Masa yang berlalu terasa pantas ,kini menjelma bulan ke-12 tahun hijrah iaitu bulan Zulhijah.Pada tahun ini bulan Zulhijah tiba pada masa menjelangnya cuti pertengahan penggal dua persekolahan.
Oleh itu amatlah wajar murid-murid tahun 6 khususnya mengambil ruang waktu cuti ini untuk menghayati kemuliaan bulan Zulhijah dan mengulang kaji pelajaran.
Sekiranya ada sekolah yang mengadakan kelas tambahan,para ibu bapa wajar membuat keputusan yang sewajarnya,malah pihak sekolah juga molek untuk berbincang dengan pihak ibu bapa dan mengambil keputusan yang paling ideal.
Sesungguhnya bulan Zulhijah ini membawa kisah teladan pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Ismail alaihissalam.
Justeru murid tahun 6,ibu bapa dan pihak sekolah wajar mengambil pedoman akan kisah pengorbanan itu.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha,masa cuti itu harus digunakan dengan sewajarnya.
*Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha-Maat dipinta.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bicara yang Terbaik.
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam me...

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam me...
No comments:
Post a Comment