Wednesday, May 30, 2012

MODUL ARAS SETARA BBBGPMS SITIAWAN-


-Kemahiran asas komunikasi dan membaca peta.

Sunday, May 27, 2012

-TAHNIAH SAUDARA KHAIRUL AMELIN BIN HAJI MASSUTI.


-TAHNIAH KEPADA TUAN HJ.MASSUTI BIN TOPO(MATAN TIMBALAN YDP GPMS SITIAWAN),SEMPENA WALIMATUL URUS ANAKANDA BELIAU.

-HARI ESOK,BELIA TENTUKAN.--


-HARI ESOK,BELIA TENTUKAN,TERPULANG,BELIA BIJAK,MASA DEPAN CERAH,BELIA KURANG BIJAK,MASA DEPAN KABUR.

Friday, May 25, 2012

MAJLIS BELIA DAERAH MANJUNG-KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA

-MAJLIS BELIA DAERAH MANJUNG KE-HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PENGERUSI MBD MANJUNG SAUDARA TAJUL MELEPASKAN PARA PESERTA-


Thursday, May 24, 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012





-BELIA HARI INI PEWARIS MASA DEPAN MALAYSIA-
-YANG LAMA DIHORMATI YANG MUDA DISAYANGI-
-KEPIMPINAN MELALUI TELADAN-
-JUTAAN BELIA HARI INI-MENCIPTA HASRAT MALAYSIA NEGARA MAJU-
SELAMAT BERHIMPUN-


Monday, May 21, 2012

IMBAUAN BBB GPMS SITIAWAN

Pada 20 September 1994,setelah mendapat restu daripada Tuan Hj.Zainal Abidin B,Mohd Noor dan Tuan Hj.Dalail Bin Rakim,maka BBB GPMS PERAK pun ditubuhkan.Hal ini mengambil tempat gelaran 'gurkha' yang digunakan kepada para sukarelawan Gpms.Dalam mengisi kecemerlangan gerakan Biro Badan Bertindak Gpms Perak terserlah kepimpinan organisasinya.

Penasihat:Tuan Hj.Zainal B.Mohd Noor./Tuan Hj.Dalail b.Rakim,/Puan Latifah Bt.Shaari.
Pengerusi:Tajul Azmeer Hj.Mustafa.
Naib Pengerusi (L):Mohd Yusani b.Yusuff.
Naib Pengerusi.(W)Cik Asmah bt Abd.Aziz.
Setiausaha Kerja/akhbar:Mohd Asri b.Shafie.
Bendahari Tetap:Junainah bt.Sirun.
Biro Penerbitan dan Penerangan:Muhammad Nor Suhaili bin Jamali.
Kerohanian/dakwah:Mohd Jasma bin Johari./Zulhaidi bin Mohamed.
Biro Akademik:Cik Azizah bt Zainal Abidin.
Rekreasi dan fizikal:Khairuniza bin Zakaria./Ruhaizan bin Khairi.
Kebajikan dan kebudayaan:Aisyah bt Shaari.
Intergrasi sosial dan siasah:Mokhtar bin Mohd Yusuff.
Teknologi Maklumat:Muhathir bin Mokhtar.
Latihan dan kepimpinan:Fauzi bin Soot.
Penyelidikan dan Kemasyarakatan;Zariman b.Jaafar.
Tatatertib dan disiplin:Tajuk Azmeer bin Mustaffa.
Bencana Alam:Halim b.Mat Wazir./Fairus bin Ismail.
Pengangkutan:Daniel bin Shaari.

Nama-nama di atas,merupakan tenaga dan nadi penggerak Gpms Perak,Institut Gpms Perak telah menjadi saksi dan sinonim dengan mereka.Seusia Tuan Hj.Zainal Abidin bin Noor,matan Pengerusi Gpms Perak telah melihat dan akur akan kebolehan mereka.

Namun,zaman berubah,sistem organisasi BBB ,tidak digunakan lagi di Gpms Perak ,namun Gpms Sitiawan masih menggunakan sistem BBB ini sebagai modus operandi dalam gerakan sukarelawan,menabur bakti demi pendidikan anak-anak Melayu khasnya,dan bangsa Malaysia umumnya.Kecemerlangan BBB Gpms Perak dan Sitiawan memang terbukti,terbukti dengan masih hidup lagi Gpms Perak itu sendiri.Sepanjang perkhidmatan ahli BBB di Institut Gpms Perak,terbinanya pelbagai kedukaan,kegembiraan,pengalaman dan ilmu.

Walau di mana mereka berada,tenaga dan buah fikiran mereka tetap dikenang dalam tinta perjuangan Gpms Perak dan Gpms Sitiawan.Pada era perkhidmatan BBB Gpms Perak,banyak aktiviti dalam dilaksanakan.

Gpms akan terus hidup,hidup apabila manusianya mampu mengemudi organisasi Gpms itu dengan baik dan bijak .Gpms bukan hanya sebagai satu wadah pertubuhan belia,tapi adalah amanah Agama,bangsa dan negara.

Sempena hari belia 2012,blogger,mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua BBB yang pernah berbakti tenaga,minda dan wang ringgit pada era BBB di Gpms Perak dan Gpms Sitiawan.Kepada rakan-rakan BBB di Ipoh terima kasih tidak terhingga jua,ada masa kita akan berjumpa,sama ada di alam maya atau dalam program tertentu.Kepada Abg Man dan Kak Teh sepasukan terima kasih kerana sudi menyediakan makanan untuk kami(BBB).

-Belajar Terus Belajar-
*diambil dari catatan yang bertajuk:Bayangan Sunyi yang Menyinar,tulisan unit dokumentasi Biro Badan Bertindak.

Sunday, May 20, 2012

Sejenak di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah.

-memotong kek hari lahir,dapat juga menikmati kek-
-jamuan makan tengah hari sumbangan penganjur program-
-antara yang hadir bersama anak-anak yatim-
-sesi penyampaian sumbangan-
-Puan Faridah Penyelia Pusat Jagaan Anak Yatim Ummu Sofiah menyampaikan ucapan alu-aluan.

-ucapan dariapda En.Hamdan bin Hamid,Ketua Penganjur Program-

-Terima kasih kepada para penyumbang,dan selamat belajar kepada adik-adik yang tinggal di pusat tersebut.
-Terima kasih kerana memberi ruang kepada blogger berada dalam majlis tersebut.

Saturday, May 19, 2012

GPMS SITIAWAN HARUS BANTU MEMBINA PENCAPAIAN PENDIDIKAN NEGARA.



-PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK PERLU DITINGKATKAN,MAKA SEWAJARLAH GPMS SITIAWAN MENERUSKAN GERAKAN LANGKAH DALAM BERSAMA-SAMA MEMBANTU MEMBINA KECEMERLANGAN ANAK-ANAK MALAYSIA DALAM MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK.

Sunday, May 13, 2012

AL-FATIHAH-


-SAUDARA ATUQS BENDAHARI GPMS SITIAWAN,SEWAKTU MENZIARAHI,IBU SAUDARA KILA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA PADA HARI INI.TAKZIAH KEPADA KILA.

-SELAMAT HARI IBU 2012



ibu,
ibumu,ibuku,ibu kita,
ibu,kau di mana-mana,di timur,di barat,di selatan,di utara,kau ibu
ibuku,ibumu,ibu kita,
ibu,menjerih mentari,membalut dingin,
ibu tetap ibu
usah kami hitung jasamu,tak sepenuh bintang,
tak sepenuh lautan,
ibu,kau menjerih di mentari,
kau membalut dingin,
ibumu,ibuku,ibu kita

terima kasih ibu.

Sunday, May 6, 2012

SELALU GUNA TELEFON BIMBIT,ANDA TENTU TAHU AKAN TEKNOLOGINYA?


-AHLI GPMS SITIAWAN TENTU TAHU APA ITU "SHANZHAI"

Wednesday, May 2, 2012

Anugerahkan Pingat yang Sesuai.(SARANAN MBD MANJUNG DAN NGO MANJUNG)






1.MAJLIS BELIA DAERAH MANJUNG DAN NGO MANJUNG TELAH MEMBUAT SATU LAPORAN POLIS BERKENAAN DENGAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 TEMPOH HARI.
2.BERHARAP KETUA POLIS NEGARA MENCADANGKAN UNTUK MEMBERIKAN  ANUGERAH PINGAT YANG SESUAI KEPADA ANGGOTA POLIS YANG  TERCEDERA ,TERMASUK WARTAWAN.
3.MENYIASAT  DAN MENGAMBIL  TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA YANG  BERSALAH DALAM MELAKUKAN UNSUR-UNSUR KEGANASAN ATAU YANG BERLAWANAN DENGAN  PERHIMPUNAN AMAN.
4.MENGHARGAI JASA  PIHAK POLIS DAN PASUKAN KESELAMATAN DALAM  BERHADAPAN DENGAN BERSIH 3.0 DAN MEMASTIKAN KEAMANAN NEGARA TERJAMIN.