Friday, June 21, 2019

Anak Anda tentu sudah menerima Pelaporan PBD atau Pksr 1 2019.

Pada tempoh yang terdekat ini sudah tentu para ibu bapa telah menerima Pelaporan PBD atau PKSR 1  tahun 2019 sama ada anak anda di Tahap 1 atau Tahap 2.

   Semestinya para ibu bapa telah berbincang dengan pihak sekolah akan pencapaian anak masing-masing.Pencapaian anak anda yang terdapat pada pelaporan menggambarkan tahap penguasaan anak anda pada ketika ini.

    Lantaran itu,mulai saat ini para ibu bapa sudah dapat memikirkan langkah-langkah yang sewajarnya dalam membantu anak masing-masing meningkatkan tahap penguasaan mereka bagi sesi Pelaporan pada hujung tahun nanti.

     Kebiasaannya setiap sekolah akan mengadakan beberapa langkah penambahbaikan kepada murid berkenaan.'Kesamaran dalam menilai Tahap Penguasaan dan kesamaran interaksi antara ibu bapa dan pihak sekolah boleh membatutkan proses penambahbaikan tahap penguasaan murid berkenaan.

    Oleh itu sewajarnya pihak ibu bapa dan sekolah mewujudkan suasana empati dalam bersama-sama menambahbaikan tahap penguasaan  murid .

Wednesday, June 5, 2019

Salam Syawal 2019 M/1440H

                                           -antara penggiat Gpms Sitiawan menjelang Syawal dan
                                           ketika solat Aidilfitri.
Ramadan 1440H sudah berlalu pergi,kini tiba Syawal 1440H.Bulan kesepuluh dalam kalendar Islam ini terdapat  perayaan yang bermakna kepada umat Islam iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri.
      Saban tahun refleksi diri diangkat dan pada khutbah  Aidilfitri umat Islam diingatkan untuk bersatu padu dan mengambil yang jernih membuang yang keruh.

      Sejajar itu juga,setiap ibu bapa berpeluang membawa anak masing-masing untuk berhari raya di kampung bersama sanak saudara. Hal ini dapat mendidik anak-anak di bangku sekolah untuk melihat suasana berhari raya di kampung.

       Hal ini juga dapat mendidik anak-anak kita akan makna Aidilfitri dan bagaimana ianya diraikan.
Akhir kata,didoakan anda semua berada dalam rahmat-Nya sempena Syawal 1440H.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...