Friday, March 13, 2020

Mengisi Cuti Pertengahan Penggal 1 2020.

Selamat bercuti.Murid yang bijak sudah tentu akan mengisi masa cuti itu dengan merehatkan minda.Namun  murid itu pasti juga akan mengulang kaji pelajaran,menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru,dan membaca buku.

      Amatlah rugi,jika murid itu tidak membaca ,tidak menyiapkan kerja rumah .Memang ada murid-murid yang tidak bijak mengurus masa cuti.Oleh itu amat wajar ibu bapa membimbing mereka untuk menggunakan masa cuti dengan penuh bermanfaat.


       Ibu bapa boleh menyemak sama ada anak-anak mereka di tahun satu sudah boleh membaca atau gagal menguasai kemahiran membaca.Bahkan ibu bapa berhak untuk menyemak sama ada anak-anak mereka di tahun empat hingga enam sudah menguasai kemahiran membaca atau masih di tahap tidak menguasai.

        Masa cuti ialah masa untuk merehatkan minda,namun ramai murid di luar sana yang tetap mengulang kaji pelajaran dan  mengikuti kelas tambahan atau tuisyen berbayar.

        Rumusannya terserahlah kepada individu murid itu untuk mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah dan  molek sungguh jika mendapat bimbingan daripada ibu bapa.

Saturday, March 7, 2020

'Bertemu di Kampung Lumut Kiri 2020'(7 Mac 2020-Sabtu)


-Syabas dan tahniah kepada Encik Zamri dan Puan Zailina,selamat menerima menantu.
-Ketemu juga di sini,di Kg. Lumut Kiri

Hampir mencecah  tiga puluh tahun tidak bersua,sama ada ketika itu masih bersekolah
di sekolah Gandhi(Sk Simpang Empat Sitiawan) atau di Sekolah Menengah Tok Perdana Sitiawan
atau juga di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam,itu semua adalah rentetan sebuah peristiwa.
                        
        Hari ini blogger berkesempatan bersua dengan rakan-rakan lama itu,di Kg.Lumut Kiri(tentu kawan-kawan ingat lokasi Kampung Lumut Kiri).sempena majlis kenduri kahwin anak puan Zailina,tentu kawan-kawan ingatkan).

                                                            
                               Lumut Kiri dipandangan,
                               Kampung Serdang,Padang Astaka;
                               Detik masa  jadikan kelangsungan,
                               Doa diangkat dalam rahmat-Nya.
                                


Blogger:Ada nasa ketemu lagi.

       


Sunday, March 1, 2020

Syabas Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Ke- 8.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN  YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8






Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB  Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Ke- 8  diberikan kekuatan dalam meneruskan pembangunan negara Malaysia .
    Semestinya bidang pendidikan tetap mendapat perhatian yang jitu.Jika benar masih  lagi terdapat anak-anak didik yang belum menguasai mata pelajaran  tertentu,sewajarlah  ianya akan diberikan keprihatinan termasuklah  juga menanam nilai -nilai perpaduan dan cinta negara di  peringkat sekolah.

          Pendidikan Abad Ke-21 dan Pembelajaran Abad Ke-21 yang mengutamakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi wajar diteruskan ,bahkan Program Sekolah  Amanah Kementerian Pendidikan Malaysia molek diteruskan juga.

          

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...