Monday, September 9, 2019

Selepas UPSR 2019,,Murid Tahun 6 Buat apa?


Tidak beberapa hari lagi,peperiksaan UPSR 2019 akan berakhir.Kebiasaannya murid-murid tahun 6 akan berasa bahawa mereka sudah bebas merdeka dalam menimba ilmu.Pihak sekolah pula akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran(PdP) .Namun yang lebih penting ialah kebolehan pihak sekolah melaksanakan Pengajaran dan  Pemudahcaraan(PdPc) kepada murid-murid Tahun 6 yang telah pun menduduki UPSR.

        Murid Tahun 6 dan ibu bapa wajar memahami bahawa pentaksiran bilik darjah akan terus berlaku dan murid-murid tahun 6 akan belajar seperti biasa,namun pihak sekolah diberikan ruang yang wajar dalam memikirkan program selepas Upsr.

             Banyak perkara yang boleh difikirkan oleh murid tahun 6 itu sendiri ,mereka boleh bertanya apakah mereka sudah khatam Al-Quran? Sudah menguasai asas kebolehan berbahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan bahasa Arab..
         
              Bagimanakah  tahap kesihatan  mereka,adakah mereka obesiti?Setakat manakah mereka  mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi,yakni  menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

      Contohnya: Selepas tamat persekolahan di sekolah rendah,mereka mahu belajar di sekolah menengah yang bagaimana? Atau mereka hanya menurut pilihan ibu bapa?

          Namun yang amat ditakuti ialah apabila terdapat segelintir murid tahun 6 yang akan terikut-ikut dengan pengaruh persekitaran yang negatif.Jika ini berlaku amat malanglah  bagi murid itu.
            
             Pada masa hadapan  dunia mahukan manusia yang berilmu dan beradab,bijaksana,mampu menyelesaikan masalah dan berdaya saing.


"BBB GPMS SITIAWAN  MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA.'

No comments:

Post a Comment

Adakah Anak Anda Membaca Buku?