Saturday, July 27, 2019

Selepas Peperiksaan Percubaan Upsr 2019,apakah yang patut dilakukan?

Pada minggu ini  atau minggu hadapan ,sudah pasti murid-murid Tahun  6,telah mengetahui pencapaian masing-masing dalam peperiksaan Percubaan Upsr 2019.
           
          Sehubungan dengan itu,setiap calon wajarlah melihat akan kekuatan yang ada pada diri mereka sewaktu menghadapi peperiksaan Percubaan Upsr tempoh hari.Yang lemah pula perlu dibaiki.

          Lantaran itu calon-calon Upsr wajar menguasai kemahiran menjawab soalan.Menguasai teknik menjawab sesuatu soalan boleh membantu untuk mencapatkan keputusan  yang  lebih baik dalam Upsr 2019.

          Teknik menjawab soalan itni mencakupi kebolehan  berfikir aras tinggi(kritis dan kreatif),termasuk mempunyai emosi yang stabil dan tahap motivasi yang tinggi.

           Di samping itu calon-calon Upsr hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang tinggi agar cergas sewaktu menjawab soalan.Menghadiri bengkel  Teknik Menjawab Soalan yang diadakan oleh pelbagai pihak juga  membantu kesediaan murid Tahun6 untuk menghadapi Upsr 2019.

            Akhirnya semua murid tahun enam berhak untuk mendapat keputusan yang mereka idam-idamkan.

Wednesday, July 10, 2019

Apakah yang Anak Anda dapat di sekolah?


Apakah yang anak anda dapat di sekolah?Bermula dari prasekolah hingga ke tahun 6,apakah yang anak anda pelajari dan perolehi?

         Apakah reaksi yang akan berlaku apabila anak anda belajar pula di sekolah menengah?
Atau sebagai ibu bapa anda tidak tahu apa yang anak anda dapat sewaktu berada di sekolah?

         Yang mana satu pilihan anda sebagai ibu bapa,mahu anak anda memperoleh Tahap Penguasaan 1 atau Tahap Penguasaan 6?
          Atau anda lebih gembira jika anak anda berdaya fikir,atau mahu anak anda mempunyai nilai murni yang tinggi?

          Apakah yang anak anda dapat di sekolah,hanya anak anda yang tahu?

Saturday, July 6, 2019

Umur Belia kepada 30 tahun :Satu keputusan yang tepat.

Baru-baru ini sidang Dewan Rakyat telah meluluskan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.Pindaan ini dilihat telah  memperkemaskan lagi akan  kemampuan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan  Belia dalam membentuk pemimpin belia yang lebih dinamik,amanah dan wibawa.

       Walaupun terdapat beberapa polemik akan keputusan ini,namun hakikatnya pindaan ini akan memberi ruang yang lebih luwes kepada golongan belia di negara ini untuk dilatih dan mencari pengalaman dalam ilmu kepimpinan dan berorganisasi.

        Oleh  itu  nasib belia akan dapat dibela dengan rangka yang lebih sistematik.Jelasnya taburan belia yang terdapat di setiap pelosok negara dapat dibangunkan secara total dan lebih berkesan.

         Justeru itu diharapkan pindaan had umur belia ini akan  dapat menarik lebih ramai golongan belia bergerak dalam organisasi belia.Jika boleh jurang belia yang tidak berpersatuan dengan belia yang berpersatuan dapat dikecilkan.

          Kesimpulannya belia negara ini pewaris masa depan kemajuan dan kemakmuran negara.Malaysia memerlukan belia yang berkomitmen ,berdaya maju,kritis ,bersih dan amanah.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...