Sunday, October 27, 2019

Peranan siapa- Kanak-kanak Masalah Pembelajaran ?

Kanak-kanak Masalah Pembelajaran,siapakah mereka .Setakat manakah sekolah arus perdana mampu mengelola pembelajaran  kanak-kaak masalah pembelajaran?

             Adakah ibu bapa menghayati proses pembelajaran kanak-kanak masalah pembelajaran?
Kebiasaannya kanak-kanak ini tidak dapat mengikuti proses pembelajaran yang biasa dilaksanakn di sekolah.Mereka tidak dapat menguasai Pentaksiran Bilik Darjah dan kekadang dianggap tidak dapat mencapai TP1.

            Hal ini kekadang membawa konflik kepada para guru yang mengajar murid tersebut.Pelbagai kaedah digunakan,dan selalunya dihantar ke kelas pemulihan khas,namun murid itu tetap juga tidak dapat menguasai TP yang sepatutnya iaitu TP 3.

            Sehubungan itu ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang lebih wajar dalam berdepan dengan kanak-kanak masalah pembelajaran.Ibu bapa wajar berbincang dengan guru dan pihak sekolah dalam melihat situasi kanak-kanak tersebut.

             Bahkan murid masalah pembelajaran ini hanya boleh disahkan oleh pakar perubatan yang berkelayakan.
             Namun hakikat yang paling wajar difahami ialah,ibu bapa yang berhak menentukan  situasi persekolahan dan pendidikan  kanak-kanak masalah pembelajaran.

             Adalah menjadi seperti 'satu dosa' jika kanak-kanak ini tidak dipedulikan,sedangkan Kementerian Pendidikan Malaysia  amat prihatin akan pendidikan kanak-kanak masalah pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?