Friday, June 26, 2020

Guru dan Ibu Bapa/Penjaga Seia Sekata Membina Kejayaan Murid-murid.

Sejak PKP  bermula,para guru  bertugas dari rumah dan perasaan guru amat gelisah memikirkan pembelajaran anak-anak didik mereka.Ibu bapa/penjaga begitu juga,risau akan pembelajaran anak masing-masing.
     
      Kini pada fasa PKPP ini,beberapa kelas yang mengikuti peperiksaan awam telah pun kembali ke sekolah pada 24 Jun 2020 dan  sesi untuk murid prasekolah akan bermula pada 1 Julai 2020.

      Justeru itu guru dan ibu bapa/penjaga amat wajar saling membantu.Hal ini akan dapat membina situasi pembelajaran yang berkesan dan seterusnya mengamalkan  amalan norma baharu ketika di sekolah dan luar sekolah.

     Bagi murid-murid yang masih lagi belajar dari rumah,teruskan belajar dengan penuh semangat.Jika ada masalah,sewajarnya ibu bapa/penjaga berbincang dengan pihak sekolah dalam mencari jalan keluar.

     Kerjasama erat antara guru dan ibu bapa /penjaga dapat  membantu situasi pembelajaran setiap murid.Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

Thursday, June 18, 2020

Hj.Zainal Noor 32 Tahun bersama GPMS.



-Muhammad Anwar Azwan Bin Hj.Ali Basri,Yang Dipertua Gpms Cawangan Sitiawan bergambar dengan
 Hj.Zainal Noor.
-Mat Saad Bin Safa'ai(pernah bertugas sebagai imam dalam program di Institut Gpms Perak),teruja 
ketika bergambar dengan Hj.Zainal Noor.
-Buku setebal 66 muka surat ini mengisahkan suka duka,pahit getir,jerih payah dan rasa cinta
dalam menguruskan organisasi Gpms,pengalaman penulis ini amat berharga dan wajar dicontohi oleh
pemimpin muda Gpms.Di samping itu terdapat beberapa garapan mengenai cara-cara mengurus organisasi
Gpms yang boleh dijadikan sebagai panduan.
               Tuan As turut serta dalam kunjungan ke rumah penulis Buku 32 Tahun bersama Gpms.
               Paparan gambar   tuan Angah dan Pedot pada petang semalam(17 Jun 2020)
               membersihkan  kawasan Institut Gpms Perak yang terletak di Kg,Seri Rahmat ,Lahat,Perak.
                       Menghayati catatan pada  penghujung  prakata buku 32 Tahun bersama Gpms,
              Daruis bin Lidin berharap  orang muda Gpms dapat menuruti jejak dan menyahut seruan                      Hj.Zainal Noor dalam meneruskan perjuangan Gpms .
   


Nota Blogger:
Buku 32 TAHUN bersama Gpms,buah pena Hj.Zainal Noor ini amat berkait rapat dengan Institut Gpms Perak.Kisah dan peristiwa berkisar  di Institut Gpms Perak.Apa-apa yang dilakukan oleh Hj. Zainal Noor dan rakan-rakan beliau dalam menyahut perjuangan Gpms dan membangunkan Institut Gpms Perak.Andai kata Institut Gpms Perak itu boleh berkata-kata ?


 

Sunday, June 14, 2020

Mengapakah buku ini bertajuk 32 TAHUN bersama GPMS ?

                                                 -sebuah buku buah pena Tuan Haji Zainal Noor-


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS)  merupakan badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada Ogos 1948.Namun bilakah Gpms Perak ditubuhkan?

        Justeru itu  penghasilan buku ini amat penting sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang mahu tahu akan perjuangan Gpms dan  mengurus organisasi Gpms .

       Bahkan buku ini boleh dijadikan panduan kepada pemimpin muda Gpms untuk meneruskan perjuangan Gpms pada masa akan datang.

       Syabas kepada Tuan Haji Zainal Noor ,buah pena beliau melambangkan kegigihan dan  cinta beliau kepada GPMS.


Friday, June 12, 2020

Selamat Belajar:Patuhi Amalan Kebiasaan Baru (SOP PKPP) 2020

Kini Malaysia telah memasukii fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.Pun begitu diharapkan rakyat Malaysia meneruskan amalan mematuhi SOP.
 
       Secara umum beberapa sektor pendidikan akan bermula secara berperingkat-peringkat,oleh itu sudah sewajarnya budaya mematuhi SOP  dan kebiasaan baru ini amat penting dalam mengawasi wabak Covid-19.

        Amatlah wajar para ibu bapa dan penjaga serta murid memahami akan situasi ketika ini.Sama ada belajar dari rumah atau pun di sekolah,amatlah penting memastikan diri tetap bermotivasi dalam mencari ilmu.Pastikan dalam sehari membuat ulang kaji agar minda tetap aktif dalam menimba pengetahuan,setidak-tidaknya membaca.

        Teruskanlah berdoa agar negara kita terus aman dan dalam rahmat-Nya.Selamat  belajar dalam kebiasaan baru.



https://www.mkn.gov.my/covid-19.html

Wednesday, June 3, 2020

'SEKIRANYA SEKOLAH DIBUKA SEMULA"2020

Bila sekolah akan dibuka?
Semuanya bergantung kepada pengumuman rasmi pihak berwajib.Secara ringkasnya motivasi belajar murid-murid tiada jauh bezanya dengan situasi sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan.Murid yang positif ketika belajar pada masa yang lalu,akan tetap positif ,walaupun akan berhadapan dengan beberapa situasi yang sukar dalam pengurusan masa untuk membuat ulang kaji.

   Pun begitu sekiranya sekolah dibuka semula,sudah pasti  akan melalui cara belajar dengan  norma baharu.Bagaimanakah cara belajar di sekolah dengan norma baharu,tunggu pengumuman rasmi pihak berwajib.(Sekiranya sekolah dibuka semula)

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...