Saturday, January 30, 2010

1Malaysia.....Halatuju Pelajar Melayu

Assalamualaikum w.b.t.
Kepada semua yang melayari blog ini diucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua.Kali ini penulis ingin mengajak pembaca-pembaca semua untuk melihat kembali slogan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib ketika mana beliau diberikan amanah untuk menjawat jawatan Perdana Menteri oleh Allah s.w.t. Ketika itu beliau melaungkan slogan 1Malaysia untuk rakyat Malaysia sebagai tanda keperihatinan dan kesungguhan beliau dalam membentuk Negara Bangsa Malaysia.Dan penulis tidaklah mahu menulis tentang perkara itu.Kerana tanggungjawab rakyat yang diamanahkan oleh Allah s.w.t ialah taat kepada pemerintah dalam setiap perkara selagi mana perkara tersebut tidak mengarah atau menuju kepada maksiat.
Cuma penulis melihat,ketika pemimpin negara silih berganti,dan mereka membawa pembaharuan demia pembaharuan,tapi penulis melihat keadaan,sikap dan mentaliti sebahagian besar umat Melayu tetap tidak berubah.Berbanding dengan bangsa-bangsa lain, kita melihat begitu banyak kemajuan yang diperolehi kesan dari kesungguhan mereka untuk mengubah cara hidup serta mentaliti kehidupan mereka.
Tetapi,apa yang jadi kepada umat Melayu pula ialah mereka tenggelam dalam keseronokan dan sedikit kesenangan yang bila-bila masa boleh disentap oleh bangsa lain.
Manakala halatuju pelajar-pelajar Melayu nya pula kadang-kadang jalan lurus,kadang-kadang ke kanan,kadang-kadang ke kiri dan ada masa langsung hilang arah tuju serta matlamat.Kalaulah penulis berhentikan kereta dan duduk selama 10 minit di depan Pasaraya Bilion di Manjung ketika waktu pulang bagi pelajar-pelajar sekolah menengah,pelbagai aksi dapat dilihat.Ada yang naik motor tak pakai topi keledar, ada yang naik motor tak pakai topi keledar sambil merokok,ada yang berpimpin tangan lelaki dan perempuan,pakaian sekolah setakat di pintu pagar sekolah,seinci lepas dari pintu pagar,baju sudah pun berada di dalam beg.
Jadi sebenarnya....1Malaysia untuk siapa?

Biro Dakwah GPMS Caw. Sitiawan
Tulisan ini adalah pendapat peribadi daripada penulis.

Monday, January 25, 2010

TAHNIAH KEPADA ZAMZARINA BT SARIP.


GPMS CAWANGAN SITIAWAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN SEBAGAI IKON USAHANITA DAERAH MANJUNG TAHUN 2009 .SEMOGA PUAN TERUS MENCIPTA KEJAYAAN,DAN TERUS MEMBERIKAN SUMBANGAN KESUKARELAAN SEBAGAI AJK GPMS CAWANGAN SITIAWAN.

Saturday, January 23, 2010

Takziah Kepada Seluruh Rakyat Johor Darul Takzim.

Salam.Takziah kepada seluruh rakyat Johor Darul Takzim di atas kemangkatan Baginda Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Sesama kita berdoa agak Roh Baginda Sultan akan ditempatkan bersama mereka mereka yang beriman serta beramal soleh.Al-Fatihah.Dari Ketua Penerangan GPMS Stw.(EDTP Perlis).

Thursday, January 21, 2010

SALAM PERJUANGAN

Salam dan apa khabar semua perjuang GPMS tak kira di mana jua anda berada.Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kpd Allah yang Esa kerananya serta berkat doa kekawan di GPMS membolehkan saya bertugas di luar lagi.Untuk makluman kekawan saya bertugas di Bukit Keteri Perlis.Saya berkhidmat dgn syarikat Antarabangsa di dalam projek landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke Padang Besar.Namun di mana jua saya berada GPMS tetap di hati dan mataku ini.Namun adakah kita sedar bahawa masalah sosial anak Melayu khususnya di luar bandar lebih teruk serta menyedihkan.Sepanjang saya di sini saya bnyk terjumpa atau terlihat remaja Melayu khususnya perempuan lebih gemar memakai seluar pendek yang ketat sewaktu berada di luar rumah atau pun keluar berjalan jalan dgn rakan rakan di pasar malam.Adakah itu bangsa kita sekarang yang sudah hilang arah tuju serta jahil dari Agamanya.Sesamalah kita renungkan serta fikirkan!!!!Apa khabar OC,Tuan Tam,Ust Edi,En Hafiz,Abah,Mama,Kak Su,Abg Man serta perjuang perjuang GPMS dan Kelab Sahabat GPMS Sitiawan.Salam dari saya utk semua.Dari Ketua Biro Penerangan GPMS Sitiawan.(EDTP Perlis).

Saturday, January 16, 2010

Bila Dah Jahil Maka.....

Assalamulaikum w.b.t
Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini.Kerana kesibukan dalam menguruskan sekolah dan keluarga.Tapi,bila mengenangkan banyak peristiwa yang berlaku di akhir-akhir ini,terasa ringan tangan untuk cuba melontarkan idea walaupun sekadar di blog.
Bila membaca di dada akhbar,pasti akan terbaca tentang pergaduhan,jenayah dan sebagainya.Kadangkala,sebelum membeli akhbar pun sudah dapat diagak apakah tajuk-tajuk utama yang akan memenuhi dada akhbar samada yang pro kerajaan mahupun akhbar pembangkang.Bila memuji,memuji sampai ke langit hinggakan perkara yang tidak dilakukan pun,tetap dipuji.Bila mengutuk,mengutuk sampai putus silaturrahim,bagaikan mengutuk orang Yahudi lagaknya.
Bila dilihat semula,maka betullah pesanan Kekasih Allah,iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa bilamana ilmu mengenal Allah dijadikan perkara nombor 2 ataupun yang bawah dari itu,maka akan terzahir beberapa perkara.Yang pertama terzahirnya kemungkaran yang sukar dicegah.Yang kedua akan terzahirnya kehancuran dalam masyarakat tersebut.Bilamana terbaca akan pesanan Kekasih Allah ini,betapa diri ini terasa pilu apatah lagi bila mengenangkan yang tidak berilmu itu adalah dari kalangan orang Islam.Lebih tepat lagi dalam skop Malaysia ini,Orang Melayu. Maka kehancuran itu berlaku dalam lapangan kehidupan.Murid-murid dan pelajar-pelajar Melayu hanyut dan hancur dibawa keseronokan dunia yang ada di depan mata.Para pemimpin-pemimpin pula,bergaduh sesama sendiri,masing-masing menyatakan mereka berjuang dalam kebenaran.Ibubapa pula sudah tidak mempedulikan perihal anak-anak. Kesekolahkah mereka atau ke pusat video game kah mereka.
Setiap hari,penulis dan rakan-rakan daripada GPMS Sitiawan ( GPMS lain tak tau le,mudah-mudahan selalulah berbincang )akan meluangkan masa untuk memikirkan program-program yang perlu disusun agar kehidupan masyarakat Islam terutama pelajar-pelajar Melayu ada matlamatnya. Sehingga waktu ini,penulis telahpun menyiapkan kertas kerja untuk pelajar-pelajar Melayu sekitar daerah Manjung untuk satu program "memperkenalkan pelajar melayu siapakah Tuhan mereka".Sudah dibisik-bisikkan kepada Biro UMNO Bah. Lumut,kalau tak bagi peruntukan satu je pesanan penulis...Tak Payah Cerita Tentang Perjuangan.
Maka matlamat GPMS Sitiawan masih tetap tidak berubah se dari dulu...memartabatkan pendidikan orang Melayu.Kami tak mencari Projek-projek PJKN atau Belia,atau mana-mana projek mega ( hanya contoh ) yang hanya memandang kepada wang semata-mata tanpa memikirkan tentang kepentingan Melayu ( tetapi tidak salah untuk mencari wang ),tapi kami mencari peserta yang mahu berubah.
Moga Allah bersama kami dan kita dan bukan hanya dengan PAS sahaja.

Tulisan ini telah dibuat penambahbaikan berdasarkan kepada komen pembaca.Dan tulisan ini merupakan pendapat peribadi daripada penulis.Dan penulis ada menerima komen-komen dari pembaca.Sekiranya ada pembaca-pembaca yang terasa atau terguris, maka penulis memohon maaf sebanyak-banyaknya.Tetapi tulisan ini ini penulis tujukan kepada semua umat melayu islam dan bukannya tulisan blog ini untuk menghentam sesiapa.Bukan sikap penulis nak menghentam/mengata melalui blog.Terima Kasih.
Cetusan Biro Dakwah GPMS Sitiawan

Friday, January 15, 2010

Apa yang berlaku?




Apakah yang berlaku:Biro Penerangan GPMS Sitiawan mahukan penjelasan lanjut.

Monday, January 11, 2010

Kata Hikmat Untuk Semua Warga GPMS STW serta Perjuang GPMS

Salam dan ketemu lagi pada semua ahli ahli GPMS Sitiawan serta Perjuang GPMS,Gurkha GPMS dan BBB GPMS.Hayatilah kata kata hikmat serta pesanan dari Mantan GPMS terdahulu serta mereka mereka yang sudah lama bersama GPMS......"TUGAS KITA UNTUK MEMBINA,MEMBENTUK DAN MENCARI YANG CELIK MINDA,CELIK MATA,YANG TAK KUDUNG KAKI DAN TANGAN SUPAYA TAK TERABA RABA DAN TAK TEMPANG JALANNYA.SUSAH TAPI TAK MUSTAHIL BOLEH".Oleh yang demikian saya menyeru pada semua warga GPMS tak kira di mana kalian berada hayatilah segugus kata kata hikmat ini dari Mantan GPMS terdahulu.Dicatat oleh Ketua Biro Penerangan GPMS Sitiawan.

Friday, January 1, 2010

Gerhana Bulan 2010





Gerhana bulan satu fenomena alam.

1.Solat sunat gernana bulan dan gerhana matahari .

USHALLI SUNNATA KUSUU FISY SYAMSI RAKATAINI LILLAAHI TA'AALA:

sahaja aku sembahyang sunat gerhana mahahari dua rakaat kerana Alaah taala.


USHALLI SUNNATA KHUSUUFIL QAMARI RAK'ATAINI LILLAAHI TA'AALA:

sahaja aku sembahyang sunar gerhana bulan dua rakaat kerana Allah ta'aala.