Saturday, February 27, 2010

Program Turun Padang GPMS Sitiawan

Assalamulaikum w.b.t
Bertemu kembali dalam siri post terkini daripada Biro Dakwah GPMS Sitiawan.
Makluman kepada semua gurkha-gurkha dan BBB GPMS khasnya Sitiawan,GPMS Sitiawan akan mengadakan Program Turun Padang atas jemputan daripada pihak sekolah terbabit.Maklumat program seperti yang termaktub di bawah:

Tarikh : 06 / 03 / 2010
Tempat Program : SK Tanjung Jawa,Sabak Bernam.
Waktu : 08.00 pagi hingga 12.00 tgh.
Tajuk : 1)Pendidikan di Alam Siber
( Ceramah Oleh Guru Cemerlang En. Ahmad Nor Khairi B. Jamali)

2)Peranan Ibubapa,Guru serta Murid Dalam Melahirkan Insan
Kamil

Tak tahu sekolah?senang sahaja.Biro dakwah berkesempatan pergi ke sekolah tersebut pada 26 / 02 ( Jumaat )yang lalu,dan sempat bersembang-sembang dengan abang 'guard' di situ juga berlintas langsung dengan Tuan TAM ( yang sedang membakar sampah waktu itu )juga Tuan OC ( yang sedang baring-baring).Mudah cerita,jalan paling mudah ialah dengan mengikut jalan Sabak Bernam hingga jumpa lampu isyarat samada lampu isyarat berhampiran mini stadium atau lampu isyarat balai polis Sabak Bernam,ikut terus sampai jumpa papan tanda Desa Kasih.Kemudian ikut terus papan tanda,dengan izin Allah kita akan sampai.Tapi betulkan niat masing-masing dulu.
Jadi,marilah beramai-ramai wahai gurkha-gurkha semua kita turun padang bersama SK Tanjung Jawa Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Hadir ke Sekolah Sepenuhnya.

 👉Kehadiran penuh ke sekolah amat penting dalam membantu murid-murid menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari. 👉Anak-anak yang gaga...