Saturday, January 16, 2010

Bila Dah Jahil Maka.....

Assalamulaikum w.b.t
Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini.Kerana kesibukan dalam menguruskan sekolah dan keluarga.Tapi,bila mengenangkan banyak peristiwa yang berlaku di akhir-akhir ini,terasa ringan tangan untuk cuba melontarkan idea walaupun sekadar di blog.
Bila membaca di dada akhbar,pasti akan terbaca tentang pergaduhan,jenayah dan sebagainya.Kadangkala,sebelum membeli akhbar pun sudah dapat diagak apakah tajuk-tajuk utama yang akan memenuhi dada akhbar samada yang pro kerajaan mahupun akhbar pembangkang.Bila memuji,memuji sampai ke langit hinggakan perkara yang tidak dilakukan pun,tetap dipuji.Bila mengutuk,mengutuk sampai putus silaturrahim,bagaikan mengutuk orang Yahudi lagaknya.
Bila dilihat semula,maka betullah pesanan Kekasih Allah,iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa bilamana ilmu mengenal Allah dijadikan perkara nombor 2 ataupun yang bawah dari itu,maka akan terzahir beberapa perkara.Yang pertama terzahirnya kemungkaran yang sukar dicegah.Yang kedua akan terzahirnya kehancuran dalam masyarakat tersebut.Bilamana terbaca akan pesanan Kekasih Allah ini,betapa diri ini terasa pilu apatah lagi bila mengenangkan yang tidak berilmu itu adalah dari kalangan orang Islam.Lebih tepat lagi dalam skop Malaysia ini,Orang Melayu. Maka kehancuran itu berlaku dalam lapangan kehidupan.Murid-murid dan pelajar-pelajar Melayu hanyut dan hancur dibawa keseronokan dunia yang ada di depan mata.Para pemimpin-pemimpin pula,bergaduh sesama sendiri,masing-masing menyatakan mereka berjuang dalam kebenaran.Ibubapa pula sudah tidak mempedulikan perihal anak-anak. Kesekolahkah mereka atau ke pusat video game kah mereka.
Setiap hari,penulis dan rakan-rakan daripada GPMS Sitiawan ( GPMS lain tak tau le,mudah-mudahan selalulah berbincang )akan meluangkan masa untuk memikirkan program-program yang perlu disusun agar kehidupan masyarakat Islam terutama pelajar-pelajar Melayu ada matlamatnya. Sehingga waktu ini,penulis telahpun menyiapkan kertas kerja untuk pelajar-pelajar Melayu sekitar daerah Manjung untuk satu program "memperkenalkan pelajar melayu siapakah Tuhan mereka".Sudah dibisik-bisikkan kepada Biro UMNO Bah. Lumut,kalau tak bagi peruntukan satu je pesanan penulis...Tak Payah Cerita Tentang Perjuangan.
Maka matlamat GPMS Sitiawan masih tetap tidak berubah se dari dulu...memartabatkan pendidikan orang Melayu.Kami tak mencari Projek-projek PJKN atau Belia,atau mana-mana projek mega ( hanya contoh ) yang hanya memandang kepada wang semata-mata tanpa memikirkan tentang kepentingan Melayu ( tetapi tidak salah untuk mencari wang ),tapi kami mencari peserta yang mahu berubah.
Moga Allah bersama kami dan kita dan bukan hanya dengan PAS sahaja.

Tulisan ini telah dibuat penambahbaikan berdasarkan kepada komen pembaca.Dan tulisan ini merupakan pendapat peribadi daripada penulis.Dan penulis ada menerima komen-komen dari pembaca.Sekiranya ada pembaca-pembaca yang terasa atau terguris, maka penulis memohon maaf sebanyak-banyaknya.Tetapi tulisan ini ini penulis tujukan kepada semua umat melayu islam dan bukannya tulisan blog ini untuk menghentam sesiapa.Bukan sikap penulis nak menghentam/mengata melalui blog.Terima Kasih.
Cetusan Biro Dakwah GPMS Sitiawan

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...