juga sumbangan mereka juga tidak boleh dinafikan dlm pembangunan Belia di Daerah Manjung.Kepada Diana,Zura,Jas,Eira,Kucing,Dian Kecil,Yus,Adam dan nama nama lain yg tak disebutkan sumbangan anda amat dihargai dan moga dirahmati Allah.Namun di dlm kesibukkan dlm Sahabat GPMS pelajaran jgn dilupakan sama sekali serta pesanan ibu & ayah perlu diambil kira.Kepada mereka Sahabat GPMS yg akan menghadapi peperiksaan SPM nanti diucapkan selamat maju jaya serta moga mendapat keputusan yg cemerlang dan paling top atau"Best Of The Best"......nukilan dari Biro Penerangan GPMS Sitiawan.

Berani Berubah atau Beranikah Berubah?

Assalamualaikum w.b.t
Tulisan ini adalah semata-mata perkongsian maklumat dan pengalaman yang digarap dari Al Quran serta Sunnah untuk tujuan dibaca dan seterusnya dinilai.Dan jauh sekali bertujuan yang tidak baik kerana sebagaimana pesanan Al quran " sebahagian besar daripada sangkaan itu adalah dosa ".
Kepada semua pembaca yang dihormati,sebut pasal BERANI,ianya merupakan sifat semulajadi yang diciptakan Allah dalam setiap diri manusia.Lawan kepada sifat BERANI ini ialah TAKUT,maksudnya,kiranya anda seorang yang BERANI,maka anda bukan seorang yang penakut, tetapi kiranya anda seorang yang penakut,sudah tentu anda bukan seorang yang BERANI.
BERUBAH pula bolehlah dikatakan sebagai anjakan dari satu perkara,sifat atau sebagainya kepada satu perkara yang samada lebih baik atau lebih buruk dari yang asal. Dan bila menyebut tentang perkara BERANI BERUBAH sebenarnya boleh dikatakan sebagai satu laungan yang menepati konsep kehidupan yang dianjurkan oleh Islam.Ini kerana dari mafhum firman Allah dalam Surah Ar Ra'du ada menyebutkan tentang PERUBAHAN.

Maksud firman Allah :" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum / bangsa / masyarakat / komuniti manusia sehinggalah mereka sendiri memulakan perubahan dari diri mereka ".

Kesimpulannya,sebenarnya hakikat perubahan itu bermula dari diri sendiri kemudian diterjemahkan ke dalam masyarakat atau komuniti disekeliling kita.Dan kalau kita ingin melakukan perubahan itu,maka tidak dapat tidak yang pertama sekali ialah dengan cara kita menilai diri,untuk mencari kekuatan dan kelemahan diri,yang mana setiap kekuatan yang ada itu dapat dimantapkan manakala kelemahan itu dapat dicari kaedah mengatasinya agar tidak selamanya menjadi lemah.Orang yang nak berubah tidak akan sibuk mencari kesalahan orang lain,tetapi akan 'menyibukkan' dirinya untuk mencari kesalahan/kesilapan/kelemahan diri..kerana yang ingin berubah itu ialah dirinya bukan orang lain.Dan dengan sebab itulah maka kita melihat pada hari ini mengapa pertubuhan/organisasi/persatuan gagal untuk berubah kepada tahap yang lebih baik.Jawapannya kerana pada mulanya memang mengajak kepada perubahan,tetapi diri orang lain yang berubah,akan tetapi diri sendiri tidak terurus dengan pelbagai sikap negatif.Bak kata remaja sekarang macam 'hampeh'.
Oleh itu,bila kita mengajak kepada slogan "berani berubah "maka akan datang soalan berikutnya iaitu "beranikah berubah".


Biro Dakwah GPMS Sitiawan

Saturday, November 7, 2009

Pemilihan Pucuk Pimpinan & Exco GPMS Peringkat Kebangsaan

Salam untuk semua warga GPMS dan BBB tak kira di mana anda berada.Untuk pengetahuan semua setelah akta Belia diwujudkan maka GPMS juga tidak terkecuali terkena tempiasnya yg mana kepimpinan serta ahlinya mestilah kurang dari 40 tahun ke bawah.Apabila akta ini dikuatkuasakan maka seluruh pucuk pimpinan GPMS Pusat,Negeri dan Daerah juga berubah.Maka apabila ini terjadi saya dapat melihat satu trend budaya yg melanda Kepimpinan GPMS sekarang iaitu sudah ada team team yang berlainan fahaman dan mempunyai pengikutnya sendiri dalam perebutan Jawatan yang ditinggalkan oleh mereka sebelum ini disebabkan terikat dgn akta Belia.Apa yang saya dapat maklumat skg seperti sudah ada kelompok tertentu mencari pengaruh utk Pucuk Pimpinan & Exco di peringkat tertinggi.Sebagai org lama saya ingin menasihatkan kepada generasi muda dan baru dlm GPMS ini hendaklah sedar bahawa GPMS berjuang untuk anak bangsa yang bernama MELAYU bukannya untuk kepentingan diri sendiri.Apa ertinya jika golongan muda dan baru ini memenangi Jawatan Tertinggi tetapi di tempat sendiri pun Cawangan tidak berfungsi dan ada kalanya cawangan itu wujud di saat saat akhir sebelum mesyuarat Tertinggi dan Pemilihan yang dijangka sengit pada akhir tahun ini.Ingatlah kalau kita menang bertanding dlm merebut jawatan tertentu adakah kita mampu memacu GPMS ke tahap Global...sedarkah kita berapa ramai lagi anak anak bangsa Melayu kita yang tercicir lagi dlm pendidikan,ekonomi dan sosial..renung renungkanlah........Insaf dan sedarlah wahai semua yang layak dipanggil anak anak Bangsa Melayu serta ingatlah sanggupkah kita membiarkan GPMS ini hanya GAH pada nama tetapi hasilnya kosong......nukilan Ketua Penerangan GPMS Stw..

Friday, November 6, 2009

Erti perjuangan pada yang dilahirkan oleh BBB Sitiawan Perak.

Salam,terlebih dahulu biarlah saya perkenalkan diri saya sebagai salam perkenalan.Nama saya Mohd Fauzi @ along elit/along B.Gpms Sitiawan dan BBB tidak boleh dipisahkan lagi dalam hidup saya hingga akhir hayat saya.Saya jatuh cinta dengan Gpms Sitiawan semenjak tahun 1990 hinggalah sekarang.Semasa di dalam Gpms Sitiawan apabila saya dan rakan rakan yang lain menaburkan bakti atau terlibat sebagai u/setia sesuatu program kami lebih dikenali dengan panggilan Gurkha sehinggga tahun 1994 dinaik taraf tauliah menjadi BBB Sitiawan/Perak.Perjuangan serta pengorbanan yang dilakukan oleh setiap BBB Sitiawan khususnya terlalu besar.Cuba ler anda diluar sana renung dan fikirkan bahawa setiap kali adanya program di Institut Latihan GPMS Perak di Batu Gajah boleh dikatakan keseluruhan mereka yang dipanggil BBB Sitiawan akan sama sama hadir ke sana atas perbelanjaan sendiri tanpa mengharapkan imbuhan.Ada mereka yang sanggup menaiki pengangkutan awam iaitu bas dari Sitiawan selepas solat Jumaat terus ke Ipoh dan ambil pula bas untuk ke Batu Gajah pula.Walaupun penat dari raut air muka mereka tetapi mereka tidak pernah pun mengeluh sedikit pun kerana mereka datang dengan niat ikhlas untuk membantu pelajar pelajar Melayu khususnya disamping meningkatkan ilmu diri masing masing serta memotivasikan diri mereka sendiri.Hasilnya selepas ada yang hampir bertahun mendambakan diri jiwa raga dalam perjuangan BBB mereka sudah berjaya di luar sana.Ada yang sudah mempunyai empayar perniagaan tersendiri,mempunyai kekuatan serta berpengaruh di pentas politik,cakap cakap,pandangan serta teguran mereka amat digeruni oleh pihak tertentu yang hanya bercakap dari bekerja atau menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat khususnya.Namun sejak kebelakangan ini saya melihat ada segelintir mereka di luar sana takut dengan gerakkan BBB ini.Ada pula yang hanya nak masuk dalam Gpms atau BBB untuk mencari pengaruh politik dan peribadi secara amnya.Saya selaku Ketua Penerangan Gpms Sitiawan dan BBB Sitiawan ingin menegaskan bahawa perjuangan kami adalah utk membangunkan pendidikan anak anak Melayu serta memelihara dan meningkatkan taraf ekonomi serta sosial anak bangsa yang dikatakan Melayu itu.Siapa lagi yang sanggup untuk berjuang secara berterusan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan terutama di zaman sekarang ini.Kepada mereka diluar sana jangan sesekali ingin atau cuba menjadikan GPMS atau BBB platform berpolitik,mencari pengaruh dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri.Ingatlah kalau yang diluar sana ingin mencuba silakan jangan sampai mereka mereka itu saya temui atau jejaki sekalipun sekarang saya berada dan bertugas di Sarawak.Pantang saya sesebuah organisasi khususnya yang ada untuk menjaga kepentingan anak anak Melayu ini dipolitikkan.AWAS dan INGAT sesungguhnya mereka diluar yang ada niat sebegitu telah menggadaikan maruah diri serta bangsanya sendiri.Wassalam jumpa lagi........

Thursday, November 5, 2009

Pengenalan BBBGPMSPERAK.





1.Sebelum ini setiap aktiviti gpms Perak,dikendalikan oleh ahli-ahlinya yang bertugas secara sukarela.Mereka ini di dalam gpms disebut gurkha.Namun bersempena dengan Pertemuan Pemimpin yang diadakan di Institut GPMS di Kg.Seri Rahmat,Batu Gajah Perak,maka pada tanggal 20 Septempber 1994 ,nama penggerak sukarelawan gpms Perak diatmbahnilaikan dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS Perak.(BBB).

2.Organisasi BBB secara ringkas dikemudikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Noor,Tuan Haji Dalail bin Rakim dan Puan Latifah Shaari sebagai Penasihat BBB.

3.Pengerusi BBBGPMSPERAK ialah saudara Tajol Azmeer B.Hj.Mustafa,Naib Pengerusi (L)saudara Yusaini b.Yusoff,naib Pengerusi (w)cik Asmah bt Abdul Aziz,setiausaha kerja-saudara Mohd Asri Shafie.

4.Lantaran itu sejak tarikh itu,gurkha yang nama barunya BBB mengatur langkah,berbakti dengan sukarela dalam membimbing dan mengemudi setiap aktiviti yang dijalankan di Institut GPMS PERAK.Sejak tarikh itu hingga kini BBB kebiasaannya dipelopori oleh ahli-ahli gpms dari cawangan Sitiawan,Ipoh,Pantai Remis,dan Bagan Datoh.

5.Antara nama-nama BBB yang pernah dan masih menabur bakti di IGPMS Batu Gajah ialah-
Azizah bt Zainal Abidin,Yus T,Yus K,tuan As,Tuan Don,Tuan Niza,abg Jan,tuan Ataq's,Junainah bt Sirun,Abg Faizul,saudari Hartina,Abg Ujang,abg Mahatir,abg meor,abg ludin,abg shalby,,pok leh,abg Halim,ustad Jasma,ustad Raihan,ustad Adi,ustad Saad,ustad Hafiz,cik Aisyah b Shaari,Along B,abg Zariman,tuan Hasnol,tuan Razizol,
tuan Ejat,kak Lela,tuan Azmil Khusaini,kak Tun,kak Didi,abg Ah Chong,abg Juli,kak Lin,kak Ayu,kak Aminah,kak zuli,kak zuliza ayu,tuan Acu,kak Sarah,tuan Angah,tuan Daniel ,tuan Mihar,tuan Mamat ,makwa,farah,ayu,idayu ,fahmi , jebat, jali,razali ,nizam dan tuan Aziz(BBB0040) banyak lagi.(semoga sumbangan mereka mendapat naungan-Nya)

6.Nama - nama Kem Komandan yang menjadi teras operasi kursus,program dan aktiviti di IGPMSPERAK ialah antaranya-Tuan Tam,Tuan O.C,Tuan Ejat dan Tuan As,manakala kem komandan tetapnya ialah Tuan Haji Dalail b.Rakim.

7.Manakala hal ehwal pengendalaian makanan peserta sewaktu operasi kursus di IGPMS diketuai oleh Abg Man dan Kak Teh,dibantu oleh Tuan Mamat dan kak Ina.

8.Akhirnya Tuan Haji Zainal (matan Pengerusi GPMS Perak) mengerti akan sumbangan setiap BBB.

Belajar Terus Belajar.

Mukadimah GPMS



SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan.
SEDAR atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
SEDAR bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu ditangan kami


1.Seorang BBB melakukan sesuatu kerana nawaitu yang betul,niat yang betul dan bergerak serta bekerja secara sukarela.

2.Memahami akan hakikat senikata lagu Warisan,mukadimah gpms dan lagu gpms.

3.Menerima teguran dan kritikan,merendah diri dan sentiasa sedia menolong.

4.Hatinya bersih dan suci,tidak hasad,dengki,iri hati,benci dan buruk sangka serta menyatakan yang benar tetap benar ,yang salah tetap salah.

5.Membina jati diri dan menambah ilmu sama ada secara formal atau non-formal.

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.

 Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...