Tuesday, November 30, 2010

Catatan-


-helikopter 9M-NAV R44 Raven1,untuk rundingan perkhidmatan hubungi-Naviator sdn bhd,
lot 561,Jalan Subang 3,Subang Jaya Industrial Park,4610 Subang Jaya Selangor-

-saudara along elit -

Sunday, November 28, 2010

Catatan-Di Majlis Perasmian Kelab Dodgeball Manjung(Manjung D.C)KRT Fasa 1A/1B/1C/1C1/1C2/1C3.


-Saudara along elit turut hadir-sedang menjamu selera-

-Pasukan Manjung D.C membaca ikrar-

--YB Dato'Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Merangkap Ahli Parlimen Lumut -menyampaikan ucapan perasmian-

-antara tetamu VIP yang hadir-

-Puan Hjh Umi Kalsom dan saudara along elit-

*Kepada yang berminat menceburi sukan Dodgeball bolehlah berhubung dengan Manjung D.C KRT tersebut-

Catatan-Program LPPKN@KOMUNITI Peringkat Daerah Manjung.


-tentatif program-

-tuan Pengarah LPPKN Perak dan barisan VIP-

-tuan Adi membaca doa sewaktu sesi perasmian-

-antara para peserta yang hadir-

-paluan rebana daripada kumpulan rebana kampung serdang sitiawan-

-saudara along elit sempat juga menjengah-


*Pada 27.11.2010-saudara along elit dan blogger sempat menghadiri majlis perasmian penutup program LPPKN@KOMUNITI yang diadakan di IKM Manjung.
@jika berhasrat mengadakan aktiviti bersama LPPKN,sila hubungi LPPKN di tempat anda atau hubungi tuan Niza.

Tuesday, November 23, 2010

Ulasan artikel.-Memperkasa GPMS Cawangan dan Negeri.

Sejak ditubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(Gpms) masih kekal hingga kini.Namun setakat manakah Gpms itu bergerak mengikut situasi massa atau tenggelam dalam kesaratan kehidupan yang penuh persaingan dan masalah.Justeru itu pada tulisan ini,saya akan mengulas intipati sebuah artikel hasil buah tangan Yang Berbahagia Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Noor yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Gpms Negeri Perak.Artikel itu bertajuk Memperkasakan Gpms Cawangan dan Negeri.

Sehubungan itu kejayaan sesebuah cawangan Gpms ialah bergantung kepada ,
kepimpinan=50%,aktiviti=30% dan kewangan 20%.Jelasnya hidup dan matinya atau akfif dan pasifnya gpms itu bergantung kepada gaya kepimpinan organisasinya.Selebihnya bergantung kepada faktor aktiviti gpms itu sendiri.Manakala faktor kewangan hanya merangkumi 20% sahaja.

Lantaran itu jelaslah bahawa gpms cawangan dan negeri yang tidak membuat aktiviti merupakan cawangan yang pasif ,longlai dan lemah.Bahkan mana-mana cawangan gpms atau negeri yang belum mencapai tahap aktiviti yang memuaskan bolehlah dianggap gpms yang perlu diberikan bantuan kecemasan.

Sehubungan itu aktiviti gpms hendaklah menjurus kepada hal berikut;

a)Aktiviti utama:
-kelas bimbingan.(asas 3M(nembaca,menulis dan mengira)upsr,pmr,spm,stpm)
-seminar/bengkel/kem motivasi belajar.
-teknik menjawab soalan upsr,pmr,spm,stpm.
-kaedah mencapai keputusan cemerlang di matrikulasi,ipts dan ipta.

b)aktiviti sokongan:
-program pengkaderan.
-kem kepimpinan.
-kem jati diri.
-kem bimbingan rohani.

c)aktiviti sampingan:
-Kursus Asas Kayak.
-Menawan Puncak Kinabalu.
-Seminar keibubapaan.

Jelasnya aktiviti gpms berteraskan pendidikan massa.Gpms wajib membantu dalam pembinaan pencapaian kecemerlangan pelajar-pelajar Melayu.Oleh itu gpms di peringkat cawangan dan negeri harus mengambil serius akan hal tersebut.

Berikutnya dalam tulisan itu,beliau menyentuh mengenai kepimpinan gpms perlu BERANI-
yakni-
-berani berterus terang-bukannya cakap belakang.
-berani mengambil risiko-bukannya takut-takut.
-berani mencuba dengan perancangan yang teliti-bukannya bimbang melakukan sesuatu yang baru.
-berani mengaku tidak tahu-bukannya buat-buat tahu.
-berani mengaku kesalahan-bukannya mendabik dada dan bodoh sombong.
-berusaha dan tawakal kepada Allah.

Seterusnya tulisan beliau juga menyarankan bahawa organisasi gpms hendaklah menyediakan tenaga manusia yang mantap dan jitu.Gpms cawangan dan negeri hendakalah mempunyai-
-barisan urus setia yang mantap.
-barisan penceramah.
-barisan fasilitator.
-barisan jurulatih.
-penyelia bangunan.
-penyelia kem.kursus.bengkel.seminar.
-unit masak memasak-tukang masak.
-unit rohani-barisan imam.

Oleh itu berdasarkan artikel di atas,bolehlah dinilai sama ada kewujudan gpms cawangan dan negeri itu berkesan atau lemah dan longlai.Bahkan hala tuju gpms itu ditubuhkan juga boleh dilihat berdasarkan terjemahan artikel tersebut.

Akhirnya Gpms Kebangsaan hendaklah memantau akan kebolehan dan keaktifan gpms di peringkat cawangan dan negeri.Manakala gpms negeri yang aktif hendaklah membantu gpms cawangan yang malap dan lesu.Namun jika Gpms Kebangsaan pun lesu,maka menjadi tanggungjawab ahli-ahli gpms untuk mengaktifkannya.Selamat bergpms.Belajar terus belajar.

Sunday, November 21, 2010

retrogpms sitiawan7


-sebuah pengiktirafan-

-haihai-siapakah nama mereka ?

-yusuf dan diana-nak ke mana itu?

-dimanakah gambar ini diambil?

Sunday, November 14, 2010

Pertemuan "Sesama Kita" Gpms Perak dengan Majlis Kaunseling Kinta-


-tuan Haji Zainal turut hadir-

-input penting daripada Datuk Dr.Ahmad Faiz ,UUM Sintok-

-input daripada En.Noor Azman Hanif,Jemaah Nazir Negeri Perak.

-saudara Along Elit dan gpms cawangan khas uum-

-tuan Saad -

-para guru yang hadir-

-Selamat melaksanakan misi dan visi-

Saturday, November 6, 2010

Kuliah Maghrib-Kepentingan Solat oleh Tuan Adi.


-tuan acu turut hadir pada malam itu-

-makan malam-selepas waktu Isyak-


-tuan Adi menyampaikan kuliah maghrib yang bertajuk -Kepentingan Solat pada Kem Bina Remaja di igpms Batu Gajah pada 5.10.2010.(Program ini telah mendapat tajaan Yayasan Perak dan Yayasan Pelajaran Mara. )

Wednesday, November 3, 2010

Al-Fatihah.


-saudara Lin dan Lan turut menziarahi-

-suadara along elit sedang berkata sesuatu kepada en.Omar.-

-Al-Fatihah-takziah kepada Farah sekeluarga di atas kembalinya ke rahmatullah abangnya iaitu saudara Muhammad Fauzi pada jam 6.00 pagi 3.11.2010.Allahyarham Fauzi merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan belia terutamanya di bidanga rekreasi dan sukan,semoga rohnya dalam rahmat-Nya.

Tuesday, November 2, 2010

-Bersama Pak Lah.


-selepas berada di kem kepimpinan pengawas smk batu 10,balik ke kg.kayan,memancing dan seterusnya tuan danial dan tuan hafiz serta tuan along bergegas ke majlis dialog bersama Pak Lah di Aras 9 dan 10,no.26 persiaran perdana,presint 3,putrajaya.

-bersama dato irmohizam sewaktu ,masjlis tesebut-

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.

 Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...