Monday, November 26, 2018

Keputusan UPSR 2018:Empatilah dengan calon-calon UPSR.

                                                             Rajah 1*

Calon-calon UPSR 2018,telah mengetahui bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 November  2018 .Oleh itu pihak ibu bapa dan penjaga hendaklah   dengan perasaan empati menerima keputusan anak-anak mereka.

     Wajar diingatkan bahawa  keputusan UPSR hanyalah salah satu komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018.

     Oleh itu amat wajar  pihak ibu bapa,penjaga dan guru menerima dan meraikan keputusan UPSR dengan perasaan yang 'empati'.

      Lebih-lebih lagi PPSR itu mencakupi pencapaian calon dalam komponen yang  berikut;

- Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)

-Pentaksiran Pusat (PeP) :Yakni Upsr bagi sekolah rendah.

-Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

-Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

    Sehubungan itu,ibu bapa dan penjaga murid bolehlah berinteraksi  dengan "Guru Bimbingan dan Kaunseling" jika mahu mengetahui akan pencapaian anak mereka dalam PPsi.

    Akhirnya diharapkan  setelah menerima keputusan PPSR masing-masing,murid-murid tahun 6 dapat  mengambil langkah-langkah yang positif sewaktu belajar di sekolah menengah.'Empati"  ,ibu bapa,penjaga dan guru mampu menolong murid-murid tahun 6 membina langkah asas untuk mencipta kejayaan pada masa akan datang.

*Tujuan 'Profil Murid" sekiranya menggantikan slip keputusan UPSR.
 Kandungan Profil Murid mencakupi PBD,PeP,PAJSK dan PPsi)



Thursday, November 15, 2018

Apakah yang anda lakukan setelah keputusan UPSR 2018 diumumkan?

Tidak berapa lama lagi,,Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR akan diketahui oleh semua calon di sekolah masing-masing.Setiap calon kini berdebar-debar menunggu keputusan yang bakal mereka peroleh.


      Antara komponen PPSR yang menjadi bualan ramai dan ditunggu-tunggu ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2018.Para ibu bapa dan guru-guru teruja untuk melihat pencapaian murid-murid tahun 6.Soalan yang bakal dicetuskan nanti antaranya; ialah 

-Siapakah yang mendapat 6 A?

-Berapakah bilangan calon yang mencapai 6A

  Hal ini bergantung kepada reaksi dan refleksi masing-masing.Pihak ibu bapa harus memahami bahawa PPSR mengandungi empat  komponen.Oleh itu setiap murid tahun 6 wajar memahami akan  maksud yang tersurat dan tersirat melalui komponen-komponen tersebut.

   Kesimpulannya  murid-murid tahun 6 wajar menyedari,pada tahun 2019 mereka melangkah masuk ke sekolah menengah.Mereka wajar tabah dan mampu bersedia untuk terus belajar dengan penuh iltizam.


Saturday, November 3, 2018

Tiada Lagi Peperiksaan Murid Tahap 1 pada tahun 2019.

Baru -baru ini  Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik,menyatakan  bahawa tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahap 1,iaitu murid Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3.Oleh itu peperiksaan itu pula akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.


           Oleh itu pihak ibu bapa wajar memahami akan isu ini.Pihak sekolah akan lebih maklumi  akan hal itu dari masa ke semasa.Ketika ini pun Pentaksiran Bilik Darjah telah pun dilaksanakan di sekolah,,di samping pentaksiran sumatif.

           Lantaran itu pentaksiran alternatif boleh dijadikan sandaran untuk melihat pencapaian murid tahun satu,tahun dua dan tahun  tiga.Pentaksiran alternatif ini dapat mengukur  'holistik 'seseorang murid.Kemahiran berfikir murid lebih dapat dilihat melalui pentaksiran alternatif berbanding pentaksiran tradisional.

           Namun ,menjelang 2019,pihak sekolah akan diberikan input  pentaksiran untuk murid tahun  satu,tahun dua dan tahun tiga.Ibu bapa tidak perlu gusar,bahkan sentiasa berinteraksi dengan pihak sekolah agar lebih memahami akan hakikat yang sebenarnya.

           Yang lebih utama,menjelang murid itu memasuki  Tahap 2,murid itu telah bersedia dan menguasai kemahiran membaca,mengira,menulis dan menaakul.Murid itu mampu untuk berdikari dan berkomunikasi dengan baik.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...