Saturday, January 7, 2023

Sudut Biblioterapi di Perpustakaan Awam Sitiawan.


                                             
 


Sudut Biblioterapi .


Sewaktu berada di Perpustakaan Awam Sitiawan,saya tertarik dengan satu sudut bacaan di situ,iaitu Sudut Biblioterapi.Oleh itu dapatlah diketahui sudut biblioterapi itu merupakan sebuah inisiatif daripada Puan Rafidah Binti Abdul Aziz,Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,merangkap Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).

          Sudut Biblioterapi ini molek dibaca untuk membantu mengurangkan  stres dan meningkatkan motivasi agar meningkatkan lagi nilai positif dalam diri.Untuk mengetahui lebih lanjut akan fungsi Sudut Biblioterapi  ini ,para pembaca bolehlah berkunjung ke  Perpustakaan Awam Sitiawan dan di setiap Cawangan Perpustakaan Awam Negeri  Perak yang berada berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.

           Adakah konsep Sudut Biblioterapi ini dapat  membantu meningkatkan tahap motivasi belajar murid-murid sekolah ? Bolehkah konsep ini diadakan di sekolah,para pembaca bolehlah merujuk kepada PERBIMA.





No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?