Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Monday, November 9, 2009
TERIMA KASIH KPD DOKTOR & JURURAWAT WAD 4 HOSPITAL MANJUNG PERAK.
Salam untuk semua.Bertemu lagi di siaran blog ini.Terlebih dahulu saya ingin merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak doktor serta jururawat di wad 4 Hospital Daerah Manujung Perak.Di atas kecekapan mereka serta keperihatinan dlm merawat saya sebagai pesakit sehingga sembuh dengan segera amat dibanggakan.Apa yang hendak saya utarakan di sini adakah kita sebagai masyarakat di luar sedar atau memahami mereka yang bertugas di wad wad,unit kecemasan,pemandu ambulan,doktor dan yang lain.Apa yang saya lihat kita sering menyalahkan mereka ini.Saya faham tidak semua mereka yg kekadang tidak ambil berat atau sambil lewa memberikan perkhidmatan kepada diri atau saudara mara kita.Kita hendaklah berfikiran positif.Tidak semua mereka itu gagal memberikan yang terbaik pada diri atau saudara mara kita.Namun saya yakin masih lagi ada mereka yg dipanggil doktor,jururawat,pembantu perubatan,pemandu ambulan serta yg lain lain bersamangat tinggi serta berdedikasi dlm menjalankan tugas mereka.Apa pun saya mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd mereka sewaktu saya berada di wad 4 Hospital Manjung Perak dlm mendapatkan rawatan.Juga tidak lupa kpd ustaz edi dan tuan oc yang menguruskan saya untuk mendapatkan rawatan di hospital.Budi baik tuan berdua serta yg lain lain hanya ALLAH jua yg membalasnya.cetusan rasa Ketua Biro Penerangan GPMS Stw........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia
14April 2025-Isnin,berita menyedihkan,Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 telah meninggal dunia. Dalam GPMS Allahyarham Tun Abdullah Ah...

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kini AI kian menjadi buah mulut akan penggunaannya.Namun adakah AI ini boleh membantu anak anda dalam memahami pelajaran yang mereka belaja...
No comments:
Post a Comment