Sunday, May 30, 2010

BENGKEL STPM UNTUK SUBJEK EKONOMI.


-terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, Sitiawan,membenarkan program diadakan di Dewan Boestamam-


-DR HAMZAID YAHYA.sedang berinteraksi dengan para peserta-

-barisan urus setia daripada kelab gpms sitiawan-

-tuan danial dan urus setia -

Bengkel tersebut telah diadakan pada 29 Mei 2010.Antara peserta yang hadir ialah dari SMK Ambrose Ayer Tawar dan SMK Ahmad Boestamam Sitiawan.Terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Dr. dan pasukannya.Tahniah kepada tuan danial dan kelab gpms sitiawan.Bengkel tersebut ialah anjuran GPMS BAGAN DATOK dengan kerjasama gpms sitiawan.


Sunday, May 23, 2010

INTERAKSI TURUN PADANG GPMSSITIAWAN.



-MASJID AN NASRIYAH, SITIAWAN


-Tuan Adi sedang berinteraksi dengan para peserta-


-sebahagian peserta anak yatim kelolaan Biro Anak Yatim Masjid An Nasriyah Sitiawan sedang melaksanakan tugasan yang diberikan semasa sesi interaksi.

-Tahniah kepada AJK Biro Anak Yatim, MASJID AN NASRIYAH.
-Kepada para peserta diharapkan berjaya dalam menempuh kehidupan masa depan.

Wednesday, May 19, 2010

DEB dan MEB


MEB perlu kajian lebih terperinci .

2010/05/19(Berita Harian)

KERANGKA kerja Model Ekonomi Baru (MEB) yang baru dibentangkan Perdana Menteri pada penghujung Mac lalu mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak terutama dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Reaksi ini disebabkan mereka tidak jelas misi dan visi bagi pembangunan masyarakat Melayu secara keseluruhannya dan pelbagai andaian jelas menidakkan hak Melayu serta memburukkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dikatakan menjadi punca utama ekonomi negara tidak boleh berdaya saing dan berkembang dengan pesat.
Bagaimanapun, sepanjang pelaksanaannya DEB bukan saja membantu kaum Bumiputera dan dengan tepat orang Melayu, malah ia juga memberikan manfaat pada kaum lain seperti Cina dan India di negara ini. Jika dilihat sepanjang 10 tahun dari 1987 hingga 1997 pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sebanyak lapan peratus berbanding dari jangkaan asal sekitar tujuh peratus.
Selain itu, agenda pembangunan masyarakat Melayu juga tidak jelas, asas kepada pengukuhan ekonomi dengan meletakkan landasan ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta juga semacam ada kepincangannya.

Beberapa negara lain yang menggunakan pendekatan itu menunjukkan kegagalan dalam struktur ekonomi mereka antaranya Sepanyol, Itali, Portugal dan beberapa negara lain. Krisis ekonomi di Amerika Syarikat juga membuktikan ekonomi secara terbuka diibaratkan sebagai bom jangka yang mengancam kestabilan negara.

Jika diimbau tragedi berdarah 13 Mei 1969, ia berlaku kerana masalah ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum. Isu kemenangan tipis pilihan raya hanya isu kecil penyebab kepada rusuhan kaum yang berlaku. Persoalannya apakah ia akan berulang? Ia mungkin akan berulang jika tiada tindakan pencegahan serta pelaksanaan yang betul dijalankan.

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Konvensyen Usahawan Melayu yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada 14 Mei lalu adalah cadangan amat baik.
Masyarakat Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini sebenarnya masih teraba-raba dan samar-samar dengan tujuan dan kedudukan mereka. Jika dilihat kerangka kerja MEB sememangnya satu dasar dan cadangan yang baik, akan tetapi hala tuju orang Melayu seakan-akan tidak diambil peduli.

Sehubungan itu, penangguhan MEB ini perlu bagi memastikan satu kajian terperinci dibuat secara ilmiah bagi menentukan sejauh mana DEB benar-benar menggugat pembangunan ekonomi negara. Selain itu, penjelasan serta cadangan dan pandangan dari seluruh NGO Melayu amatlah diperlukan bagi memastikan agenda pembangunan negara tidak meminggirkan kepentingan orang Melayu.

Sekilas pandang, MEB ini seolah-olah hanya memenangkan sesuatu pihak dan kerajaan seakan terdesak bagi melaksanakan MEB. Jika diteliti secara terperinci mereka yang menjadi pemikir serta merangka MEB ini semacam tidak mempunyai semangat Melayu dan hilang ke Melayuannya.

Kesempatan ini juga diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu berbau perkauman dengan memberi alasan ia berkonsepkan 1Malaysia. Secara keseluruhannya 1Malaysia disalah tafsir sebagai memberikan hak sama rata semua kaum.

Sedangkan 1Malaysia adalah agenda perpaduan nasional supaya seluruh warga Malaysia diperkenalkan dengan satu identiti Malaysia bukan lagi Cina, India dan Melayu. Hak serta keistimewaan orang Melayu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menidakkan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang dilaung oleh banyak pihak terutamanya NGO bukan Melayu adalah satu tindakan provokasi yang melampau. Mereka ini dengan jelas melanggar perlembagaan negara, dengan itu mereka juga boleh dikatakan sebagai pesalah dan perlu diberikan hukuman.

Saranan dibuat oleh Dr Mahathir yang sudah memerintah lebih 20 tahun ini perlu diberikan perhatian serius. Kebimbangan mengenai sokongan Melayu terhadap parti memerintah juga wajar diberikan pertimbangan serta nasib Melayu yang menjadi penduduk majoriti yang masih lagi memerlukan tongkat kerajaan harus dipandang serius.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datoh amat menyokong saranan itu demi memastikan pembangunan orang Melayu terus terbela dan tidak seperti pepatah ‘itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’ serta ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.
MOHAMAD ASRI SHAFII,
Yang Dipertua GPMS
Cawangan Bagan Datoh,
Perak Darul Ridzuan.

-DEB merupakan mekanisme penjanaan ekonomi dan kesejahteraan negara,MEB satu pendekatan yang baik,namun pastikan ianya dilaksanakan tanpa ada unsur-unsur ketirisan.-(ulasan blogger)


Tuesday, May 18, 2010

kad ucapan sempena Hari Guru.


(kad ucapan selamat hari guru daripada Menteri Besar Perak.)





(kad ucapan selamat hari guru daripada exco pelajaran,pengajian tinggi,ict,sumber manusia,sains dan teknologi negeri Perak.





-sebagai tanda terima kasih- sebagai tanda budi sepanjang usia dan zaman -sebagai tanda kesyukuran-

Terdapat pelbagai makna ,namun guru tetap mendidik,dan kepada para guru yang berbakti kepada gpms sitiawan ,bbbgpmssitiawan mengucapkan ribuan terima kasih,Semoga tuan/puan diberikan kemudahan dan di bawah rahmat-Nya,begitu juga kepada guru -guru yang pernah mendidik blogger,(guru-guru di sk.simpat empat sitiawan(gandhi school/srk simpang ampat,smk tok perdana sitiawan/smr dan sekolah menengah ahmad boestamam)

Saturday, May 8, 2010

Seminar Anjakan Paradigma Penentu Kejayaan.


(tuan hj.zainal,sedang memberikan input teras kepada
para peserta)

(sesi input oleh saudara Anush,penceramah jemputan)

(sesi persediaan ceramah)

(mencatat input-input ceramah)

(para peserta mendengar input ceramah)

(peserta sedang mendengar input ceramah)

(dua orang urus setia sedang mengangkat meja)

(seorang urus setia pelapis gpms sitiawan sedang menelaah sebelum menunggu ketibaan peserta)

-Pada 8 Mei 2010(Sabtu)-Seramai 66 orang peserta telah mengikuti seminar anjakan paradigma penentu kejayaan di institut gpms perak batu gajah,peserta terdiri daripada pelajar dari SMK.BATU 10 LEKIR,SITIAWAN,SMK SIMPANG PULAI,SMK SULTAN YUSSUF BATU GAJAH,SMK SERI TEJA GOPENG dan SMK TOK INDERA WANGSA AHMAD BATU GAJAH.

Saturday, May 1, 2010

Jawapan Bagi Segala Andaian

Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua warga GPMS yang dihormati....
Blogger ada membaca dalam ruangan Cbox di blog ini,juga kedengaran banyak suara diluar sana yang menyatakan GPMS kian goyah dan tidak bersatu khasnya di antara Perak dan cawangannya Sitiawan.Jadi,dengan penuh tanggungjawab blogger akan cuba merungkai masalah ini agar semua pembaca dapat memahami situasi sebenar yang berlaku.
Sebenarnya blogger yakin,apa yang bermain difikiran pembaca kebanyakannya adalah berbentuk andaian semata-mata kerana pembaca kebanyakannya tiada maklumat yang tepat.Kalau adapun cuma dari sebelah pihak sahaja.Apa yang ingin blogger nyatakan bahawa tiada sebarang perpecahan,pergaduhan,atau boikot memboikot antara ahli Perak dan cawangannya.Kehidupan adalah seperti biasa.Program tetap berjalan dengan jayanya.Di Sitiawan,berjalannya kelas bimbingan dan aktiviti masuk ke sekolah-sekolah untuk tujuan motivasi.Di pihak GPMS Perak pula,berjalannya program seperti rutinnya setiap tahun.Dan daripada pihak ahli sudah pun berbahagi tugas,yang hampir dengan IGPMS Kg Seri Rahmat luangkan masa ke sana.Manakala di pihak kami ( Sitiawan ) menjalankan aktiviti di kawasan ini. Jadi tidak timbul isu pergolakan dalam GPMS sebenarnya.
Cuma dek kerana aktiviti yang semakin banyak,maka adakalanya ahli tidak dapat turun ke IGPMS.Cuma,di pihak luar,tidak perlu kepada andaian yang boleh mengoncang dan mengganggu gugat perjalanan GPMS.Itu sebabnya di pihak kami ( Sitiawan ),tidak pernah melayan persoalan mengenai perkara ini.Kerana pihak kami yakin,pihak yang membuat andaian tiada maklumat sebenar.Cuma kali ini,blogger rasa terpanggil untuk menjawab dan merungkaikan perkara ini agar tiada sebarang spekulasi tentang GPMS.
Soalnya sekarang,yang mengatakan Perak dan cawangan Sitiawan berbalah,rasanya di pihak sana belum tentu programnya serancak program di sini.Walaupun andaian mengatakan pihak kami berbalah,tapi program kami tetap berjalan sehinggakan ada program yang terpaksa ditangguhkan kerana tiada waktu.Antaranya program turun padang di Kluang Johor,Pasir Gudang dan lain-lain.Manakala program di kawasan Sitiawan lagi tak tergapai.Rasanya lebih sibuk dari wakil rakyat,cuma tak dapat pingat jer....
Kesimpulannya,hentikanlah andaian-andaian anda.Tak guna kalau membuat andaian kalau tiada maklumat sebenar.
Terima Kasih.Wallahu a'lam.

Naib Pengerusi 1 GPMS Perak & Naib YDP GPMS Sitiawan

Yang Mana Satu Betul?










-Apabila melihat di alam maya ada pelbagai bentuk logo gpms,namun yang mana satu yang betul?

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...