Saturday, December 31, 2022

Tahun 2023.


 Selamat belajar,selamat mencipta kejayaan bagi diri masing-masing.Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM,selamat mengulang kaji pelajaran.

Wednesday, December 28, 2022

Mulakan Tahun 2023 dengan Tabiat Membaca dan Berkunjung ke Perpustakaan.

Perpustakaan Awam Sitiawan
                
Antara kamus yang terdapat di perpustakaan,

Penggemar akhbar boleh mendapatkan akhbar seperti Utusan Malaysia dan The Star.

Antara pelbagai majalah rujukan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah.


Ibu bapa wajar membantu membudayakan tabiat membaca kepada anak-anak mereka.Berkunjung ke perpustakaan awam dapat memupuk budaya membaca dan kemahiran belajar seperti mencari bahan rujukan.

 

Tuesday, December 27, 2022

Adakah Anda Cakna akan Kalendar Akademik/Takwim Persekolahan dan Cuti Perayaan serta Cuti Umum?

https://www.moe.gov.my/takwim/kalendar-akademik-sesi-2023-2024
 

Memahami kalendar sesi persekolahan ,cuti sekolah,cuti umum,daan cuti perayaan amat penting dalam menyusun memahami aktiviti mengulang kaji pelajaran secara kendiri.Ibu bapa wajar membantu anak-anak mereka dalam memahami jadual sesi persekoalahan dan cuti.

Thursday, December 22, 2022

Latihan Santai BM:

https://forms.gle/rEVkUAKsng81pFdz8 

Cuba jawab soalan latihan di  link tersebut.Baca soalan dengan teliti :Cuba dapatkan semua betul.

Tuesday, December 20, 2022

Latihan Santai Cuti Sekolah.

 


Tudung Keringkam:

Keringkam atau Selayah adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional yang dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak. Ianya menjadi pelengkap busana tradisional masyarakat Melayu di Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan juga perayaan besar yang lain. Pada zaman dahulu, selendang warisan ini, hanyalah dipakai oleh golongan bangsawan sahaja, namun kini sesiapa sahaja boleh menggayakannya.

 

Ia biasanya dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti kain kasa rubiah. Jenis keringkam dibezakan dengan pendek dan panjang saiznya. Yang bersaiz pendek digelar tudung keringkam tradisional manakala yang bersaiz panjang dikenali sebagai selayah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek, berukuran 54cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau sintatik.


Baca petikan di atas ,kemudian jawab soalan yang berikut.

 

Soalan 1.

Namakan dua seni sulaman yang terdapat dalam petikan itu?

I:……………………………………………………….

II:……………………………………………………..

                                                                                                   { 2 markah ]

 

Soalan 2

Apakah itu tudung keringkam?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

                                                                                                      { 2 markah }

Soalan 3

Pada pendapat kamu mengapa bengkel Seni Sulaman Linangkit diadakan?

………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………..

                                                                                                       { 3 markah } 

Soalan 4.

Perkataan tradisional dalam petikan sesuai digantikan dengan perkataan…………………………..

                                                                                                       { 1 markah }                                    

 

 


Wednesday, December 14, 2022

Latihan Santai waktu cuti.

 Jika ada kelapangan,bolehlah menjawab latihan berikut.


Pilihan Aku.

 

Malam itu aku tidak dapat melelap akan mataku.Aku masih terdengar-dengar perbualan ayah dan ibuku.

   Pada minggu depan mereka mahu mengajak aku melancong ke Singapura.Namun aku lebih suka melancong di dalam negara sahaja.Aku ingat lagi,ayah dan ibu aku pernah berjanji yang mereka akan membawa aku melancong ke Perak.Aku amat gembira Ketika itu kerana di Perak banyak tempat-tempat melancong yang menarik bagiku.

     Esok apbila bangun pagi,aku akan memberitahu akan hasrat hatiku kepada ayah dan ibuku.

 

 

Soalan 1.

Pada pendapat kamu mengapakah ‘Aku’ mahu melancong ke negeri Perak?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

                                                                                                           (3 markah)

 

Soalan 2.

Adakah ayah ‘Aku’ akan menerima keputusan ‘Aku’ dan megapa?

…………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………

                                                                                          (2 markah)

 

Soalan 3.

Jika kamu ialah ‘Aku’ yang manakah tempat pelancongan yang kamu akan pergi Perak atau Singapura dan mengapa?

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

                                                                                                                    (2 markah)


Friday, December 9, 2022

Manfaatkan Masa Cuti.


 Selamat bercuti,manfaatkan cuti anda,murid-murid boleh juga mengulang kaji pelajaran,di samping pulang ke kampung atau melancong ke tempat-tempat yang menarik.Jika kelapangan bolehlah menjawab soalan latihan di paparan.

Friday, December 2, 2022

Menjelang Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun Empat,Tahun Lima dan Tahun Enam.



 

Ujian Akhir Sesi Akademik bagi sesi persekolahan 2022-2023 akan dilaksanakan bagi murid tahun empat,,tahun lima dan  tahun  enam  bagi sekolah rendah.Sewajarnya  ibu bapa dan penjaga murid  telah mengetahui akan pelaksanaan ujian tersebut.

   Ibu bapa/penjaga wajar merujuk pihak sekolah agar dapat memahami tujuan ujian itu diadakan.

Kepada murid  tahun empat,tahun lima dan tahun enam selamat menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik.

Tuesday, November 8, 2022

Membaca Menjana Cara Berfikir.


 Perlukah mempunyai gaya berfikir?Adakah cara berfikir ini perlu diasuh sejak kecil lagi?

Pasti setiap ibu bapa memahami cara berfikir anak  masing-masing..

      Setiap murid  pasti diajar cara berfikir sama ada berfikir secara kritis atau kreatif.Adakah anda yakin bahawa gaya berfikir ini penting untuk anak-anak anda atau anda berasa ragu-ragu?

      Membaca boleh menjana daya fikir.Ibu bapa yang suka membaca pasti anak-anak mereka juga gemar membaca.Bagaimanakah membaca boleh menjana daya fikir? Lihat situasi berikut.


1:     1+ 1 = ........


2. Mengapakah 1+1=2 ?


3. Awan mendung di langit.Cuba teka ,hujan turun atau tidak?


4. Awan mendung di langit>Cuba ramalkan hujan turun atau tidak?


      Sesuaikah soalan nombor 3 dan 4 diajukan kepada murid berumur 7 tahun? Dalam filem Nujum 

Pak Belalang,jalan ceritanya penuh dengan meneka atau meramal?

      Marilah kita fikirkan bersama-sama akan ajuan soalan tersebut.

Saturday, October 15, 2022

Adakah Anda Suka Membaca.

Anda suka membaca?



Membaca menambah ilmu.Adakah ibu bapa Malaysia suka membaca.Berapakah buah buku yang dibaca oleh golongan dewasa  dan golongan muda?


               Apabila kurang atau tidak gemar membaca,maka sudah pastilah minda tidak akan setajam mata pena  dan tidak sebijak 'pendeta'.Rakyat yang kurang membaca akan mudah terpedaya dengan kepalsuan dan sukar menerima fakta.

                Jika ayah dan ibu tidak gemar membaca,sudah tentu anak-anak juga tidak suka membaca.Oleh itu adakah  mahasiswa negara ini mempunyai tahap membaca yang tinggi?


Selamat membaca :Dekad Membaca 2030?




 

Friday, October 7, 2022

Ibu Bapa Wajar Manfaatkan Bajet 2023


1.Ibu bapa wajar manfaatkan RMT dan BAP.
2.Diharapkan melalui BAP dan RMT motivasi untuk murid-murid belajar kian meningkat.
3.Ia juga dapat membantu meningkatkan penguasaan dalam bidang pelajaran dan kegiatan luar  bilik darjah.

 

Monday, September 26, 2022

Sejenak di Kuala Terengganu.

Terserempak Sang Gajah.


Singgah sejenak di sekolah seorang sahabat yang pernah berkhidmat di Manjung.

Menikmati   juadah di HR Mee Champa Kuala Terengganu,terima kasih ,Wan Nek belanja.







 

Tuesday, September 20, 2022

Murid Tahun Satu Membaca?

Mengapakah ada murid tahun satu yang masih gagal membaca?Adakah masalah ini diatasi dengan cara yang betul atau samberono?Oleh itu ibu bapa wajar mengetahui sama ada anak mereka di tahun satu sudah boleh membaca atau mengenal abjad.

 

Thursday, September 8, 2022

Puisi Benih Ikhlas-SRiwati Hj Labot

-Adakah manusia semuanya ikhlas?

 

Sewaktu membelek-belek buku yang tersusun  di perpustakaan awam ini,terpandang sebuah buku yang bertajuk Kumpulan Puisi LUKA MERPATI  oleh  SRIWATI HJ LABOT.

        Buku ini mempunyai 83 muka surat dan amat sesuai dibaca oleh peminat puisi dan pelajar.Lantaran itu saya tertarik dengan puisi berjudul Benih Ikhlas.

        Pada hemat saya puisi Benih Ikhlas ini menggambarkan betapa pentingnya nilai ikhlas itu dalam jiwa penulis.Bahkan 'ikhlas; itu merupakan nilai yang baik.Walaupun sukar untuk dihitung setiap keikhlasan itu.

        Sehubungan itu,puisi ini mahukan setiap ibu bapa menyemai nilai dan amalan keikhlasan  itu kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Atau dalam konteks negara ini nilai keikhlasan merupakan tunjang kepada perpaduan rakyat yang pelbagai kaum.

        Didoakan agar penulis SRiwati Hj Labot  diberikan ruang waktu untuk terus menghasilkan puisi untuk tatapan  para pembaca.

        

Sunday, August 28, 2022

Menjengah ke Sambutan Hari Terbuka PPD Daerah Manjung

 

Pempamer:SK SERI SAMUDERA-Pasu Kopi Biodegradasi.

Pempamer:SK SERI BAYU-Battle Bots

Pempamer:SMK SERI SAMUDERA

Pempamer:SMK SERI MANJUNG-RODA EMOSI

Pempamer:PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH  MANJUNG

Antara maklumat Myco-Numbers-Pempamer dari SK SEGARI

*Syabas dan tahniah kepada PPD  Daerah  Manjung,program Sambutn Hari Terbuka ini dapat memberikan maklumat kepada badan-badan bukan kerajaan untuk mengetahui perkembangan dunia pendidikan di daerah Manjung.

*Terdapat banyak lagi para pempamer yang mempersembahkan inovasi dan amalan baik masing-masing.Tahniah kepada semua pempamer.

Thursday, August 25, 2022

Salam Kemerdekaan.

 


31 Ogos 1957 ialah tarikh kemerdekaan negara kita.Secara ringkasnya kejatuhan Melaka pada tahun 1511,membawa kisah penjajahan yang amat memeritkan.

        Lantaran itu ingat dan kenangkanlah akan perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita.Tanpa semangat juang mereka,pasti nasib kita entah bagaimana?

         Sambutlah hari kemerdekaan ini dengan penuh rasa syukur dan berdoalah agar Malaysia kekal merdeka selamanya,maju dan makmur pada sepanjang masa.

Friday, July 29, 2022

Bersediakah Anak Anda Menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik?

Adakah anak anda sudah bersedia menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik?



Ujain Akhir Sesi Akademik,bila ujian itu akan diadakan,sudah tentu anak anda lebih arif.Apakah mata pelajaran yang akan disajikan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik tentu anak anda lebih maklumi.

                    Selamat bersedia menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik.
                      



 

Saturday, July 23, 2022

GPMS dan Mengurangi Masalah 3M ?

 Memetik  antara isi Ucapan Dasar Mohd Alif Anas Bin Haji Md.Noor , Presiden GPMS dalam Persidangan Agung Tahunan Gpms ke-67,amatlah wajar untuk diinsafi.


       - 2.15 Situasi ini memberi kesan negatif kepada tahap penguasaan 3M

pelajar. Hal ini demikian kerana, mereka akan mengalami

kesukaran dalam memahami isi kandungan pelajaran. Justeru,

pelajar yang gagal menguasai kemahiran asas ini akan lebih

terdedah kepada pelbagai kesan negatif dari aspek psikologi.

Mereka berasa rendah diri, terasing dan ketinggalan kerana tidak

menguasai kemahiran 3M dan kemudian hilang minat belajar.-


                  Mengapakah ada murid-murid yang mengalami masalah 3M?Peranan bagaimana yang Gpms boleh lakukan dalam membantu mengurangi masalah 3M ini.  

                   Tentu ahli-ahli Gpms sudah mempunyai rangka tugas dalam membantu mengurangi masalah 3M ini.        

Tuesday, July 12, 2022

Filem Mat Kilau antara Tangisan,Realiti,Fantasi dan Harapan?


                                                 -Saad sempat menonton filem Mat Kilau-


Filem Mat Kilau,reaksi penonton amat teruja,menitis air mata.Walaupun kisah Mat Kilau itu sudah lama tertulis di buku teks Sejarah Malaysia,kini dengan aksi Mat Kilau di wajah filem ramai penonton yang berasa terharu.Namun apakah hakikat kehidupan di dunia yang realiti.Adakah setelah menonton filem ini anda akan berubah fikiran.

        Elok juga kita petik sedikit kata-kata pidato ini.   

‘…Satukanlah  segala kekuatan anda dan berikan sepenuh tumpuan kepada usaha pembinaan semula masa depan kita.Semaikanlah  jalan ke arah kejujuran,semangat kemuliaan dan bekerja dengan penuh keazaman,maka kita semua akan mampu menyemarakkan kegemilangan empayar ini seiring dengan kemajuan dunia.’

(Petikan pidato Maharaja Hirohito,Maharaja Jepun yang ke - 124,muka surat 134,Pidato Yang Mengubah Dunia-SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD,,SIMON SEBAG MONTEFIORE,Penterjemah Nor Idatul Akmar Zulkipli,Wan Norazah Wan Chik,Terbitan Bersama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad,53300,Kuala Lumpur.

             Mat Kilau tetap teguh terpahat dalam lipatan sejarah,namun andalah yang mengukir kisah sejarah yang seterusnya.

             Terima kasih kepada yang telah menonton filem Mat Kilau,kepada yang belum,ada masa jengah-jengahlah ke pawagam.

       

Saturday, July 2, 2022

Hapuskan Nyamuk Aedes.

                                                -antara bahan  pameran yang diadakan sempena Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Perak 2022 di Padang Astaka,Sitiawan.-
                                           -terserempak dengan Tuan Haji Mohd Hafidz -    

 

Thursday, June 30, 2022

Tahniah kepada Pelajar ini.


 Ketka keputusan SPM 2021 diumumkan  tempoh hari ,saya sempat mengambil gambar pelajar ini,didoakan agar terus gigih berusaha dalam mencipta impian. 

Friday, June 10, 2022

Adakah Anda Murid Tahun Enam yang menguasai KBAT ?

 Kini cuti sekolah hampir tamat.Murid-murid akan kembali ke sekolah dan meneruksan menimba ilmu.

   Oleh itu,sudah pasti murid-murid Tahun 6 boleh menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.Anda disarankan menjawab soalan berikut dengan menggunakan Kbat.Jika ada masalah boleh merujuk guru atau keluarga kamu untuk menjana Kbat.

   Soalan.

      Membaca  menambah ilmu,adakah kamu suka membaca?

      Jawapan:

      .........................................................................................................................................................

           

       (Kamu boleh menjawab saolan tersebut di buku catatan kamu.)

   

Saturday, June 4, 2022

Ujian Akhir Sesi Akademik

 

Ujian Akhir Sesi Akademik,diharapkan ibu bapa murid Tahun 6 memahami akan ujian tersebut.Pengenalan ujian ini amat baik dalam melihat pencapaian setiap murid Tahun 6.
     
   Sehubungan itu,ujian ini bukanlah digunakan untuk membandingkan pencapaian antara murid dengan murid atau sekolah dengan sekolah.Ianya sebagai kayu ukur bagi murid itu sendiri.Keputusan yang diperoleh dalam Ujian Akhir Sesi Akademik ini boleh dijadikan sebagai asas dalam membuat persediaan untuk belajar di sekolah  menengah.
  
    Ibu bapa akan menggunakan keputusan ujian ini sebagai wadah dalam membantu anak-anak mereka dalam meningkatkan pencapaian masing-masing.

    Rumusannya sikap dan hala tuju setiap murid menjadi asas utama dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.Lebih-lebih lagi ujian ini juga diadakan untuk murid Tahun 4 dan 5.

Saturday, May 28, 2022

Apakah Tahap Penguasaan Anak Anda ?


Kini pihak ibu bapa berasa amat gembira kerana anak-anak mereka sudah boleh belajar secara bersemuka.Bahkan murid-murid juga teruja untuk ke sekolah.Mereka terus bersemangat untuk menimba ilmu dengan didikan guru-guru secara bersemuka.

    Ibu bapa juga arif bahawa anak-anak mereka yang belajar di Tahun 6 sudah tidak perlu lagi mengambil peperiksaan  seperti UPSR.Kini anak-anak mereka akan dinilai pencapaiannya berdasarkan tahap penguasaan 1 hingga 6.

    Oleh itu sebagai ibu bapa wajarlah  mengimpikan anak-anak mereka di  Tahun 6 memperoleh Tahap Penguasaan  6  bagi semua mata pelajaran.Bahkan ibu bapa juga tahu akan kebolehan anak-anak mereka dalam berfikir aras tinggi.

    Sehubungan itu,ramai ibu bapa yang berhajat  anak-anak mereka menyambung belajar di Sekolah Khusus setelah tamat belajar di Tahun 6.Ini memerlukan ibu bapa memahami bagaimanakah anak-anak mereka layak untuk  belajar di Sekolah Khusus.

     Kesimpulannya ibu bapa wajar berbincang dengan pihak sekolah agar dapat mengetahui akan pencapaian anak-anak mereka dengan lebih jitu.Anak-anak mereka perlu aktif  dan bukan pasif.
 

Tuesday, May 24, 2022

Bantu Anak Anda Mendarab?

Adakah anak anda boleh  mendarab dengan baik?.Pasti anak anda di sekolah rendah dan menengah menguasai kemahiran  mendarab.                           
Terdapat pelbagai cara untuk menguasai kemahiran mendarab,atau anak anda takut dengan matematik?

                                                  -Buku tentang kehebatan tokoh-tokoh muslim dalam bidang matematik.-

Thursday, May 19, 2022

Terima Kasih Cikgu.

                                             -Anda tentu pernah menghadiahkan sesuatu kepada guru anda.Jasa guru mekar pada sepanjang masa.


 

Sunday, May 15, 2022

Selamat Hari Belia Negara 2022



 

BBBGPMSSITIAWAN mengucapkan Selamat Hari Belia.Belia ialah pewaris masa depan negara.Oleh itu belia wajar menggunakan kebijaksanaan dalam memacu masa depan negara. Selamat menyambut Hari Belia .Negara.

Friday, May 13, 2022

Selamat Hari Guru


 

BBBGPMSSITIAWAN mengucapkan Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu.Jasamu guru tetap dikenang pada sepanjang masa.

Saturday, April 30, 2022

Salam Aidilfitri 1443H

 BBBGPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

       

Kuih Karas kuih  Bom Bijan,

Masak lemang di tepi kali;

Salam Aidilfitri diucapkan,

Maaf dipinta semerbak di hati.

Saturday, April 23, 2022

Budaya Membaca Tanggungjawab Ibu bapa?


Membaca menambah   ilmu.Adakah anak anda suka membaca atau tidak suka  membaca.

   Ibu bapa wajar mengambil tahu akan budaya membaca anak masing-masing.Pemupukan suka membaca ini adalah tanggungjawab ibu bapa di rumah.Ibu bapalah yang menjadi nadi utama dalam membentuk amalan suka membaca.

     Ibu  bapa wajar bertanya adakah anak-anak mereka aktif dalam program Nilam.Ibu bapa wajar merujuk pihak sekolah dalam mengikuti perkembangan budaya membaca anak masing-masing.

     "Jika  buku itu jendela dunia,maka membaca adalah kuncinya"

      Selamat membaca.


     


 
 

Saturday, April 9, 2022

PAJSK

 




Ibu bapa dan penjaga murid Tahun  6 pasti  mengetahui bahawa anak-anak mereka perlu aktif dalam PAJSK.

         Bahkan murid-murid tahun 6  sudah pasti arif mengenai PAJSK.

         Oleh itu amatlah wajar murid  Tahun  6 merujuk guru mereka,untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PAJSK.

Friday, April 1, 2022

Thursday, March 24, 2022

Perlukah Menggunakan Buku Aktiviti?

 

                                                       -contoh buku aktiviti-


Jika mahu berjaya mestilah bijak mengurus masa dan cara belajar.Semakin banyak bahan belajar yang digunakan , pasti semakin  mudah  seseorang murid itu  meningkatkan penguasaan dalam  mata pelajaran yang mereka pelajari.


      Pun begitu ibu bapa wajar bijak memilih sama ada mahu menggunakan buku aktiviti sebagai bahan tambahan kepada anak masing-masing dalam menimba ilmu atau memadai menggunakan buku  teks yang dibekalkan oleh pihak KPM.


       Justeru itu peranan PIBG amat penting dalam mencari formula yang paling lunak mengenai penggunaan buku aktiviti oleh murid-murid.Pihak PIBG boleh menjadi pemangkin dalam menserasikan situasi yang dialami oleh pihak ibu bapa agar berpadanan dengan sudut pandangan pihak sekolah.

       Akhirnya penggunaan buku aktiviti itu bergantung kepada keputusan ibu bapa itu sendiri.Apakah pilihan mereka?


        

Wednesday, March 16, 2022

Selamat Kembali ke Sekolah bagi sesi 2022/2023

 

                                 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi wajar dikuasai dan membaca itu kunci kejayaan.

                                          


Tidak beberapa lama lagi,sekolah akan dibuka,dan murid-murid akan  belajar untuk sesi persekolahan 2022/2023.Hal ini menuntut setiap murid  bersedia untuk ke sekolah dan dapat menimba ilmu dengan penuh motivasi.
        Bagi murid tahun enam pula, mereka wajar  belajar dengan tekun dan dapat memperoleh tahap penguasaan enam.Mereka juga wajar aktif dalam kegiatan luar bilik darjah,mengamalkan amalan baik dan berdaya menjadi pemimpin cilik.
        Sehubungan itu murid-murid Tahun 6,tentu ada yang bercita-cita untuk belajar di Sekolah Khusus.Oleh itu kebolehan berfikir aras tinggi boleh membantu mereka untuk berjaya masuk ke Sekolah Khusus pada masa akan datang.

     Selamat kembali ke sekolah.Usaha tangga jaya.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...