Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Sunday, April 5, 2020
"Adakah Anak Anda Belajar ketika Perintah Kawalan Pergerakan.(PKP)2020
Ketika ini sudah semesti anak anda berada di rumah bersama keluarga.Pada ketika ini juga anak anda sudah lama tidak ke sekolah.Namun adakah mereka tetap juga belajar di rumah?
Itu semuanya bergantung kepada situasi anak anda pada ketika ini.
Secara ringkas amatlah wajar jika pada tempoh PKP ini anak anda dalam sehari ada meluangkan masa untuk belajar atau mengulang kaji pelajaran.Terutama dalam mata pelajaran BM.BI,Sains,Matematik dan lain-lain.
Bahkan pada ketika ini anak anda yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca,mengira dan menulis,bolehlah mereka dibimbing secara perlahan-lahan.
Perlu diingatkan sama ada anak anda belajar melalui aplikasi digital atau hanya menggunakan buku teks dan buku aktiviti,namun yang penting anak anda mesti belajar,sekurang-kurangnya sejam dalam sehari.
Amatlah molek juga mereka diajar kemahiran berfikir aras tinggi.Yang penting perlu menjaga agar emosi anak anda tidak cepat jemu atau bosan.Mereka boleh membaca al-Quran,belajar muqaddam, melukis,atau bernyanyi.
Sehubungan itu juga anak anda boleh berinteraksi dengan kawan-kawan mereka melalui aplikasi yang terdapat di telefon pintar atau pun melalui paparan Internet.
Oleh itu diharapkan anak anda dapat belajar, walaupun hanya sejam sehari,yang penting mereka ada belajar di rumah.Selamat belajar di rumah.Doakan kesejahteraan untuk semua.Kepada Yang Maha Esa tempat memohon perlindungan dan keselamatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia
14April 2025-Isnin,berita menyedihkan,Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 telah meninggal dunia. Dalam GPMS Allahyarham Tun Abdullah Ah...

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kini AI kian menjadi buah mulut akan penggunaannya.Namun adakah AI ini boleh membantu anak anda dalam memahami pelajaran yang mereka belaja...
No comments:
Post a Comment