Wednesday, February 13, 2019

Bantu Anak Anda 'Seronok ke Sekolah'

'Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah di bawah KPM akan melancarkan program ini secara serentak pada 18 Februari 2019 di seluruh negara. Sesungguhnya kita amat mengalu-alukan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta seiring dengan Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama secara meluas antara ibu bapa, komuniti dan pihak swasta di bawah Inisiatif 62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). '

(TEKS UCAPAN YB DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019 SMK BANDAR TASIK KESUMA 11 FEBRUARI 2019)


    Petikan ucapan di atas membawa betapa besarnya komitmen dan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia dalam mengambil beberapa inisiatif untuk menggembirakan setiap murid untuk hadir ke sekolah.
    Pun begitu lebih molek jika para ibu bapa dengan penuh rasa gembira membantu anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan dengan  niat menimba ilmu.Ibu bapa lebih memamahami gelodak jiwa anak-anak mereka.
     Pebincangan dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah secara santai dan bernawaitu kudus akan lebih membantu mengatasi masalah 'ponteng'.Bak kata pepatah Tidak  ada kusut yang  tak selesai,tak ada keruh  yang tak jernih,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.


Friday, February 8, 2019

Hobi Dia Mengumpul Pen 2019.

 Antara koleksi pen   En.Muhathir Bin Makhtar.



 Hobinya bermula dengan pen yang dibeli oleh ayah beliau.
Apakah hobi anda,memancing,membela burung,membaca buku atau meneropong bintang di langit?
Hobi Encik Muhathir ialah mengumpul pen.Harga pen mencecah ke RM2000.00.
     Selain itu Encik Muhathir bergiat aktif dalam berkhidmat kepada komuniti setempat.Antara jawatan yang disandang beliau ialah;

-Pengerusi JKPD AADK Daerah Manjung,Pengerusi Koperasi Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam Sitiawan Berhad,AJK KPIBKS Kebangsaan,Timbalan Pengerusi  KPIBKS daerah Manjung dan Pengerusi Kelab Harmonis daerah Manjung.
     Bagaimanakah hobi anak anda?Adakah anda menghayati hobi anak anda?
     

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...