Saturday, March 25, 2023

Selanat Belajar dan Selamat Berpuasa.

 

Kini telah pun masuk ke minggu kedua sesi akademik persekolahan 2023/2024.Oleh itu selamat belajar dan selamat berpuasa.Pastikan setiap murid dapat memberikan fokus sewaktu berada di dalam kelas.Begitu juga belajarlah bepuasa mengikut kemampuan masing-masing dengan meminta nasihat daripada ustaz dan ustazah.

                     Selamat belajar dan selamat berpuasa.

Friday, March 10, 2023

Menjelang Persekolahan Sesi 2023/2024

 



Persediaan yang rapi amat perlu kepada semua murid menjelang persekolahan sesi 2023/2024.Setiap murid wajar telah bersedia dalam menempuhi sesi persekolahan tersebut dengan azam yang tinggi dan tekad yang gigih.

            Sesungguhnya murid - murid yang berusaha gigih akan dapat mencipta kejayaan bagi diri masing-masing.Setiap murid wajar aktif sama ada di bidang pelajaran,permainan,persatuan dan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

             Oleh itu setiap murid mesti menguasai adab belajar dan kemahiran belajar.Tanpa adab belajar murid-murid pasti sukar untuk mencipta kejayaan.Penguasaan kemahiran belajar juga penting,tanpa kemahiran belajar murid-murid tentu  payah untuk memahami  pembelajaran di dalam kelas.


                Selamat belajar.

Thursday, March 2, 2023

Santai Minda.(Sesuai untuk murid yang akan memasuki Tahun 1)

 




Bina ayat mudah dengan betul.

contoh:
Ini bas.




 ........................................................................................................................................................




Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...