Thursday, March 24, 2022

Perlukah Menggunakan Buku Aktiviti?

 

                                                       -contoh buku aktiviti-


Jika mahu berjaya mestilah bijak mengurus masa dan cara belajar.Semakin banyak bahan belajar yang digunakan , pasti semakin  mudah  seseorang murid itu  meningkatkan penguasaan dalam  mata pelajaran yang mereka pelajari.


      Pun begitu ibu bapa wajar bijak memilih sama ada mahu menggunakan buku aktiviti sebagai bahan tambahan kepada anak masing-masing dalam menimba ilmu atau memadai menggunakan buku  teks yang dibekalkan oleh pihak KPM.


       Justeru itu peranan PIBG amat penting dalam mencari formula yang paling lunak mengenai penggunaan buku aktiviti oleh murid-murid.Pihak PIBG boleh menjadi pemangkin dalam menserasikan situasi yang dialami oleh pihak ibu bapa agar berpadanan dengan sudut pandangan pihak sekolah.

       Akhirnya penggunaan buku aktiviti itu bergantung kepada keputusan ibu bapa itu sendiri.Apakah pilihan mereka?


        

Wednesday, March 16, 2022

Selamat Kembali ke Sekolah bagi sesi 2022/2023

 

                                 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi wajar dikuasai dan membaca itu kunci kejayaan.

                                          


Tidak beberapa lama lagi,sekolah akan dibuka,dan murid-murid akan  belajar untuk sesi persekolahan 2022/2023.Hal ini menuntut setiap murid  bersedia untuk ke sekolah dan dapat menimba ilmu dengan penuh motivasi.
        Bagi murid tahun enam pula, mereka wajar  belajar dengan tekun dan dapat memperoleh tahap penguasaan enam.Mereka juga wajar aktif dalam kegiatan luar bilik darjah,mengamalkan amalan baik dan berdaya menjadi pemimpin cilik.
        Sehubungan itu murid-murid Tahun 6,tentu ada yang bercita-cita untuk belajar di Sekolah Khusus.Oleh itu kebolehan berfikir aras tinggi boleh membantu mereka untuk berjaya masuk ke Sekolah Khusus pada masa akan datang.

     Selamat kembali ke sekolah.Usaha tangga jaya.

Tuesday, March 8, 2022

Beratkah Beg Sekolah Anak Anda?


Menjelang pembukaan sekolah sesi 2022/2023,isu beg sekolah telah  menjadi antara isu yang tular di media massa.Hal ini telah memberikan ruang kepada pihak berwajib untuk mengambil beberapa usaha dan tindakan dalam mengatasi masalah beg sekolah yang berat itu.Syabas diucapkan atas daya usaha itu.

    Kini pihak ibu bapa dan penjaga murid,wajar mendidik dan memberikan motivasi kepada anak-anak mereka terutama yang prasekolah dan Tahun Satu cara-cara menggunakan beg sekolah dengan betul.
Pihak ibu bapa wajar berbincang dengan pihak sekolah agar dapat memilih pendekatan yang paling berkesan.

    Apabila beg sekolah tidak berat,murid - murid prasekolah dan Tahun 1 tentu gembira dan dapat belajar dengan tekun.

    Pada masa akan datang mungkin murid Tahun 1 akan belajar tanpa kertas di sekolah,yang penting ringan.Mereka akan belajar melalui paparan maya sahaja.Mungkinkah begitu?

   

 

Thursday, March 3, 2022

Penuhi Cuti Sekolah dengan Pemakanan yang Baik.



Apa khabar?Harap sihat sejahtera.Pada masa cuti ini pasti anda melakukan pelbagai aktiviti.Antaranya tentu ada yang pulang ke kampung,bertemu sanak saudara.Bahkan ada juga yang memenuhi jemputan kenduri.


      Oleh itu,amat wajar anda mengamalkan  amalan pemakanan yang disyorkan oleh Piramid Makanan Malaysia 2020.Ini akan dapat membantu anda agar dapat mengekalkan  tahap kecergasan dan seterusnya dapat kembali ke sekolah pada penggal akan datang dengan tahap kesediaan belajar yang bermotivasi tinggi.

      Di samping itu anda sebagai murid sekolah sudah tentu dapat mengamalkan amalan yang dipelajari dalam  mata pelajaran Pendidikan  Jasmani dan Kesihatan.Lakukan aktiviti senaman dengan pengawasan ibu  bapa dan keluarga.

       Akhirnya anda akan dapat mengekalkan Indeks Jisim Badan yang tekal.Ini dapat membantu anda memiliki tahap kesihatan yang tinggi.

 

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...