Sunday, April 25, 2010

Kisah Cendawan

Assalamulaikum w.b.t
Kepada semua pembaca mudah-mudahan dirahmati Allah s.w.t.
Sudah lama rasanya tidak menulis diruangan ini.Dan selama ini blogger hanya membaca tulisan-tulisan yang ditulis oleh sahabat blogger diruangan ini.Tetapi atas permintaan beberapa sahabat untuk blogger kembali menulis isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan dan gpms.
Alhamdulillah baru-baru ini,blogger bersama-sama dengan Tuan TAM telah mengikuti Siri Jelajah Motivasi 1Malaysia yang dianjurkan oleh GPMS Kebangsaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan.Blogger pergi atas tiket penceramah bebas kerana berasa terpanggil untuk menggunakan pengalaman berceramah selama ini untuk menjayakan program ini.Blogger dan sahabat-sahabat krew yang lain telah diamanahkan untuk menjyakan program ini disebelah selatan tanahair.Negeri yang terlibat ialah Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.
Cuma penulis ingin berkongsi pengalaman selama siri jelajah ini berjalan.Ada sahabat baik blogger memberitahu di dalam PAT GPMS yang lalu,banyak cawangan-cawangan baru GPMS diwujudkan atas inisiatif individu-individu tertentu ( alhamdulillah ).Cuma sahabat blogger ini memberitahu bahawa sebahagian besar daripada cawangan yang wujud ini cuma untuk memperbanyakkan cawangan negeri dan tidak lebih dari itu.Bila blogger meminta penjelasalan lebih lanjut,beliau mengatakan cawangan itu wujud bersempena dengan PAT.Bagi negeri-negeri yang ada cawangan paling banyak macam nampak gah.Cuma pada masa itu,blogger tidak mahu komen apa-apa kerana blogger tidak mengikuti PAT yang diadakan di Uitm Shah Alam.
Tetapi bilamana baru-baru ini blogger menjelajah,didapati apa yang dikatakan oleh sahabat blogger tadi adalah benar.Sepanjang 3 hari program berjalan,dan blogger bersama krew telah menjelajah ke 17 buah sekolah,didapati kesemua 17 buah sekolah yang terlibat bertanyakan tentang GPMS.Dari segi pengerusinya,ajknya,aktivitinya.Bila dijawab bahawa disetiap kawasan ada cawangan GPMSnya sendiri,lalu mereka mengiakan tetapi dihujung ayat itu ada sambungannya."Memang pernah dengar ada cawangan GPMS,tetapi tak pernah tengok aktiviti mereka bahkan mereka gagal dihubungi.Lalu blogger berjanji selepas ini perkara itu tidak akan terjadi lagi.
Di satu tempat lagi ( tidak perlu disebutkan ),dari mula pihak blogger dan krew tiba,sampailah sesat entah kemana-mana,dan sehinggalah pihak blogger meninggalkan kawasan tersebut, tiada seorang pun wakil daripada GPMS di sana yang datang menjenguk.Samada menjenguk di rumah tumpangan kami mahupun menunjukkan muka di sekolah.Bila jadi begitu,terdetik di hati blogger untuk merisik pihak sekolah di kawasan terbabit tentang peranan yang telah dijalankan oleh GPMS cawangan di situ.Dan jawapannya tiada program yang dijalankan bersama pihak sekolah dikawasan itu bahkan mereka sendiri tertanya-tanya adakah di sana ada cawangan GPMS. Apa yang mampu blogger buat ialah beristighfar panjang.
Cuma blogger tidaklah mahu mengganggu GPMS cawangan lain,tetapi blogger ingin katakan bahawa kalau sekadar wujudkan cawangan untuk naikkan publisiti dalam PAT,maka anda semua telah jauh lari dari matlamat penubuhan GPMS.GPMS tidak memerlukan cawangan-cawangan seperti ini.Hanya gah dari sudut kuantiti dan bukannya kualiti.Anda semua selalu canangkan dalam ucapan-ucapan tentang konsep SEDAR dalam perjuangan GPMS.Tetapi anda sendiri tidak SEDAR bahawa anda telah jauh terpesong daripada matlamat perjuangan GPMS.Ingat!Kita bukan cendawan,yang tumbuh selepas hujan,hidup kita bermatlamat.Hidup kita untuk akhirat.

Biro Dakwah GPMS Sitiawan

No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?