Saturday, October 20, 2018

Aspirasi Murid:Kemahiran Dwibahasa

Kemahiran Dwibahasa antara aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

     Oleh itu aktiviti lisan seperti ujian lisan boleh diadakan dalam mengisi program selepas Upsr.Aktiviti lisan itu hendaklah menjurus kepada dwibahasa.Kaedah ujian boleh diadun secara kreatif dan aspek  intonasi,sebutan,kosa kata,nada,gramatis, akan dinilai.

     Aktiviti itu juga boleh diadakan di tempat yang terbuka dan boleh  juga menggunakan alat siar raya..Aktiviti lisan itu pula dilaksanakan secara dwibahasa.Bermula dengan lisan bahasa Melayu ,kemudian   bahasa Inggeris.Terdapat pelbagai bentuk soalan diajukan dan mencakupi Kbat.

     Seterusnya murid yang tidak menguasai akan diberikan bimbingan dalam bentuk kumpulan agar mereka dapat meningkatkan penguasaan lisan dwibahasa .

     Rumusannya,aktiviti lisan dwibahasa dalam memberi peluang kepada murid tahun 6 untuk menimba pengalaman bertutur dalam dwibahasa sebelum belajar ke sekolah menengah.


Monday, October 15, 2018

' j-QAF' dan Murid Tahun Enam telah Khatam Al-Quran 2018


Murid tahun 6 sudah pun melalui UPSR.Oleh,itu pasti ada murid tahun 6 yang telah khatam al-Quran.Namun terdapat juga murid tahun 6 yang belum khatam al-Quran.
           
      Lantaran itu,adakah murid yang tidak khatam al-Quran ini akan khatam pada masa akan datang?
Namun diharapkan tiada murid tahun 6 yang tidak boleh membaca al-Quran.Jika ada tentulah terdapat faktor-faktor tertentu yang memperngaruhinya.

      Oleh itu para ibu bapa sudah pasti akan mengambil berat akan hal ini.Bahkan tanggungjawab mengaji al-Quran ini bukan hanya terletak di tangan  ustaz dan ustazah  tetapi di tangan murid tahun  itu sendiri.

Wednesday, October 3, 2018

Program Selepas Upsr 2018:Peranan Ibu bapa.




UPSR sudah pun berlalu,kini murid-murid tahun 6,dikatakan berasakan diri mereka 'bebas '.Betulkah murid-murid tahun 6 telah 'bebas'.

       Segoyia,amatlah wajar para ibu bapa bersama-sama mengambil berat akan aktiviti anak-anak mereka di sekolah setelah berakhirnya Upsr.Bahkan pada era kini sebenarnya murid-murid tahun 6 sewajarnya hadir ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka.Apatah lagi murid-murid tahun 6 masih berada dalam Pentaksiran Bilik Darjah bagi beberapa mata pelajaran.

        Pun begitu,program selepas upsr tetap diadakan bagi memberikan kepelbagaian kepada murid-murid tahun 6.Amatlah bersesuaian jika beberapa   idea untuk program itu dicadangkan atau dibincangkan dengan murid-murid tahun 6.

         Oleh itu amatlah kurang molek jika ada murid tahun 6 yang ponteng atau tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.Para ibu bapa wajar memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak mereka agar terus hadir ke sekolah walaupun  Upsr telah berlalu.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...