Thursday, March 3, 2022

Penuhi Cuti Sekolah dengan Pemakanan yang Baik.



Apa khabar?Harap sihat sejahtera.Pada masa cuti ini pasti anda melakukan pelbagai aktiviti.Antaranya tentu ada yang pulang ke kampung,bertemu sanak saudara.Bahkan ada juga yang memenuhi jemputan kenduri.


      Oleh itu,amat wajar anda mengamalkan  amalan pemakanan yang disyorkan oleh Piramid Makanan Malaysia 2020.Ini akan dapat membantu anda agar dapat mengekalkan  tahap kecergasan dan seterusnya dapat kembali ke sekolah pada penggal akan datang dengan tahap kesediaan belajar yang bermotivasi tinggi.

      Di samping itu anda sebagai murid sekolah sudah tentu dapat mengamalkan amalan yang dipelajari dalam  mata pelajaran Pendidikan  Jasmani dan Kesihatan.Lakukan aktiviti senaman dengan pengawasan ibu  bapa dan keluarga.

       Akhirnya anda akan dapat mengekalkan Indeks Jisim Badan yang tekal.Ini dapat membantu anda memiliki tahap kesihatan yang tinggi.

 

No comments:

Post a Comment

Lambat Membaca menjelang Tahun 1 2026

 Ibu bapa pasti gembira apabila terdapat anak-anak mereka yang  bakal belajar di Tahun 1 ,pada sesi 2026.Pun begitu terdapat murid-murid yan...