Sunday, September 29, 2019

FORUM IKON ANAK MUDA OLEH GPMS PERAK 2019





Forum Ikon Anak Muda dipanelkan oleh Pemimpin  Muda Gpms Perak,forum itu diadakan sempena Majlis Penutupan Program Pintar Harapan @ KPLB MRSM PASIR SALAK..

*Blogger sempat mengikuti sesi forum ,soalan para peserta adalah baik dan ahli panel mampu mengupas setiap persoalan mengikut bahasa anak muda.

Thursday, September 26, 2019

Kem Pembugaran Sikap Tingkatan 4 2019

                                                     -Kuliah Maghrib disampaikan oleh Saudara Saad drp
                                                       Biro Badan Bertindak Gpms   Sitiawan.
                                                     -sesi kuliah Maghrib-
                                                         -antara fasilitator  daripada Gpms Sitiawan -

*Kem Pembugaran ini dikelolakan oleh Gpms Perak,yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling  dari sebuah sekolah menengah .

Monday, September 23, 2019

Kepimpinan Muda Gpms- Apakah Agenda Mereka?



Secara realistik sesebuah organisasi akan bertukar ganti pemimpinnya.Pemimpin boleh datang dan pergi mengikut masa dan ketikanya.Bahkan ramai percaya bahawa sesebuah organisasi berkelangsungan  dengan sejarah   organisasi itu diwujudkan.Mengapakah Gpms ditubuhkan?
Apakah wadah yang diperjuangkan oleh Gpms? Ahli Gpms tentu tahu ,malah 'Pemimpin Muda Gpms" amat tahu.

          Realistik juga,persekitaran jangka masa waktu Gpms ditubuhkan amat berbeza dengan situasi yang Gpms perlu hadapi ketika ini.Lantaran itu ketika ini Gpms kemungkinan sedang melalui proses pembugaran.

         Senario ketika ini dapat dilihat Gpms Kebangsaan ,Gpms Negeri dan Cawangan mempunyai pemimpin yang berkebolehan,berdaya maju,kreatif dan kritis.Pelajar-pelajar Melayu yakin akan kejituan mereka memperjuangkan nasib hala tuju pendidikan pelajar-pelajar  Melayu sama ada di peringkat sekolah atau menara gading.

         Akhirnya agenda mereka sudah tentu berteraskan Mukadimah Gpms.Selamat berorganisasi.

Monday, September 9, 2019

Selepas UPSR 2019,,Murid Tahun 6 Buat apa?


Tidak beberapa hari lagi,peperiksaan UPSR 2019 akan berakhir.Kebiasaannya murid-murid tahun 6 akan berasa bahawa mereka sudah bebas merdeka dalam menimba ilmu.Pihak sekolah pula akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran(PdP) .Namun yang lebih penting ialah kebolehan pihak sekolah melaksanakan Pengajaran dan  Pemudahcaraan(PdPc) kepada murid-murid Tahun 6 yang telah pun menduduki UPSR.

        Murid Tahun 6 dan ibu bapa wajar memahami bahawa pentaksiran bilik darjah akan terus berlaku dan murid-murid tahun 6 akan belajar seperti biasa,namun pihak sekolah diberikan ruang yang wajar dalam memikirkan program selepas Upsr.

             Banyak perkara yang boleh difikirkan oleh murid tahun 6 itu sendiri ,mereka boleh bertanya apakah mereka sudah khatam Al-Quran? Sudah menguasai asas kebolehan berbahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan bahasa Arab..
         
              Bagimanakah  tahap kesihatan  mereka,adakah mereka obesiti?Setakat manakah mereka  mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi,yakni  menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

      Contohnya: Selepas tamat persekolahan di sekolah rendah,mereka mahu belajar di sekolah menengah yang bagaimana? Atau mereka hanya menurut pilihan ibu bapa?

          Namun yang amat ditakuti ialah apabila terdapat segelintir murid tahun 6 yang akan terikut-ikut dengan pengaruh persekitaran yang negatif.Jika ini berlaku amat malanglah  bagi murid itu.
            
             Pada masa hadapan  dunia mahukan manusia yang berilmu dan beradab,bijaksana,mampu menyelesaikan masalah dan berdaya saing.


"BBB GPMS SITIAWAN  MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA.'

Sunday, September 1, 2019

Dari Lekir ke London 2019.:Sejenak di Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Tuan Tam.

                                                 -

                                           -antara yang hadir(atas)
                                            Tuan Tam dan anakandanya.

BBB Gpms Sitiawan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara 
Tajul Azmir Bin Mustapa  sekeluarga atas kejayaan  anakanda beliau Lokman Nor Hakim menyambung pelajaran di London.Kepada Lokman selamat menimba ilmu.


"Dari Lekir ke London:Dari Tadika Sepakat Budi Sitiawan ke UCL.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...