Wednesday, May 16, 2018

Salam Ramadan tahun 2018/1439H

Bersyukur kerana dengan rahmat-Nya,bertemu lagi dalam bulan Ramadan,ibadah puasa bagi semua yang beragama Islam.Pun begitu,kepada murid-murid, ketibaan bulan Ramadan bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan alasan untuk culas belajar dan berpuasa.

      Ibu bapa dan pihak sekolah,tentu sudah merancang beberapa aktiviti  yang sesuai agar bulan Ramadan dapat dimanfaatkan  oleh semua  murid.Bahkan di sesetengah sekolah,minggu ini dan minggu depan ialah peperiksaan pertengahan tahun/ Sumatif 2.

       Justeru itu,murid-murid tahun 6,sewajarnya sudah mula membuat ulang kaji untuk persediaan UPSR 2018.Bahkan pada bulan Ramadan ini,murid tahun 6,boleh menuai pahala dengan melaksanakan perkara-perkara yang boleh mendapatkan pahala seperti solat  tarawih dan membaca Al-Quran.
     
       Biro Badan Bertindak Gpms Cawangan Sitawan mengucapkan selamat berpuasa.

-antara aktiviti yang boleh dilaksanakan pada bulan Ramadan,(Gambar Hiasan)

No comments:

Post a Comment

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.

 Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...