Tuesday, March 23, 2010

Keputusan Pertandingan Boling Tertutup GPMS Sitiawan



Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Boling Tertutup anjuran GPMS Sitiawan pada 20 / 03 / 2010 lalu.Antara mereka yang terlibat :

1 - Ajk GPMS Sitiawan
2 - Fasilitator Kelas Bimbingan
3 - Pelajar Kelas BImbingan
4 - GPMS Cawangan UniKl ( Lumut )
5 - Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Kg. Kayan

Monday, March 22, 2010

KHAS KEPADA GPMS PERAK DAN CAWANGAN GPMS DI PERAK.

Isu-isu Pendidikan Melayu 2010 yang di beri perhatian oleh GPMS:
1. Penyemakkan Dasar Meritokrasi
2. Penggreddan semula gred SPM (A+,A,A-)
3. Isu 10 subjek SPM 2011
4. Biasiswa MARA-Penambahan peruntukan pendidikan MARA
5. Dasar pemberian biasiswa JPA dalam dan luar negara (45:55) dan biasiswa nasional (30 tawaran) ke universiti tersohor
6. Penambahan pengambilan pelajar perubatan ke UiTM bagi menandingi UTAR & AIMS
7. Dasar 30% kemasukan ke Maktab Tentera Di Raja mungkinkan akan dituruti oleh SBP, MRSM dan Matrikulasi
8. Isu tuntutan pengiktirafan sijil peperiksaan sekolah Cina
9. Memperkasakan sekolah kebangsaan-sekolah satu aliran
10. Menggunakan bahasa inggeris dalam matapelajaran perdagangan dan keusahawanan
11. Blue Print pelajar-pelajar Melayu 2020-2057
12. Agenda Melayu SBP dan pembukaan sekolah kluster
13. Naik taraf sekolah rancangan khas
14. Rancangan makanan tambahan dan kos makanan di sekolah berasrama-satu tinjauan
15. Kedudukan Universiti (University Ranking)
16. Kerjasama GPMS - PTPTN
17. Gejala sosial mahasiswa IPT

(BERDASARKAN MAKLUMAN DI ATAS,SILA BERTINDAK DENGAN SEWAJARNYA)

Thursday, March 18, 2010

Institut GPMS di Perak.







1-Institut ini telah terbina di atas nilai gpms,tuan haji zainal dan rakan-rakan beliau telah mencipta dan merintis jalan,maka sejak terdirinya institut itu ,tuan haji zainal sering mejadi *tukang kebun* di situ.

2-Gurkha gpms dan bbbgpms pernah berkampung di situ melaksanakan aktiviti.

3-Kini terserahlah kepada kepimpinan muda GPMS Perak dan cawangan GPMS di Perak untuk merintis satu fenomena yang lebih unggul,meningkatkan kebolehgunaan institut itu.

Tuesday, March 16, 2010

Pelayar Blog GPMS Sitiawan

Assalamulaikum w.b.t
Untuk makluman semua,saya sebagai salah seorang panel blog ini tidak akan menulis lagi di dalam blog ini buat beberapa bulan ini.Semua tulisan akan ditulis oleh panel lain di blog ini.Ini disebabkan kebanyakan tulisan saya yang lebih kepada bentuk teguran telah banyak disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu.Dan demi menjaga semangat ukhuwah islamiyah,saya mengambil keputusan untuk berhenti untuk beberapa ketika.Cuma pesanan kepada mereka yang selalu terasa dengan teguran,kalau kita tak buat sesuatu kesalahan tak perlu cepat melatah atau terasa dengan teguran itu.
Kita suka menegur orang,tapi bila kita ditegur,melenting.Kita rasa diaibkan bila ditegur walaupunsecara umum,tapi mungkin suatu ketika dahulu kita pernah mengaibkan orang lain didepan umum.Cubalah fikirkan kembali.
Salam ukhuwwah

Ketua Biro Dakwah GPMS Sitiawan
Naib Pengerusi 1 GPMS Perak.

Catatan MOHAMAD ASRI SHAFII,

KONSEP 1Malaysia kini diberi persepsi pelbagai hingga disalah tafsir, sekali gus boleh menyinggung perasaan bangsa dan kaum lain.
Terkini ialah tulisan dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh dan tulisan Michael Chick dalam portal Malaysia Today yang nyata memperlekehkan tindakan serta aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu.
Soalnya mengapa perlu mempertikaikan tindakan aktivis Melayu yang menjalankan aktiviti mereka. Sebaliknya, tidak pernah disebut atau dipertikaikan mengenai tindakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang memboikot kongres mengenai Model Ekonomi Baru anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia.
Dalam resolusinya turut menyebut DPMM bersetuju dengan cadangan mereka.

Dalam resolusi terbaru dibuat MCA dalam menyokong 1Malaysia antara lain:
• Menggesa kerajaan terus mengamalkan dasar pendidikan lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernacular boleh ditubuhkan dan dima-sukkan ke dalam program pembangunan nasional; • Menggesa kerajaan terus memberi sokongan kepada pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) supaya lebih ramai pelajar berbakat boleh dipupuk; dan • Menggesa kerajaan menilai semula hukuman fizikal ke atas golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan.

Persoalannya, tiga resolusi yang dilulus itu langsung tidak menyatakan hasrat 1Malaysia. Jika benar MCA dan seluruh warga Cina di negara ini menyokong konsep 1Malaysia, pasti tiga perkara ini tidak boleh dijadikan resolusi. Malah, perkara ketiga ada kaitan dengan hukuman Islam.

Hanya orang Islam yang faham hukuman serta kehendak agama mereka. Mengapa perlu mengubah atau mempertimbangkan hukuman sedangkan yang mencadangkan rasanya langsung tidak faham Islam?

Hukuman yang dibuat, bukan penyeksaan tetapi falsafah serta pengajaran orang ramai adalah perkara penting. Ini belum lagi menyentuh soal kesan psikologi serta cara pelaksanaan hukum.

Oleh itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datok berpendapat jika benar MCA dan masyarakat Cina di negara ini menyokong 1Malaysia bertepatan dengan maksud yang dinyatakan seperti di atas, semua sekolah vernacular dan SRJK Cina dan Tamil harus dimansuhkan demi pembangunan bangsa Malaysia.

Ini amat perlu dilaksanakan segera jika mahu melihat Malaysia terus aman dan makmur seperti sekarang.
Perkembangan mutakhir ini menyaksikan persendaan, pertikaian agama serta salah faham hubungan sosial jika tidak dibendung akan menjadi barah yang lama-kelamaan tidak akan mampu diubati. MOHAMAD ASRI SHAFII,
Yang Dipertua GPMS Bagan Datoh, Perak

(ARTIKEL INI TELAH DISIARKAN DI DALAM SEBUAH AKHBAR PERDANA)

Monday, March 15, 2010

Makluman kepada Gurkha/BBB/Sahabat GPMS

Sempena Program yang akan berjalan pada hujung bulan ini,maka sukacitanya dimaklumkan kepada semua Gurkha/BBB/Sahabat GPMS dapat meluangkan masa untuk turun melakukan aktiviti gotong royong pada

Hari : Ahad
Tarikh : 21 / 03 / 2010
Jam : 8.30 pagi hingga siap
Tempat : Institut GPMS Batu Gajah

Oleh itu,kepada mereka yang berkesempatan dan tidak disibukkan dengan perkara-perkara lain,dijemput dengan segala hormatnya serta takzimnya untuk bersama-sama dalam program ini.

Naib Pengerusi 1 GPMS Perak

Jawapan Kepada Komen Pembaca Yang Dirahmati

Assalamulaikum w.b.t..
Penulis ada menerima komen daripada tulisan yang baru dihantar mengenai Institut GPMS Perak.Dan untuk meleraikan kekusutan dan pandangan negatif daripada sesetengah pihak yang kurang faham tentang tulisan tersebut,adalah lebih baik untuk saya memberi sedikit ulasan terhadap komen (nama tidak perlu disebut demi menghormati hak )

A : Salam
B : Wassalam
A : Terima kasih atas teguran dalam laman blog
B : Sama-sama.Terima kasih kerana membaca.
A : Tapi persoalannya ustaz hadi telah diberi tanggungjawab biro pembangunan institut.
B : Ye.Memang betul.
A : Bila kotor,bila tiada program salahkan orang orang buat slogan berani berubah,
sahabat GPMS?
B : Seingat penulis,tiada ayat yang menyalahkan orang lain.Dan penulis juga tahu
bahawa pembangunan dibawah tanggungjawab penulis.Cuma penulis tidak membangkit
kan isu prasarana Institut,kerana penulis sudah lali dengan ketiadaan air, dan
segala jenis kesukaran di Institut.Kerana penulis di situ sejak 1995.Cuma yang
penulis bangkitkan ialah masalah kebersihan yang tidak dijaga selepas program
dijalankan.Tidak kira siapa yang menjalankan program.Cuma yang dituntut ialah
kebersihan setelah program.Tetapi kenapa perlu ditafsirkan ayat penulis hingga
ke peringkat menyalahkan orang lain.Begitu juga tentang persoalan sahabat GPMS,
yang penulis bangkitkan ialah kemana perginya sahabat GPMS yang telah dilatih
dalam aktiviti kesukarelaan sebelum ini.Bukankah ini masanya untuk mempraktikkan
ilmu yang diperolehi dalam kursus-kursus supaya ianya berkesinambungan.Cuma,
kenapa ditafsirkan penulis mencari kesalahan?
A : Adakah kita suka mencari salah dan kita saja yang betul.
B : Tiada dalam tulisan pun.Cuma sangkaan orang sahaja.
A : Apa usaha kita yang mengaku orang GPMS untuk bangunkan GPMS?
B : Usaha kita?Memberikan segala yang terdaya untuk kepentingan agama dalam
memartabatkan agama Islam.Mungkin tenaga,kewangan dan fikiran.
A : Eloklah lepas ni cari salah saya lagi.Moga-moga salah saya boleh buat tuan-tuan
puas hati.Saya tahu,tuan-tuan sekalian hebat tapi sayang hebat diluar...
B : Penulis tiada masa nak cari kesalahan orang lain.Lebih baik cari kesalahan diri
sendiri,setidak-tidaknya boleh juga diperbaiki.Cuma kita kena pandai membezakan
di antara mencari kesalahan dengan teguran.Teguran untuk penambahbaikan dan
bukannya untuk mencari kesalahan.Dalam dunia,tiada siapa yang hebatnya.Allah
Taala sahaja yang memiliki kehebatan.
A : So,terima kasih kerana mengaibkan kami di sini.
B : Tidak timbul soal mengaibkan sesiapa.Kerana mengaibkan orang lain itu HARAM
hukumnya.Kerana teguran dalam tulisan itu berbentuk umum.Malah tidak disebutkan
nama individu tertentu pun.Menurut Imam Al Ghazali menegur kesalahan seseorang
menggunakan pendekatan umum adalah HARUS dengan syarat tidak menamakan atau
menyebut nama individu tersebut.Teguran adalah untuk semua warga GPMS termasuk
penulis sendiri.Tetapi kenapa ada yang melatah?
A : Tuan-tuan cari salah orang lain lagi.
B : Dah jawab tadi.
A : Tuan-tuan ni orang alim so dah tentu betul.
B : Tiada dalam post.Cuma sangkaan pemberi komen.Sealim-alim manusia tetap mempunyai
sifat kekurangan.Kerana makhluk tiada yang sempurna.Orang jahil sahaja yang
mendakwa ianya sempurna.
A : Dah beri tanggungjawab pun masih salahkan orang lain.
B : Bukan cari salah tapi memperbetulkan kesalahan sebab sifat manusia melakukan
kesilapan dan kesalahan.
A : So buatlah apa tuan-tuan nak buat lepas ni.
B : Takde nak buat apa pun.Cuma fikir program sahaja.
A : Tq.
B : Kembali.

*jawapan adalah daripada Penulis sendiri yang juga Naib Pengerusi 1 GPMS Perak.

Aduhai Institut

Suatu ketika dahulu...
Nama Institut GPMS Perak begitu gah berada dipuncaknya....
Dengan pelbagai aktiviti yang telah banyak melahirkan insan-insan dinamik....
Aktiviti yang memenuhi dan memanfaatkan masa untuk setiap pelajar Melayu...
Dahulu...Namamu sering meniti di bibir...
Bila sebut sahaja nama GPMS Perak...sudah terasa hebatnya...
Yang hebatnya bukan sekadar pada nama...
Tetapi hebatnya GPMS Perak itu kerana hebatnya aktiviti yang memenuhi hajat masyarakat yang tandus dalam aktiviti pendidikan...
Namun apa yang terjadi hari ini....
Insitut yang suatu ketika dahulu setiap hujung minggunya dipenuhi dengan peserta dan program-program....
Institut yang dahulunya bersih serta tempat yang paling sesuai untuk menambah ilmu...
Kini tidak lagi...
Institut seperti 'rumah hantu'...
Institut seperti tempat longgokan sampah...
Institut tak ubah seperti rumah tumpangan pekerja asing....
Kemana perginya program pendidikan...
kemana perginya Sahabat GPMS yang diwar warkan sudah ramai...
Adakah mereka langsung tiada masa untuk menjenguk Institut ini...
Adakah mereka langsung tiada masa untuk merangka program untuk dibuat di sini...
Atau...sekurang-kurangnya meneruskan program-program yang pernah dijalankan dahulu...
Ku dengar GPMS ini telah 'dijenamakan' semula....
Ku dengar GPMS ini telah ramai Sahabatnya...
Ku dengar GPMS ini telah berjalan ke akar umbi...
Tetapi program terbaru di Institut membuktikan...
Bahawa itu semua adalah omongan kosong...
Program tiada tenaga sukarela dari sahabat....
Program tiada daripada mereka yang bergelar sahabat turun padang...
Tidak salah kiranya untuk ku katakan....
Hanya Gurkha-gurkha sahaja yang ada...
Yang membersihkan stornya....
Yang membersihkan bilik Rahmatnya....
Yang menyusun atur semula Institut yang telah lintang pukang...
Ku tak tahu...
siapa punya kerja...
Institut yang telah digunakan...
tidak tahu dikemaskan...
bilik yang digunakan....
tidak pandai dibersihkan...
apakah mereka sudah tidak mempunyai kaki dan tangan?
Tolonglah....
Kepada mereka yang berkenaan...
Berubahlah....
Tak payahlah sibuk laungkan ke akar umbi....
Di institut itu sudah memadai....
Akhir pesanan...
Apakah maksud slogan "Berani Berubah"!!!!

Jom Bertempur

Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua warga BBB dan Gurkha....Adakah anda semua telah bersedia untuk pertempuran pada 20hb ni...Yeah!!!Pertempuran di Arena Bowling...Maka barangsiapa yang tangannya masih belum profesional adalah digalakkan untuk memperbanyakkaan melontar buah kelapa dan ditujukan pada mana-mana pokok kelapa dengan kejauhan 10 meter.Kalau pokok tu tumbang,maka anda layak untuk memasuki pertempuran ini,kalau tidak,maka 'join'nya anda akan menyebabkan anda "penat dapat,malu dapat".Oleh itu marilah sama-sama kita membaling buah kelapa dan seterusnya melontar bola...Jom Bersukan Yob!!!

Thursday, March 11, 2010

Melahirkan Kader-kader Terbilang

Assalamulaikum w.b.t
Hari ini manusia berbicara tentang pemimpin,kepimpinan serta kepemimpinan.Maka banyaklah kursus-kursus,seminar-seminar serta pelbagai lagi diadakan untuk merealisasikan matlamat ini.Cuma,kenapa dan mengapa program-program ini tidak meninggalkan kesan ataupun kalau pun ada,hanya sedikit sahaja.Salah modulkah?Salah penganjurkah?Ataupun siapa yang salah?
Di sini ingin saya berkongsi tentang satu modul yang digunakan sejak lebih 1400 tahun dahulu,semasa di zaman Rasulullah s.a.w.Bagaimana Rasulullah s.a.w melahirkan kader-kader berkualiti yang akhirnya berjaya menggegar dunia dengan kepimpinan masing-masing.Saya tidak bermaksud untuk menceritakan secara tetapi memadailah dengan beberapa contoh sebagai renungan dan ambilan.

1- mengajar dan menanamkan rasa cinta para KADER Baginda kepada Allah s.w.t.Kerana ia
merupakan asas dalam setiap perkara.

2- Mengingatkan kepada KADER Baginda tentang matlamat hidup setiap manusia ialah
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

3- mengingatkan kepada KADER Baginda tentang Al quran serta ajarannya.

4- membuat / mengajar kepada KADER Baginda aktiviti pengisian jiwa/rohani.Kerana
kebanyakan kelemahan adalah datang daripada rohani manusia itu sendiri.Kuat rohani
nya,maka akan kuatlah jasmani,kerana yang menggerakkan jasmani adalah rohani.

5- mengajar kepada KADER tentang AMANAH dalam kehidupan.Setiap manusia wajib menjalan
kan amanah.Salah satu di antara amanah itu ialah memimpin.Dan sekurang-kurang
memimpin itu ialah memimpin diri sendiri.

6- mengingatkan kepada KADER bahawa untuk menjadi KADER yang berkualiti perlu
didasarkan dengan ilmu bukan emosi.

7- yang melatih KADER-KADER perlu ada ciri-ciri seorang KADER yang baik.Contoh, modul
kerohanian,pelatih bangun untuk solat Subuh,maka yang melatih perlu bangun lebih
awal dari itu dan bukan sebaliknya.

8- perlukah kepada hukuman?Perlu diketahui,bahawa Rasulullah s.a.w bukanlah datang
sebagai penghukum akan tetapi untuk mengelakkan manusia pada zaman baginda banyak
melakukan kesilapan dan sengaja melanggar peraturan maka di sana adanya konsep
hukuman bagi orang yang bersalah.Akan tetapi,kurun zaman Rasulullah s.a.w adalah
kurun terbaik,maka tidak nampak banyak kisah Rasulullah s.a.w menggunakan hukuman
terhadap sahabat-sahabat.

Jadi,bagi mereka yang menjalankan program-program seperti ini,maka sayugialah untuk
meneliti kisah Rasulullah s.a.w serta para sahabat.Rasanya itulah lebih berkesan
mudah-mudahan.

Biro Dakwah GPMS Sitiawan

Saturday, March 6, 2010

Program Motivasi Tahun Enam

Assalamulaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini pasukan Gurkha dari GPMS Sitiawan telah dapat menyelesaikan satu lagi tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.Penulis,Tuan Tam,Tuan OC serta Cik Zura telah bergerak ke SK Tg. Jawa Sabak Bernam untuk Program bersama murid-murid serta ibubapa dan guru di sana.Allah telah memudahkan perjalanan dan semuanya selamat tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
dalam perjalanan pulang ke Sitiawan,Ydp sempat berbincang bersama penulis dan Tuan OC agar SK Tg. Jawa ini terus diambil sebagai sekolah angkat GPMS Sitiawan.Dan sebagai langkah pertama,3 orang murid Tahun Enam dari sekolah tersebut telah diberi maklum untuk mengikuti Program Motivasi Tahun Enam di Sitiawan ( sebab murid Tahun Enam ada 3 orang je ).Terima Kasih kepada Puan Guru Besar kerana telah menerima pelawaan dari GPMS Sitiawan.
Insyallah Program Motivasi ini secara tak rasmi akan dijalankan pada 26 - 28 Mac ini. dalam masa yang sama,di Institut GPMS Perak juga ada mengadakan Program Perkaderan. tetapi penulis merasakan ianya tiada masalah kerana pihak GPMS Perak tidak ada masalah untuk menyediakan tenaga-tenaga penggerak mahir kerana pihak GPMS Perak ada Sahabat GPMS yang sentiasa memberi komitmen terhadap program GPMS.
Insyaallah pihak GPMS Sitiawan akan memberikan makluman kepada sekolah-sekolah tentang program motivasi ini.

7.30 pagi-program turun padang di Sk.Tanjung Jawa Sabak Bernam,Selangor.




(para ibu bapa,guru-guru dan murid-murid sedang mengikuti slot ceramah yang disampaikan oleh tuan adi.)






(pintu utama ke sekolah)

Friday, March 5, 2010

Maklumbalas SBT.(arkib Utusan Malaysia)

ARKIB : 04/03/2010
Kurang cemerlang tidak dinafi hak di SBT

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat pembaca, Mohamad Asri Shafii, Exco GPMS Perak, dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 22 Februari 2010 bertajuk Pantau autonomi Sekolah Berprestasi Tinggi.
Kuasa autonomi yang diberi kepada Pengetua atau Guru Besar secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan sekolah. Mereka akan dipantau, dibimbing dan dinilai dari semasa ke semasa dengan fokus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah trend menaik, oleh pihak BPSBPSK, JPN dan PPD.
Jabatan Pelajaran Negeri adalah kuasa pendaftar yang bertanggungjawab atas sekolah-sekolah di negeri masing-masing. Pengetua atau Guru Besar khasnya Pengetua/Guru Besar Besar di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ini, tahu bidang kuasa masing-masing dan akur akan punca kuasa yang ada. Kelonggaran diberi dalam hal pelaksanaan asalkan tidak berlaku violation, incompetence dan negligence dalam pelaksanaan dasar tersebut. Pihak BPSBPSK, JPN dan PPD bertanggungjawab memberikan bimbingan yang diperlukan oleh pihak sekolah.
Pelajar yang lemah atau kurang cemerlang tidak dinafikan hak mereka untuk bersekolah di SBT. Pengambilan murid ke SBT mengikut dasar yang sedia ada. Antara sekolah harian yang terpilih sebagai SBT ini adalah sekolah kluster yang muridnya mempunyai tahap pencapaian normal (biasa), tetapi pencapaian mereka dapat ditingkatkan melalui tunjuk ajar guru yang rajin, bersikap profesional, positif dan bantuan daripada ibu bapa yang mempercepat murid menguasai 3M.
Dasar pendidikan negara akan terus disuburkan. Dalam pelaksanaan sekolah kluster perkara ini sudah terbukti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tetap dipatuhi oleh sekolah. Tidak mematuhi FPK dianggap sebagai violation yang serius. Pengetua atau Guru Besar mesti berupaya menterjemahkan FPK dalam proses pendidikan di sekolah masing-masing.
SBT akan menjadi sekolah anak- anak kapitalis kerana pembiayaan yang tinggi dan tidak dapat dipenuhi oleh keluarga berpendapatan rendah mungkin tinggal sebagai satu andaian, kerana bayaran yang akan dikenakan atas murid perlu mendapat persetujuan dalam mesyuarat PIBG terlebih dahulu. Manakala yuran sekolah pula perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPN sebelum dikutip.
Kuasa autonomi yang diberi kepada Pengetua atau Guru Besar SBT tidak akan menjejaskan kewibawaan JPN dan PPD. Dasar KPM yang sedia ada akan terus dipatuhi. Pemantauan, bimbingan dan penilaian akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak BPSBPSK, JPN dan PPD ke atas SBT, dengan fokus utama ke arah peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Insya-Allah, atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak SBT tidak akan menjadi sekolah anak-anak kapitalis.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran Malaysia