Friday, April 19, 2024

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari.

👉Anak-anak yang gagal hadir ke sekolah mestilah membuktikan ketidakhadiran itu adalah disebabkan dengan alasan yang munasabah dan dikukuhkan dengan surat  atau sijil sakit dari pihak perubatan.

👉Kehadiran murid yang rendah,boleh menjadi punca kepada masalah pencapaian murid itu dalam pentaksiran.


Kesimpulannya usah ambil mudah dengan ketidakhadiran ke sekolah.

Sunday, April 7, 2024

Salam Aidilfitri 1445H

    Bunga delima bunga angsana,

    Bunga kenanga bunga raya,

    Aidilfitri kini menjelma,

    Maaf zahir batin dipinta jua.  

 


Selamat pulang ke kampung kepada  yang beraya di kampung.Pengalaman berhari raya di kampung boleh dijadikan idea dalam penulisan karangan.Sama ada dalam bentuk catatan,dialog,cerita dan fakta.




Maaf dipinta juga,

Daripada:bbbgpms.blogspot.com



Saturday, March 23, 2024

Murid Sekolah.

 Kini semua murid telah mengikuti sesi awal persekolahan.Berikut ialah  sikap yang telah anda lakukan pada awal sesi persekolahan.Perhatikan sikap yang berkaitan dengan diri anda.


👉Tidak membawa buku seperti yang tercatat dalam jadual waktu.

👉Tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

👉Tidak menumpukan perhatian ketika belajar.

👍Belajar dengan tekun dan aktif ;ketika belajar di dalam kelas.

Friday, March 8, 2024

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.


 Menjelang Ramadan 2024,

Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya,

Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan.


Palestin Tetap Menang.

Saturday, March 2, 2024

Thursday, February 29, 2024

Anda Tahu ini dan ANDA Kini Berada di Tahap Mana?


 Menjelang sesi akademik 2024/2025,anda perlu tahu ini.Kegigihan anda dan andalah yang akan  membuat pilihan itu.

   Selamat belajar dan menuntut ilmu.

Tuesday, February 20, 2024

Ibu bapa Perlu Pastikan Waktu Belajar pada Waktu Cuti Sekolah


Penguasaan murid-murid  dalam setiap mata pelajaran bergantung kepada cara belajar murid itu sendiri.Oleh itu amat beruntung  murid-murid yang mempunyai jadual waktu belajar ketika cuti sekolah.

    Ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka mempunyai jadual belajar ketika cuti sekolah.Masa ulang kaji boleh sama ada tiga puluh minit atau enam puluh minit.

    Kini,murid-murid boleh belajar melalui capaian TikTok,YouTube,buku aktiviti atau merujuk  latihan dalam paparan Internet.

Monday, February 19, 2024

Ulang kaji Waktu Cuti.


Mengisi waktu cuti dengan mengulang kaji pelajaran mampu memudahkan anak anda untuk bersedia memasuki sesi persekolahan akan datang.Pastikan anak-anak mengulang kaji walaupun sebentar sahaja.
 

Friday, February 9, 2024

Manfaatkan Waktu Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024

👉 Kini setiap murid berasa gembira kerana waktu percutian persekolahan sesi 2023/2024 telah pun bermula.Namun dalam mengisi percutian itu setiap murid wajar dapat memanfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah.

👉Wajar diingatkan bahawa murid-murid semestinya membaca buku dan mengulang kaji pelajaran,agar menjelang sesi persekolahan 2024/2025 murid-murid akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik.


👉Aktiviti membaca itu paling penting,murid-murid boleh membaca surat khabar,buku cerita,buku teks dan membaca menggunakan media maya.Bahkan kepada yang mampu boleh mengikuti kelas-kelas secara dalam talian.


👉Akhirnya didoakan agar setiap murid dapat memanfaatkan waktu cuti dengan baik,sama ada balik  ke kampung,melancong atau melakukan aktiviti sukan .

Monday, January 1, 2024

Selamat Datang Tahun 2024/1445H

 

Selamat datang tahun 2024,didoakan Malaysia aman ,makmur dan sejahtera.

Didoakan agar Palestin mendapat haknya.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...