Wednesday, April 15, 2020

Teruskan Belajar Walau UPSR 2020 dibatalkan.


Salam sejahtera,walaupun pengumuman pembatalan  UPSR 2020,telah diumumkan oleh  YB Menteri Pendidikan,namun murid-murid tahun 6 hendaklah meneruskan ulang kaji pelajaran mereka di rumah.

          Kepada murid-murid yang dapat belajar melalui talian maya teruskanlah.Murid-murid wajar meneruskan penguasaan bagi mata pelajaran BM,BI,Matematik,Sains dan PendidikanAgama Islam.

          Bahkan murid-murid wajar juga membuat latihan yang berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi.Kepada yang berhasrat mahu belajar di sekolah berasrama,teruskan membuat persediaan dan juga fikirkan semasak-masaknya dalam membuat pilihan.

         Jika ada masalah berbincanglah dengan guru dan ibu bapa anda.Pihak sekolah tentu akan memberikan panduan  yang murid-murid tahun 6 inginkan.Selamat mengulang kaji pelajaran.

No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?