Tuesday, November 10, 2020

Sekolah Seluruh Negara ditutup mulai 9 November 2020.

 Penularan Covid-19 yang kian meningkat di negara kita,menyebabkan pihak berwajib menutup sekolah,yakni sesi pembelajaran akan berlangsung semula pada bulan Januari 2021.Serentak dengan itu ,pembelajaran secara talian atau pengajaran dan pembelajaran di rumah(PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB dan juga sepanjang tempoh sekolah ditutup.

           Sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada Januari 2021.Oleh itu,dalam menempuh kebiasaan baharu ini,murid-murid wajar bersedia untuk belajar dengan cara kebiasaan baharu.Murid-murid wajar telah membuat pilihan dan bersedia berdasarkan kemampuan yang ada.  

         Sehubungan itu juga,mereka perlu  menguasai sesi pembelajaran online dan  bersedia juga belajar mengikut kesesuaian  berdasarkan situasi yang  berlaku.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,oleh itu murid-murid wajar berinteraksi dengan guru kaunseling sekolah masing-masing jika ada masalah.

        Yang penting,setiap murid wajar telah menguasai kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul.Murid-murid wajar rajin mencari sumber ilmu di Internet dan juga membeli beberapa buah buku aktiviti dan rujukan.

        Bahkan bijak mengurus masa dan emosi.Belajar dengan kebiasaan baharu memanglah terasa sukar,namun akan menjadi satu kelaziman.

         Selamat belajar dan terus mengulang kaji pelajaran.Isikan masa cuti sekolah nanti dengan aktivtii yang berfaedah.


No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?