Saturday, September 19, 2020

Umur Belia dan Usia Organisasi Belia?



 Semua orang tahu,bahawa tulang belakang bagi sesebuah negara itu ialah para  belianya.Malaysia ialah sebuah negara yang mengambil berat akan hal ehwal para belianya.Namun adakah para belia di negara ini cakna akan keprihatinan ini?

   Bagi orang muda yang memegang jawatan atau  menjadi ahli persatuan belia sudah tentu memahami akan Akta 668-Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.


   Justeru itu bagi orang muda yang menjadi ahli sesuatu pertubuhan belia sudah pasti memahami bahawa antara tujuan memasuki sesuatu pertubuhan belia itu ialah untuk menimba pengalaman dan berkongsi ilmu demi kemajuan diri dan bersedia menjadi pemimpin pelapis negara pada masa akan datang.

    Menjelang penghujung tahun 2021 bolehkah seseorang yang berumur 15 tahun  bertanding untuk jawatan dalam sesuatu organisasi belia? Begitu juga,bolehkah seseorang yang berumur 33 tahun bertanding untuk jawatan dalam pertubuhan belia?

     Dari tahun 2007 hingga kini bagaimana corak pembangunan belia di Malaysia atau di tempat anda?

Amatlah ironis jika belia hari ini tidak cakna akan hal ini.Jika orang muda tidak cakna ,maka berkuburlah  sesuatu organisasi belia itu.


Sunday, September 6, 2020

Mesyuarat Agung Gpms Cawangan Sitiawan

Muhammad Anwar  Azwan Bin Hj.Ali Basri, Yang Dipertua Gpms Cawangan Sitiawan,pada sesi bergambar.(Barisan depan baju berlogo Gpms)



 Mesyuarat Agung Gpms Cawangan Sitiawan telah diadakan pada  5 September 2020.Antara yang hadir ialah Encik  Muhamad Izharuddin Bin Kusman ,Pen.Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung,mewakili Pegawai Belia dan Sukan  Daerah Manjung dan Encik Norhisyam Bin Hasyim, Setiausaha Majlis Belia Daerah Manjung mewakili Pengerusi Majlis Belia Daerah Manjung.

   


Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...