Friday, June 16, 2023

Adakah Anak Anda Memahami Maklumat Tersurat dan Tersirat.

 Ibu bapa pasti berasakan bahawa  anak-anak mereka mengetahui akan apa itu maklumat tersurat dan tersirat.Kebiasaannya murid-murid yang belajar di Tahap Dua,pasti wajar telah memahami apa itu maklumat tersurat dan tersirat.



👉Perhatikan petikan berikut.

      Encik Abu pergi bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari.Dia memberitahu Pak Mat jiran rapatnya bahawa dia berada di Pulau Pinang selama tiga hari.(Secara mudahnya setiap maklumat yang terdapat dalam petikan itu ialah maklumat tersurat)

Siapa yang pergi bercuti?  Encik Abu  atau Pak Mat.(dalam petikan menyatakan Encik Abu pergi bercuti)

Di manakah Encik Ali pergi bercuti?(Pulau Pinang-dalam petikan dinyatakan Pulau Pinang tempat bercuti)


👉👉Perhatikan soalan berikut.

Mengapakah Encik Abu memberitahu Pak Mat yang beliau akan bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari?(jawapan bagi soalan ini tidak terdapat di dalam petikan,oleh itu murid-murid perlu berfikir untuk  memberikan jawapannya.(tersirat-sebab apa Encik Abu memberitahu Pak Mat yang beliau  akan bercuti ke Pulau Pinang selama tiga hari.

1-sahaja suka-suka memberitahu jiran rapatnya

2.-Encik Abu berharap Pak Mat akan mengawasi keselamatan rumahnya supaya tidak dimasuki pencuri.

(ramai murid yang berasa sukar dalam menjawab soalan yang tersirat,oleh  itu ibu bapa wajar membantu anak-anak mereka menguasai kemahiran menjawab soalan yang berkaitan dengan maklumat yang tersirat)



-

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...