Baru -baru ini Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik,menyatakan bahawa tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahap 1,iaitu murid Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3.Oleh itu peperiksaan itu pula akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.
Oleh itu pihak ibu bapa wajar memahami akan isu ini.Pihak sekolah akan lebih maklumi akan hal itu dari masa ke semasa.Ketika ini pun Pentaksiran Bilik Darjah telah pun dilaksanakan di sekolah,,di samping pentaksiran sumatif.
Lantaran itu pentaksiran alternatif boleh dijadikan sandaran untuk melihat pencapaian murid tahun satu,tahun dua dan tahun tiga.Pentaksiran alternatif ini dapat mengukur 'holistik 'seseorang murid.Kemahiran berfikir murid lebih dapat dilihat melalui pentaksiran alternatif berbanding pentaksiran tradisional.
Namun ,menjelang 2019,pihak sekolah akan diberikan input pentaksiran untuk murid tahun satu,tahun dua dan tahun tiga.Ibu bapa tidak perlu gusar,bahkan sentiasa berinteraksi dengan pihak sekolah agar lebih memahami akan hakikat yang sebenarnya.
Yang lebih utama,menjelang murid itu memasuki Tahap 2,murid itu telah bersedia dan menguasai kemahiran membaca,mengira,menulis dan menaakul.Murid itu mampu untuk berdikari dan berkomunikasi dengan baik.
Sejak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan sebagai sebuah badan belia yang menjurus kepada pendidikan anak-anak Melayu,penggeraknya disebut dengan nama seperti gurkha,dan kini gurkha diganti dengan nama Biro Badan Bertindak GPMS.(BBBGPMS).Lantaran itu blog bbbgpms ini bukanlah semestinya pendirian Gpms, Gpms Perak,ia hanyalah cetusan rasa ahli bbb itu sendiri.Bahkan Blog BBB Gpms Sitiawan juga bukan bermakna ada kaitannya dengan Gpms Sitiawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
100 Tahun Usia Tun M(Jasa baktimu dikenang selamanya)
Antara paparan kata-kata Tun M yang tersurat dan tersirat dengan idea dan falsafah.(lihat paparan gambar di atas) yang menjadi pilihan saya....

-
Kes buli seperti tidak berkesudahan.Mengapa terjadi,tunggu siasatan terperinci.Molek juga peraturan penggunaan seterika disemak semula ber...
-
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur.Bicara dan wacana tersebut amat bermakna dalam melihat kejituan pendidikan di negara ini dalam me...
-
Membaca itu menambah ilmu.Melalui pembacaan anak-anak anda akan dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman bak kata peribahasa t...
No comments:
Post a Comment