Saturday, October 19, 2019

Sukarkah untuk Lulus Mata Pelajaran Sejarah di peringkat SPM ?

                                         -Betulkah sukar menguasai mata pelajaran Sejarah ?

Ketika ini murid-murid Tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan SPM 2019.Diharapkan mereka diberikan keselesaan  dalam menjawab soalan.
 
       Sehubungan itu benarkah sukar untuk lulus mata pelajaran Sejarah,atau hal ini hanyalah momokan sahaja.

       Para ibu bapa tentu insaf dan sedar,mata pelajaran Sejarah sudah diajar sejak di sekolah rendah.Oleh itu amatlah sinis jika mata pelajaran ini dianggap sebagai sukar untuk lulus.

      Oleh,itu secara khususnya setiap warganegara Malaysia wajib  memahami akan hakikat peristiwa sejarah yang berlaku di Malaysia.Pihak ibu bapa wajar membantu dan memberikan motivasi kepada anak-anak mereka untuk suka  belajar dan menghayati akan kisah sejarah Malaysia.

      Lantaran itu sewajarnya murid-murid Tingkatan 5 dan ibu bapa mereka mengetahui  akan kesannya jika gagal dalam mata pelajaran Sejarah pada peringkat SPM.

*Selamat menduduki peperiksaan SPM 2019.

No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?