Wednesday, November 18, 2020

Selamat belajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.(PdPR)

 Ketika ini murid-murid sekolah meneruskan pembelajaran mereka melalui PdPR).Ini bermakna kerjasama antara pihak ibu bapa dan penjaga murid kian penting dalam memastikan sesi PdPR dapat dilaksanakan.

     Pada ketika ini sudah sewajarnya  dilihat setakat mana PdPR ini mampu menjadi satu pilihan,sekiranya pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

     Oleh itu sepanjang tempoh sekolah ditutup dan menjelang sesi persekolahan tahun 2021,pihak sekolah dan ibu bapa serta murid sudah dapat mengenal pasti akan keserasian PdPR.

      Bak kata peribahasa  sediakan payung sebelum hujan.




   

Tuesday, November 10, 2020

Sekolah Seluruh Negara ditutup mulai 9 November 2020.

 Penularan Covid-19 yang kian meningkat di negara kita,menyebabkan pihak berwajib menutup sekolah,yakni sesi pembelajaran akan berlangsung semula pada bulan Januari 2021.Serentak dengan itu ,pembelajaran secara talian atau pengajaran dan pembelajaran di rumah(PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB dan juga sepanjang tempoh sekolah ditutup.

           Sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada Januari 2021.Oleh itu,dalam menempuh kebiasaan baharu ini,murid-murid wajar bersedia untuk belajar dengan cara kebiasaan baharu.Murid-murid wajar telah membuat pilihan dan bersedia berdasarkan kemampuan yang ada.  

         Sehubungan itu juga,mereka perlu  menguasai sesi pembelajaran online dan  bersedia juga belajar mengikut kesesuaian  berdasarkan situasi yang  berlaku.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,oleh itu murid-murid wajar berinteraksi dengan guru kaunseling sekolah masing-masing jika ada masalah.

        Yang penting,setiap murid wajar telah menguasai kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul.Murid-murid wajar rajin mencari sumber ilmu di Internet dan juga membeli beberapa buah buku aktiviti dan rujukan.

        Bahkan bijak mengurus masa dan emosi.Belajar dengan kebiasaan baharu memanglah terasa sukar,namun akan menjadi satu kelaziman.

         Selamat belajar dan terus mengulang kaji pelajaran.Isikan masa cuti sekolah nanti dengan aktivtii yang berfaedah.


Thursday, November 5, 2020

Pentaksiran Bilik Darjah dan Penilaian Sumatif?

 Sesi persekolahan tahun 2020 sudah hampir ke penghujungnya,namun umum telah mengetahui bahawa sesi persekolahan pada tahun ini terdapat perbezaannya,yakni dunia berhadapan dengan  wabak Covid-19.

   Pun begitu,sekolah tetap beroperasi mengikut   'kebiasaan baharu."Lantaran itu sebelum tamatnya sesi persekolahan tahun 2020 sudah semestinya murid-murid di Tahap 1 dan Tahap 2 akan melalui sesi pentaksiran  dalam melihat tahap perkembangan pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran.

     Sama ada melalui pentaksiran bilik darjah atau penilaian sumatif,yang pasti setiap individu murid itu akan diteliti akan pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran bagi tahun 2020.Pihak sekolah akan menganalisis setiap data yang diperoleh.

     Justetu itu apa akan berlaku kepada murid yang kerap tidak hadir ke sekolah pada tahun ini,atau terdapat murid yang tidak hadir sewaktu sesi pentaksiran diadakan,apa pencapaian mereka?

     Ibu bapa dan penjaga wajar mengambil berat akan hal ini.Pencapaian anak-anak  mereka dalam pelajaran di sekolah pada tahun ini,akan dijadikan ukuran bagi sesi persekolahan tahun 2021.

      Kepada murid-murid tahun 6,selamat belajar di sekolah menengah pada tahun 2021,kepada murid-murid tahun 5 ,selamat memasuki tahun 6 pada tahun 2021.

       Bersama-samalah kita berdoa agar sesi persekolahan tahun 2021 akan  dilalui  dengan lancar.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...