Monday, November 27, 2023

Pokok Kelapa dan Pokok Betik Sumber Rezeki.

 



Pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur sejenis  tumbuhan yang mudah didapati di kampung-kampung.Tanaman ini mudah hidup dan sesuai dengan suasana perkampungan.Begitulah juga dengan Pak Mat yang mempunyai kebun kelapa.

           Pak Mat akan menjual buah kepala muda pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 11:30 tengah hari hingga jam 6:00 petang.Di samping menghilangkan dahaga dan rasa air kelapa muda yang enak,air kelapa muda dapat memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.

              Manakala buah kelapa tua pula diproses dijadikan santan ,.Jualan  santan ini dilakukan oleh anak Pak Mat yang bernama Hasan.Pasaran santan memang dapat mendatangkan keuntungan lebih-lebih lagi pada musim perayaan.




               Buah betik pula menjadi pilihan jiran Pak Mat iaitu Pak Abu,Pak Abu mempunyai ladang betik yang agak luas.Pasaran betik kian hari kian meningkat..

                    Di samping itu,betik mempunyai banyak faedah untuk kesihatan,antaranya melegakan keradangan,mengatasi masalah pencernaan dan dapat meningaktkan kesihatan jantung.
                                  

                                  Kebiasaannya Pak Abu akan menjual buah betiknya kepada pemborong-pemborong buah yang datang ke kebunnya.Harga buah betik yang stabil dapat mengimbangi keuntungan.Ini memberikan masa depan yang cerah kepada pekebun betik seperti Pak Abu.



Friday, November 10, 2023

Murid Tahun Satu dan Prasekolah Tidak Boleh Membaca?

 

Apabila murid lepasan Tahun 6 tidak menguasai kemahiran membaca,mengira dan menulis,sudah pasti timbul pelbagai persoalan.Namun bagaimana jika murid Tahun Satu dan prasekolah tidak menguasai kemahiran membaca?

          Lantaran itu wajarkah kegagalan murid Tahun Satu dan prasekolah yang gagal menguasai kemahiran membaca ini diberikan tumpuan utama oleh  pihak sekolah.Tindakan susulan perlu diberikan kepada murid-murid itu,sebelum mereka melangkah belajar di Tahun 1 dan memasuki Tahun 2.

           Bahkan,peranan ibu bapa hendalah seiring dengan pihak sekolah dalam membantu penguasaan murid-murid itu untuk menugasai kemahiran membaca.

            Oleh itu,kegagalan murid - murid Tahun 1 dan prasekolah menguasai kemahiran membaca ini memerlukan  komitmen yang erat dan padu antara ibu bapa dan pihak sekolah.Usah biarkan murid-murid ini terkapai-kapai dalam menempuh dunia persekolahan.Mereka perlu dibantu agar boleh menguasai kemahiran membaca.

Sunday, November 5, 2023

UPSR Tidak Perlu dikembalikan.

๐Ÿ‘‰ Situasi kini tidak mewajarkan UPSR dibawa kembali dalam pendidikan di sekolah rendah.UPSR lebih mengutamakan peperiksaan dan bukan nilai insaniah.Murid-murid yang mencapai banyak 'A" akan disanjung manakala yang tidak mendapat 'A" akan menerima kesan emosi yang negatif.


๐Ÿ‘‰Oleh itu pendidikan secara holistik yang terangkum dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah lebih tuntas dalam membentuk karakter dan nilai insaniah.

๐Ÿ‘‰Ibu bapa wajar lebih memahami akan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Berbincanglah dengan pihak sekolah untuk lebih memahami akan hal tersebut.


๐Ÿ‘‰ Akhirnya,apabila melangkah masuk ke dunia sekolah menengah ,murid-murid itu akan dididik pula dalam pendidikan yang lebih kompleks,bahkan murid-murid itu boleh didedahkan untuk bersedia berhadapan dengan peperiksaan SPM.


Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 ๐Ÿ‘‰Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. ๐Ÿ‘‰Anak-anak yang gaga...