Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua pelayar blog ini mudah-mudahan dirahmati Allah s.w.t
Alhamdulillah hari ini Gurkha dari GPMS Sitiawan ( saudara TAM,saudara OC serta saudara ADI) berada di Sekolah Kebangsaan Ismail 1.Alhamdulillah perjalanan tiada sebarang masalah.Selepas semalam kami bermalam di Merlimau di rumah saudara Ejad,dan makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam,pagi ini ketiga-tiga Gurkha telah turun ke sekolah ini.Dan terima kasih kepada saudara Aziz ( orang lama dalam gpms Perak kini bertugas di Johor ) yang menyambut kami.Ketika ini saudara TAM sedang menyampaikan ceramahnya bersama muka serius yang melampau akibat semalam makan ikan bakar sampai dua ekor.Insyaallah blogger akan memberikan berita penuh selepas blogger kembali ke Sitiawan.Insya allah.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UsahLah menjadi Tanda Tanya:
Diharapkan kes kematian Zara Qairina akan berakhir dengan menamatkan setiap setiap tanda tanya ? Didoakah arwah Zara Qairina dalam rahmat...

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam me...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
No comments:
Post a Comment