'Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada semua pihak atas inisiatif menganjurkan majlis pelancaran ini.
Untuk makluman para hadirin sekalian, sekolah-sekolah di bawah KPM akan
melancarkan program ini secara serentak pada 18 Februari 2019 di seluruh
negara. Sesungguhnya kita amat mengalu-alukan pelibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak swasta seiring dengan Anjakan Kesembilan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama
secara meluas antara ibu bapa, komuniti dan pihak swasta di bawah
Inisiatif 62: Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti
(PIBK). '
(TEKS UCAPAN
YB DR. MASZLEE BIN MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019
SMK BANDAR TASIK KESUMA
11 FEBRUARI 2019)
Petikan ucapan di atas membawa betapa besarnya komitmen dan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia dalam mengambil beberapa inisiatif untuk menggembirakan setiap murid untuk hadir ke sekolah.
Pun begitu lebih molek jika para ibu bapa dengan penuh rasa gembira membantu anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan dengan niat menimba ilmu.Ibu bapa lebih memamahami gelodak jiwa anak-anak mereka.
Pebincangan dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah secara santai dan bernawaitu kudus akan lebih membantu mengatasi masalah 'ponteng'.Bak kata pepatah Tidak ada kusut yang tak selesai,tak ada keruh yang tak jernih,yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia
14April 2025-Isnin,berita menyedihkan,Tun Abdullah Ahmad Badawi PM ke-5 telah meninggal dunia. Dalam GPMS Allahyarham Tun Abdullah Ah...

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 Syabas dan tahniah,didoakan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
-
Kini AI kian menjadi buah mulut akan penggunaannya.Namun adakah AI ini boleh membantu anak anda dalam memahami pelajaran yang mereka belaja...
No comments:
Post a Comment