Thursday, December 26, 2019

Selamat Kembali ke Sekolah tahun 2020.



Sesi persekolahan bagi tahun 2020,hampir tiba,diharapkan semua murid sudah bersedia untuk menimba ilmu bagi sesi tahun 2020.
   
    Diharapkan tahap kemahiran membaca ,mengira dan menulis serta menaakul setiap murid semakin meningkat baik.Bahkan dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan juga penyelesaian masalah.


    Kepada murid-murid yang  memerlukan  program intervensi,selamat mengikuti program tersebut .

    Peranan ibu bapa,sekolah dan komuniti amat diperlukan dalam membantu peningkatan pencapaian setiap murid.Bahkan setiap murid dapat mengamalkan amalan baik ,berdisiplin dan berakhlak mulia.

     Selamat belajar pada sesi persekolahan tahun 2020.


 

Monday, December 9, 2019

Dari Alor Setar-Gunung Jerai ke Along Char Koey Teaw 2019.

                                           -Pemandangan Masjid Zahir pada jam 1.00 pagi.
                                          -Foto dari tetingkap hotel .
                                          Antara kuntuman bunga di puncak Gunung Jerai.
                                          -Pandangan mata dari puncak Gunung Jerai-
                                          -Terserempak PEH di puncak Gunung Jerai-
                                          Char kuetiau yang enak,di  Along Char Koey Teaw di Parit Buntar.
-Terima kasih ,Tuan Qila,kuetiau dan Yong Tau Fu yang memang wow.

Friday, December 6, 2019

Adakah Anda Ambil Tahu tentang Pentaksiran?


Ketika ini anak-anak  anda tentu sedang menikmati cuti akhir tahun,dan kemungkinan ada juga yang mengikuti kelas tambahan di luar.Apa sahaja  aktiviti yang mereka lalui,diharapkan akan dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan kepada anak-anak anda.

     Ibu bapa tentu sudah acap kali menerima dan melihat keputusan atau pencapaian pentaksiran anak-anak mereka sama ada di prasekolah,sekolah rendah dan menengah.Ibu bapa amat wajar dan perlu untuk melihat akan pencapaian atau keputusan pentaksiran anak-anak mereka.

      Amatlah rugi jika ibu bapa tidak mengendahkan akan keputusan pentaksiran anak-anak mereka.
Meneliti keputusan pentaksiran tahun 2019,akan menyebabkan seseorang murid itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan persekolahan pada tahun 2020.

     Sama ada anak-anak anda atau murid itu melalui pentaksiran formatif  atau sumatif,sudah menjadi keperluan kepada ibu  bapa untuk menggunakan keputusan pentaksiran itu bagi merancang sasaran pembelajaran bagi tahun 2020.

      Amatlah perlu juga jika anak-anak anda boleh membuat pentaksiran kendiri dan juga boleh melakukan pentaksiran rakan sebaya.

     Pun begitu ibu bapa perlu bijak,agar sesuatu  pentaksiran itu tidak akan menyebabkan anak itu berasa murung atau berasa kecewa.Ibu bapa wajar menjadikan pencapaian pentaksiran itu sebagai motivasi kepada anak  itu agar lebih berdaya saing dan positif.

     Ingat,pentaksiran itu untuk anak anda,dan bukannya untuk dibanding-bandingkan dengan murid lain.Ibu bapa wajar boleh berbincang dengan  pihak sekolah dalam meneliti sesuatu pentaksiran.


Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...