Sunday, January 29, 2023

Sejenak di Karnival Alumni Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir (SKGL) 2023











Majlis Malam 1000 Selawat SKGL

Encik Mohd Khairolazuan,Pengerusi Alumni SKGL dan Cikgu Mudzaffar Shah

Cikgu Azman

Tuan Haji Ahmad Dalail

Cikgu Daud



Syabas diucapkan kepada Persatuan Alumni SKGL yang dapat menganjurkan Karnival Alumni Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir(SKGL).Pengisian yang menarik dan melambangkan tanda terima kasih bekas-bekas murid SKGL  kepada Guru-guru Besar  ,guru-guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir sejak  tahun 1987.
                                    
                                   Program Kenduri Riuh Sekampung ,menunya memang enak dan menyelerakan,dan dapat menemukan para guru dengan ibu bapa dan komuniti Felcra Gugusan Lekir.
                                   Pada    Majlis  Malam  1000 Selawat SKGL ,berkumandang alunan Selawat dan doa di perkarangan Dataran SKGL.
                                   Tahniah kepada Persatuan Alumni SKGL.



*Terima kasih atas jemputan,memberi ruang kepada blogger bertemu dengan mantan-mantan guru besar dan guru-guru  SKGL,serta warga Felcra  Gugusan Lekir.

**Foto di paparan,antara foto yang sempat lensa kamera blogger rakamkan.

Saturday, January 7, 2023

Sudut Biblioterapi di Perpustakaan Awam Sitiawan.


                                             
 


Sudut Biblioterapi .


Sewaktu berada di Perpustakaan Awam Sitiawan,saya tertarik dengan satu sudut bacaan di situ,iaitu Sudut Biblioterapi.Oleh itu dapatlah diketahui sudut biblioterapi itu merupakan sebuah inisiatif daripada Puan Rafidah Binti Abdul Aziz,Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,merangkap Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).

          Sudut Biblioterapi ini molek dibaca untuk membantu mengurangkan  stres dan meningkatkan motivasi agar meningkatkan lagi nilai positif dalam diri.Untuk mengetahui lebih lanjut akan fungsi Sudut Biblioterapi  ini ,para pembaca bolehlah berkunjung ke  Perpustakaan Awam Sitiawan dan di setiap Cawangan Perpustakaan Awam Negeri  Perak yang berada berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.

           Adakah konsep Sudut Biblioterapi ini dapat  membantu meningkatkan tahap motivasi belajar murid-murid sekolah ? Bolehkah konsep ini diadakan di sekolah,para pembaca bolehlah merujuk kepada PERBIMA.





Thursday, January 5, 2023

Penguasaan Anak Anda dalam Kemahiran Berfikir?

Setakat manakah kebolehan anak anda menguasai kemahiran berfikir?

Adakah anda tahu tahap kebolehan kemahiran berfikir  anak anda?Sama ada  anak anda belajar 
di tahap satu atau di tahap dua.

     Kebolehan proses  berfikir ini boleh dibimbing melalui pelbagai cara sama ada melalui ajuan soalan atau melalui penulisan.
 
      Ibu bapa boleh berperanan penting dalam meningkatkan gaya dan kemahiran berfikir anak masing-masing.


*contoh soalan latihan berfikir.

1-Kawasan kantin sekolah itu kotor.Selesaikan masalah ini. 

2-Bagaimana caranya kita boleh meningkatkan disiplin pelajar di sekolah?

*Sumber rujukan:
KBKK,KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF,EDISI KEDUA,
POH SWEE HIANG,KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD,Kuala Lumpur,
Tahun 2000.











 

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...