Monday, December 25, 2017

Persekolahan 2018 :Ibu Bapa Senyum,Guru Senyum ,Murid Sejahtera

-SELAMAT DATANG SESI PERSEKOLAHAN 2018.

-IBU BAPA GEMBIRA,GURU CERIA,MURID SEJAHTERA,SEKOLAH BERJAYA-
GPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN SELAMAT  KE SEKOLAH DAN
SELAMAT BELAJAR.

Monday, December 18, 2017

SELAMAT BERTUGAS KEPADA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG

-Pegawai Pendidikan Daerah Manjung yang baharu Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif.-



*GPMS CAWANGAN SITIAWAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS.

Sunday, December 17, 2017

Anak Anda Mampu Berkomunikasi atau bagaimana?




 1:Mampukah anak anda berkomunikasi dalam bahasa Melayu ,bahasa Inggeris dan bahasa Arab setelah mereka melangkah ke sekolah menengah.

2:Tahukah anda,sejak bila anak anda belajar menguasai bahasa-bahasa tersebut.

3:Adakah anda yakin mereka akan lebih menguasai dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan lebih baik setelah tamat persekolahan di peringkat menengah.

4:Lantaran itu adakah anda yakin,setelah tamat pengajian di kolej atau menara gading mereka akan lebih berkeupayaan berkomunikasi menggunakan bahasa-bahasa itu atau bagaimana?

5:Sesungguhnya menguasai komunikasi pelbagai bahasa  atau menguasai dwibahasa merupakan keperluan pada masa akan datang.

*Jika anak anda,tidak mampu berkomunikasi dengan baik,fikirkanlah sejenak,mengapa begitu?


**Berkomunikasi=berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran.

Thursday, December 14, 2017

PT3:ANDA MAHU KE MANA SELEPAS PT3 2017

-rajah 1-



1:Pelaporan PT3  akan diterima pada hari ini,setiap murid tingkatan 3 2017,akan mendapat keputusan masing-masing.

2:Apakah pilihan anda pada tahun 2018?

3:Rajah 1,ialah beberapa  aliran yang ditawarkan semasa di tingkatan 4,mengikut sekolah masing-masing.(sila rujuk pihak sekolah untuk  meneliti tawaran aliran ).

4;Anda perlu bijak untuk memilih  pakej yang bersesuaian dengan diri anda.

5;Perhatikan pencapaian akademik dan psikometrik anda.


SELAMAT MEMBUAT PILIHAN.TNGKATAN 4 IALAH LANGKAH PERTAMA KE TINGAKATAN 5.

Monday, November 27, 2017

Ibu Bapa perlu peka dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017

-rajah 1-






1:Pada tahun 2017,calon-calon UPSR menerima keputusan UPSR di bawah satu laporan pencapaian yang holistik.

2.Ibu bapa calon UPSR 2017 sudah tentu telah menerima perincian yang terkandung seperti di rajah 1.Jika  belum bolehlah berhubung dengan sekolah yang berkenaan.

3.Dalam gerbang maya Lembaga Peperiksaan Malaysia terdapat  perincian yang lebih mendalam tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017.(rujukan)

Akhir kata,GPMS SITIAWAN mengucapkan syabas kepada semua calon Upsr 2017.Analisislah pencapaian pentaksiran masing-masing,dan tingkatkan pencapaian anda di sekolah menengah.

Saturday, November 25, 2017

Friday, November 17, 2017

SELAMAT MENERIMA KEPUTUSAN UPSR 2017.



Pada minggu akhir persekolahan,keputusan UPSR 2017 akan diumumkan.Amatlah diharapkan ,calon-calon UPSR 2017,telah bersiap sedia untuk mengambil  slip keputusan tersebut di sekolah masing-masing.Terimalah keputusan itu seadanya.Suka atau duka,itu hanyalah perasaan yang tercetus dalam proses menerima keputusan yang bakal diperoleh nanti.

      Lantaran itu yang lebih utama ialah,berazam untuk berusaha pada masa mendatang dalam meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik sewaktu di sekolah menengah.


      Gpms Sitiawan mendoakan agar anda mendapat keputusan yang dihajatkan.


*Adakah bilangan calon yang mendapat 6A meningkat, berapakah peratus calon Upsr 2017 yang mendapat Gred E?

Friday, November 10, 2017

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MEMASUKI DUNIA SEKOLAH MENENGAH 2018.




1.Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan sebelum cuti akhir tahun 2017 bermula.Justeru itu,sudah pasti calon-calon UPSR sudah maklumi pada tahun depan mereka akan melangkah ke dunia sekolah menengah.

2.Diharapkan mereka sudah bersedia secukupnya untuk belajar di sekolah menengah.

3.Sehubungan itu,amat penting pada cuti sekolah,sementara berehat dan bercuti,wajarlah mereka meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sains,Matematik ,Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.

4.Bahkan mereka wajar meningkatkan kemahiran  berkomunikasi dalam B.Melayu,B.Inggeris dan Bahasa Arab.

GPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN SELAMAT  MENERIMA KEPUTUSAN UPSR 2017 DAN SELAMAT  MEMASUKI DUNIA SEKOLAH MENENGAH 2018.

Saturday, October 28, 2017

Sejenak di program Forum Ngo sempena Pemukiman MB Perak di Manjung 2017..

-YB ADUN PASIR PANJANG TURUT HADIR MENGeOLAKAN SESI FORUM-

-Blogger sempat menghadiri forum Pelan Tindakan Strategik Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO) ,yang mengutarakan beberapa  idea dalam menjayakan  misi dan visi Perak Amanjaya.Justeru itu amatlah diharapkan program berbentuk perpaduan dan integrasi kaum diadakan di peringkat prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah,pusat pengajian tinggi ,penjawat awam ,agensi kerajaan,swasta dan komuniti setempat.

Friday, October 20, 2017

'SWADAYA SOSIAL PADA TAHUN MENDATANG 2O18.

-PANDANGAN YB MENTERI BELIA DAN SUKAN,WAJAR DIBERIKAN PERHATIAN-
-ANCAMAN NAJIS DADAH -

-MENGUBATI  KEBEJATAN SOSIAL,TANGGUNGJAWAB SEMUA-

*DATA SUMBER AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

Monday, October 16, 2017

Bersediakah Murid Sekolah di Luar Bandar Belajar Menggunakan Tablet?

-Adakah kawasan yang mempunyai perkhidmatan internet ,digunakan ?

-Murid sekolah  di luar bandar,menggunakan  capaian   Frog Vle?

-Adakah murid sekolah  di luar bandar memiliki tablet?

-Belajar di alam maya,mampukah murid sekolah  di luar  bandar?

Sunday, October 8, 2017

Saturday, October 7, 2017

Kem Shields Penggal 2 2017 di Kem PLKN Teluk Rubiah.-

-Tuan TIMYDP Gpms Cawangan Sitiawan,(Al-Saadi,Batu 14)sedang memberi  kuliah
maghrib kepada para peserta.


Sunday, October 1, 2017

Catatan :Program Jelajah Pendidikan KPM di Aeon Mall Seri Manjung 2017

-jam 10:00 pagi pintu Aeon Mall Seri Manjung mula beroperasi-

-sempat bersua Encik Radzi dan En.Firdaus,

-berinteraksi dengan guru kaunseling di pondok pameran-tahniah dan selamat berjaya-

-selamat berpengakap-

-sebuah  program yang banyak manfaat-

-teruskan mencipta kejayaan,syabas :pameran roket -
    


-peserta Bicara Berirama :SK SERI SAMUDERA MANJUNG RAYA-


*Pihak KPM telah berusaha dengan penuh siaga dan bijaksana dalam mecipta kegemilangan pendidikan di Malaysia,para guru yang gigih ,dan kerjasama komuniti setempat akan berupaya melahirkan insan untuk mewarisi kegemilangan Malaysia pada masa akan datang.
**Blogger sempat juga bersajak di satu sudut pondok pameran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Saturday, September 23, 2017

AL-FATIHAH :NUR ADLINA BINTI MOHD RUSLAN,CATATAN KENANGAN 2017

i

kelmarin,

'kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan kelas 6 Bijak,
nama saya Nur Adlina Binti Mohd Ruslan'.


ii

Aqilah,Siti,Nur Adlina dan Shah,kumpulan kamu bincang tajuk ini.

iii

Ketua kelas,siapa yang tidak hadir hari ini,
Nur Adlina tidak hadir:Dia tidak sihat
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .

iv

Adlina ada di hospital Manjung.

dan
 hari ini 23 September 2017 :2 Muharam 1439H

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bersemadilah Adlina di situ,dan itulah hakikat kehidupan
Kepada-Nya setiap manusia akan kembali.

Al-Fatihah.

Wednesday, September 13, 2017

'APABILA UPSR BERLALU PERGI,SEKOLAH TETAP DIKUNJUNGI' 2017

-Kemahiran berkomunikasi,berfikir,dan menyelesaikan masalah-*
-permainan ,sukan,  kecergasan,*
-program pemimpin muda-*

-Keupayaan berbahasa Inggeris-*
-keupayaan menghitung/mengira-*
-melukis,kraf*
-kuiz sains,kembara sains,saintis muda-*
-pemimpin maya-*

                                                                          - kerohanian -*

1.Berlalunya peperiksaan UPSR bukan bermakna murid-murid tahun 6 boleh berehat atau tidak hadir ke  sekolah.
2.Seseorang murid tahun 6,yang tidak hadir ke sekolah tanpa  alasan yang munasabah bolehlah dianggap sebagai murid yang tidak berdisiplin  dan berjati diri yang tinggi.
3.Ibu bapa wajar mengambil berat akan situasi anak  mereka selepas peperiksaan UPSR,pastikan mereka pergi ke sekolah dan melaksanakan aktiviti yang berfaedah.

*contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk murid tahun 6.

Wednesday, August 30, 2017

Gpms Sitiawan Menjejak Patriot:Negaraku Sehati Sejiwa 2017.





-sesi temu bual yang amat bermakna akan kegigihan menentang komunis-

-Saudara Saad,Timbalan Yang Dipertua    Gpms Sitiawan memyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Zakaria Bin Che Ya, sebagai simbolik  tanda ingatan akan semangat juang sama ada anggota Home Guard,Jungle Squad,Special  Constabel,pasukan polis dan tentera menentang komunis pada zaman darurat.
        Biar putih tulang jangan putih mata,menurut Tuan Haji Zakaria,generasi hari ini harus meneruskan semangat kental mempertahankan kedaulatan negara.
         Terima kasih akan jasa bakti para patriot.Gpms Sitiawan mendoakan akan kesejahteraan para patriot.

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI  MALAYSIA TAHUN 2017.

Sunday, August 27, 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2017

-Tema Hari Kebangsaan 2017-
-Kibaran Jalur Gemilang di Pusat Khidmat Pendidikan Melayu Gpms Sitiawan-

            Gpms Cawangan Sitiawan dan Biro Badan Bertindak Gpms Sitiawan mengucapkan "Selamat menyambut Hari Kebangsaan tahun 2017." Bersyukurlah dan insaflah akan jerih keringat pejuang-pejuang kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta ini.

             Ingatlah pesanan pantun ini,
                   Walaupun rumput mati terlapah,
                    Uratnya tidak mahu tenggelam;
                    Walaupun laut menjadi darah,
                    Semangat Melayu tidakkan padam.*

  *muka surat 172,dalam buku yang bertajuk Pejuang-Pejuang Kemerdekaan,diselenggarakan oleh,
Prof  Datuk Dr. Ramlah Adam.

Tuesday, August 22, 2017

Sisipan Berita Gpms Sitiawan 2017

1 - 2.KETUA PENERANGAN GPMS SITIAWAN DI KEM PLKN SEGARI,DALAM SLOT KULIAH ILMU.

3.YDP GPMS SITIAWAN ,MANTAN YDP,ATOQS DAN TUAN HJ ZAINAL PADA MAJLIS  HARI ULANG TAHUN GPMS .

4.TYDP GPMS SITIAWAN MERAIKAN ROMBONGAN SEBUAH SEKOLAH DI LUMUT.

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.

 Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...