Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Saturday, April 13, 2019
Ibu Bapa dan Guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah.(PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah di tahap satu yakni bagi murid di tahun satu,tahun dua dan tahun tiga,menuntut kerjasama erat dan berhikmah antara pihak ibu bapa dan guru dalam penambahbaikan tahap penguasaan seseorang murid.(TP)
Kegagalan membantu membimbing murid untuk menguasai tahap penguasaan tiga atau murid itu nasih gagal menguasai tahap asas membaca,menulis,mengira dan menaakul amat mendukacitakan.Ibu bapa wajar menghayati situasi perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah.
Kealpaan dalam mencari formula untuk membaiki tahap penguasaan murid akan menyebabkan murid itu sukar untuk berhadapan dengan situasi pembelajaran di tahun empat hingga tahun enam.Motivasi murid itu untuk belajar akan berada pada tahap yang rendah.
Akibatnya timbullah masalah disiplin yang lain,contohnya ponteng sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
100 Tahun Usia Tun M(Jasa baktimu dikenang selamanya)
Antara paparan kata-kata Tun M yang tersurat dan tersirat dengan idea dan falsafah.(lihat paparan gambar di atas) yang menjadi pilihan saya....

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam me...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
No comments:
Post a Comment