Friday, November 29, 2019

Apa Khabar Murid Tingkatan 4 Tahun 2020 ?



Kini kita berada pada tempoh penghujung tahun 2019.Apa khabar murid  yang bakal memasuki tingkatan 4 pada tahun 2020.

      Sehubungan itu umum telah pun mengetahui bahawa mulai tahun 2020,murid yang belajar di tingkatan 4 akan belajar menggunakan pakej mata pelajaran baharu,dan ini bermakna aliran sains dan sastera telah pun dimansuhkan.

      Persoalannya siapakah yang berhak memilih dan menentukan pakej tersebut?Murid itu sendiri,ibu bapa,guru atau pihak sekolah?

      Secara jelas,hak memilih itu ialah murid itu sendiri,namun adakah ibu bapa/penjaga yakin akan keupayaan murid yang membuat pilihan pakej?Setakat mana pula hak guru untuk memberi panduan kepada murid dalam membuat pemilihan pakej?

     Seyogia,adalah difahamkan murid-murid yang  bakal memasuki tingkatan 4 pada tahun 2020 telah pun melalui  Ujian Aptitud Tahun 6,Inventori Minat Kerjaya(Tingkatan 1),Inventori Tret Personaliti,Inventori Minat Kerjaya (Tingkatan 3)dan Inventori Kecerdasan Pelbagai..

     Oleh itu hasil  ujian tersebut boleh digunakan sebagai panduan dalam menentukan pilihan pakej mata pelajaran di tingkatan 4.

      Murid yang bakal memasuki tingakatan 4 dan ibu bapa/penjaga tentu sudah maklumi antara pakej mata pelajaran elektif ialah Elektif Bahasa,Elektif Pengajian Islam,Elektif Sastera Ikhtisas Dan Kemanusiaan dan Elektif Stem.

      Justeru itu murid tingkatan 4 tahun 2020 mesti lebih proaktif dalam berfikir untuk membuat pilihan.Bagaimana pula peranan ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah?


*Selamat membuat pilihan.

Tuesday, November 26, 2019

Manfaatkan Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2019.

Semua murid tahun 6 telah pun menerima Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019.Sudah pasti mereka telah meneliti  pelaporan tersebut.

       Selaras itu juga,pada tahun 2020 mereka akan melangkah belajar di sekolah menengah.Oleh itu amatlah wajar pada masa cuti akhir persekolahan ini,di samping berehat dan bercuti,mereka boleh bersiap siaga untuk memasuki dunia sekolah menengah. Bahkan mereka sudah mengetahui sekolah menengah yang bakal mereka masuki.

       Sesungguhnya kaedah  belajar di sekolah menengah berbeza daripada  belajar di  sekolah rendah.Ibu bapa wajar memastikan anak-anak mereka telah bersedia untuk belajar di sekolah menengah.


*Selamat belajar di sekolah menengah)

Thursday, November 14, 2019

Selamat Menerima Keputusan PPSR 2019.

Murid-murid tahun 6 2019,sudah sedia maklum bahawa Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah boleh diperoleh pada  21 November ini.

            Diharapkan mereka boleh menjadikan pencapaian mereka ini sebagai langkah permulaan untuk memasuki dunia sekolah menengah.Yang baik dijadikan teladan dan yang kurang baik dijadikan sempadan.

           Ibu bapa wajar menghayati akan pencapaian anak-anak mereka agar tindakan yang lebih wajar boleh dilakukan pada masa yang mendatang.


*Selamat menerima PPSR.

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...