Tuesday, December 30, 2014

Tuesday, December 23, 2014

GPMSSITIAWAN,ANTARA DUA ERA.


1:KELMARIN,MEMPELAI NORSYUHADA BT ZAHARI DAN PASANGANNYA SERTA IBUNYA,BERGAMBAR DENGAN TUAN ADI,TUAN ADI IALAH  FASILITATOR NORSYUHADA DALAM PROGRAM GPMS YANG DIADAKAN DI INSTITUT BATU GAJAH PADA TAHUN 1995.

2:SAUDARA ANWAR SEPERTI BERFIKIR SESUATU,APAKAH KEPUTUSAN BELIAU,ATAS CADANGAN  YANG DILONTARKAN?

Thursday, December 18, 2014

SEMPENA ANUGERAH TOKOH SRIKANDI NEGARA GPMS KEBANGSAAN 2014-




tiada kata mampu kutintakan,kupinjamkan khazanah pantun Melayu Lama,
Pantun Melayu Riau,
kutuju khas buat  TOKOH  SRIKANDI  NEGARA,

kalau berladang kurang  tekun,
lesaplah padi ditelan belukar;
kalaulah hilang tukang pantun,
senyap sunyi bandar yang besar.


Srikandi Negara:

apa tanda  budaya Melayu,
kepada Islam ia mengacu.
apa tanda Melayu  berbahasa,
kepada Islam ia berpunca.
tegak Melayu kerana budayanya;
tegak budaya kerana agamanya.
di mana tempat Melayu tegak,
pada sunah berserta syarak.
di mana tempat Melayu diam;
pada adat berintikan Islam.

Srikandi Negara:

apa tanda Melayu jati;'
dalam pantun ilmu digali.
apa tanda Melayu jati,
dalam pantun menanam budi.

Srikandi Negara,

pada nusa baktimu berjasa,
jasa dikenang menjadi teladan;
ajarlah kami makna perkasa,
agar sejahtera sepanjang zaman.

pada-Nya kupohonkan doa,
Srikandi terus gagah perkasa,
mengisi bakti pada anak nusa,
mohon Srikandi  dalam lindungan-Nya,
diberi rahmat  kuat adanya,
menjadi suri teladan sepanjang masa.


Srikandi Negara:
kalau pantun tersalah curai,
alamat kusut takkan selesai.

Srikandi Negara:
"ayam dikepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan"
"maju -mundur,kaya-miskin,hina mulianya bangsa itu di tangan kami"
"cekal bersatu lambang kita'



*rujukan:Khazanah Pantun Melayu Riau,Tennas Effendy,DBP,2007,
Utusan Malaysia,18.12.2014,
Mukadimah Gpms.

GPMS SITIAWAN DI TENPIN BOLING ANJURAN MBD MANJUNG 2014.



1:Program tersebut telah dirasmipenutup oleh YB ADUN PASIR PANJANG.
2:TAHNIAH KEPADA MBD MANJUNG:

Saturday, December 13, 2014

Wednesday, December 10, 2014

JEJAK WARISAN BBBGPMSSITIAWAN,2014-MAKAM DI KG.PULAU PISANG



1.Jenuh juga mencari makam ini.
2.Terima kasih  kepada saudara Mihar,pihak Muzium Negeri Perak,jemaah zohor di Masjid Kg.Pulau Pisang,Pejabat Penghulu Mukim Bota,encik Omar rekreasi dan orang perserorangan.

Misi seterusnya mencari Makam Tok Merah?

JEJAK WARISAN BBBGPMSSITIAWAN 2014-MAKAM SULTAN PERAK KE SEPULUH

 -PERTAHANKAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU -

Jejak Warisan BBBGPMSSITIAWAN 2014,KE KUALA TEJA

 -sejarah adalah peristiwa-peistiwa adalah pengajaran dan teladan-

Monday, December 1, 2014

Utusan Gpms Sitiawan ke Segari 2014:

1:Antara butiran perbincangan;
-barisan organisasi Gpms Sitiawan pada masa hadapan:
-adakah Gpms Sitiawan masih relevan:
-apakah kpi  pencapaian Gpms Perak dan Gpms Kebangsaan.

Sunday, November 30, 2014

SURAT KEPADA SAUDARA PRESIDEN GPMS KEBANGSAAN 2014



Salam sejahtera,sempena PAT GPMS ke-60,berharap kepimpinan Gpms berada dalam rahmat-Nya.Pada kesempatan ini diharapkan saudara Presiden Gpms,dapat melangkah dengan lebih berjaya dengan mengatur strategi dalam mendekatkan Gpms di kalangan para pelajar Melayu.

Justeru itu,jumlah cawangan Gpms yang hampir 237 buah cawangan termasuk Gpms Cawangan Khas,hendaklah lebih aktif pada masa hadapan.Tambahan pula Gpms Cawangan adalah tunggak perjuangan Gpms.


Masyarakat Melayu melihat  akan hala tuju Gpms,maju mundur dan jatuh bangunnya Gpms adalah di tangan kepimpinan Gpms yang diamanahkan oleh ahli-ahli Gpms.

Selamat bersidang.

Saturday, November 22, 2014

KEPADA MURID-MURID TAHUN ENAM 2014-UPSR 2014.

-YDP GPMS STIAWAN DAN WARGA GPMS SITAWA MENGUCAPKAN SELAMAT MENGAMBIL KEPUTUSAN UPSR 2014,SEMOGA ANDA MENCIPTA HASRAT YANG ANDA IMPIKAN-

Saturday, November 15, 2014

Amir Siddiq dalam satu program 2014.

-saudara Amir Siddiq pemimpin muda Gpms Sitiawan,dalam satu majlis,beliau telah dijemput sebagai pembaca doa,dan pengendali alat siar raya.-

Sunday, November 2, 2014

Tuesday, October 28, 2014

KAK SU SELAMAT HARI LAHIR.

 -GPMS SITIAWAN DAN BBBGPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR-SEMOGA DALAM RAHMAT-NYA-JASAMU TETAP DIKENANG DALAM SEJARAH PERJUANGAN GPMS PERAK DAN GPMS SITIAWAN-

Friday, October 24, 2014

SELAMAT HARI LAHIR TUAN YDP GPMS SITIAWAN DARIPADA GPMS SITIAWAN DAN BBBGPMSSITIAWAN

 -TUAN YdP GPMS SITIAWAN PADA SATU PROGRAM-
-SELAMAT HARI LAHIR-SEMOGA SEJAHTERA DAN DALAM RAHMAT-NYA-
(kek itu hanya hiasan )

Thursday, October 23, 2014

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH DARIPADA GPMS SITIAWAN DAN BBBGPMS SITIAWAN.



 -antara yang sempat ziarah -
-Ayahanda kepada ustaz Zulhaidi atau tuan Adi,(ketua biro dakwah Gpms Sitiawan)telah kembali ke rahmatullah  menjelang waktu maghrib pada 22.10.2014 di Hospital Manjung.
Al-Fatihah dan takziah kepada ustaz Adi dan keluarga.

Tuesday, October 14, 2014

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH DARIPADA GPMS SIITAWAN DAN BBBGPMS SITIAWAN.

TUAN HAJI ABD KADIR BIN  MUHAMMAD AYAHANDA Y.A.B MENTERI BESAR PERAK TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 14.10.2014.

AL-FATIHAH.

TAKZIAH KEPADA Y.A.B MENTERI BESAR PERAK SEKELUARGA.

Thursday, October 9, 2014

Saturday, October 4, 2014

Perutusan YDP GPMS SITIAWAN SEMPENA AIDILADHA 1435 H/2014 M.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kedatangan  Aidiladha 1435H/2014,menuntut melihat kembali semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran Nabi Ismail a.s.Sebagai sebuah organisasi belia,Gpms  Sitiawan sewajarnya mampu menghayati -semangat pengorbanan-

     Nilai-nilai pengobanan itu amat bererti dalam meneruskan  perjuaganan Gpms Sitiawan dalam  membantu dunia  pendidikan anak-anak Melayu.Tarikh 10 Zulhijah,memberi ruang kepada Gpms Sitiawan merefleksi diri,setiap kelemahan dan kekuatan dijadikan pedoman untuk hari depan.

      Akhir kata,saya berharap Gpms Sitiawan terus menghayati semangat yang tekandung dalam sambutan
Aidiladha dan peristiwa -peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Zulhijah.Ampun maaf dipinta,semoga Rahmat-Nya memayungi  muslimin dan muslimat.


Tajul Azmir bin Mustapa,
Ydp Gpms Sitiawan.

TAKZIAH DARIPADA GPMS SITIAWAN DAN BBBGPMSSITIAWAN.

AL-FATIHAH:

 CIKGU/EN. HARITH WEKCHIT BIN ABDULLAH TELAH KEMBALI KE              RAHMATULLAH.  ALLAHYARHAM BERTUGAS  SEBAGAI GURU SEBELUM  BERKHIDMAT  DI   PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG.

GPMS SITIAWAN DAN BBBGPMSSITIAWAN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM :

Saturday, September 27, 2014

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...