Monday, February 15, 2010

Terima kasih Datuk Seri Kong Cho Ha(Ahli Parlimen Lumut)





(GPMS SITIAWAN DAN BBBGPMS SITIAWAN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KEPRIHATINAN DATUK SERI KONG CHO HA AHLI PARLIMEN LUMUT MEMBERIKAN PERUNTUKAN TERSEBUT-1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)





(BERIKUT IALAH PETIKAN UTUSAN MALAYSIA -15 FEBRUARI 2010-ISNIN)


SRJKC Chien Hua, GPMS Sitiawan terima peruntukan jalankan aktiviti.


SITIAWAN 14 Feb. - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chien Hua di sini dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sitiawan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM30,000 dan RM20,000 daripada Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha semalam.
Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, peruntukan tersebut adalah bagi kedua-dua pertubuhan itu menjalankan aktiviti seperti kecemerlangan peperiksaan serta lawatan sambil belajar.
''Hari ini, sebanyak RM80,900 diberikan kepada beberapa pertubuhan bagi menjalankan program kemasyarakatan serta kecemerlangan pelajaran termasuk lawatan sambil belajar dan kebajikan kepada orang miskin dalam Parlimen Lumut.
''Antara penerima bantuan itu adalah Persatuan Taman Sri Batik dengan jumlah RM1,500, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung cawangan Sitiawan (RM20,000) dan Lembaga Pengurus SRJK (C) Chien Hua, Sitiawan sebanyak RM30,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan Ahli Parlimen Lumut di Pusat Khidmat Parlimen Lumut di sini semalam.
Dalam pada itu, katanya lagi, kerajaan bercadang untuk menambah bilangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kini seramai 13,000 orang.
Katanya, pengambilan seramai 500 orang kakitangan baru pada setiap tahun mungkin ditingkatkan bagi memenuhi keperluan semasa berikutan kewujudan balai-balai bomba baru, selain menggantikan anggota yang telah bersara.
''Kita juga menyediakan peruntukan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menambah aset seperti jentera, balai baru dan peralatan lain seperti pakaian selam bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya tanpa memaklumkan jumlah terlibat.

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...