Tuesday, April 28, 2020

Salam Ramadan 1441H/2020

Salam Ramadan dan selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan.

-Ramadan Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa.

-Ramadan al-Mubarak Ar bulan Ramadan yg diberkati.

Wednesday, April 15, 2020

Teruskan Belajar Walau UPSR 2020 dibatalkan.


Salam sejahtera,walaupun pengumuman pembatalan  UPSR 2020,telah diumumkan oleh  YB Menteri Pendidikan,namun murid-murid tahun 6 hendaklah meneruskan ulang kaji pelajaran mereka di rumah.

          Kepada murid-murid yang dapat belajar melalui talian maya teruskanlah.Murid-murid wajar meneruskan penguasaan bagi mata pelajaran BM,BI,Matematik,Sains dan PendidikanAgama Islam.

          Bahkan murid-murid wajar juga membuat latihan yang berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi.Kepada yang berhasrat mahu belajar di sekolah berasrama,teruskan membuat persediaan dan juga fikirkan semasak-masaknya dalam membuat pilihan.

         Jika ada masalah berbincanglah dengan guru dan ibu bapa anda.Pihak sekolah tentu akan memberikan panduan  yang murid-murid tahun 6 inginkan.Selamat mengulang kaji pelajaran.

Sunday, April 5, 2020

"Adakah Anak Anda Belajar ketika Perintah Kawalan Pergerakan.(PKP)2020



      Ketika ini sudah semesti anak anda  berada di rumah bersama keluarga.Pada ketika ini juga  anak anda sudah lama tidak ke sekolah.Namun adakah mereka tetap juga belajar di rumah?
Itu semuanya bergantung kepada situasi anak anda pada ketika ini.

     Secara ringkas amatlah wajar jika pada tempoh PKP ini anak  anda dalam sehari ada meluangkan masa untuk belajar atau mengulang kaji pelajaran.Terutama dalam mata pelajaran BM.BI,Sains,Matematik dan lain-lain.

       Bahkan pada ketika ini anak anda yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca,mengira dan menulis,bolehlah  mereka dibimbing secara perlahan-lahan.

       Perlu diingatkan sama ada anak anda belajar melalui aplikasi digital atau hanya menggunakan buku teks dan buku aktiviti,namun yang penting anak anda mesti belajar,sekurang-kurangnya sejam dalam sehari.

     Amatlah molek juga mereka  diajar kemahiran berfikir aras tinggi.Yang penting perlu menjaga agar emosi anak  anda tidak cepat jemu atau bosan.Mereka boleh membaca al-Quran,belajar muqaddam, melukis,atau bernyanyi.

    Sehubungan  itu juga anak anda boleh berinteraksi dengan kawan-kawan mereka melalui aplikasi yang terdapat di telefon pintar atau pun melalui  paparan Internet.

    Oleh itu diharapkan anak  anda dapat belajar,   walaupun  hanya sejam  sehari,yang penting mereka ada belajar di rumah.Selamat belajar di rumah.Doakan kesejahteraan untuk semua.Kepada Yang Maha Esa tempat memohon perlindungan dan keselamatan.

 

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...