Thursday, January 25, 2018

Kelas Tambahan di sekolah 2018.


Kelas Tambahan di sekolah diadakan dengan pelbagai tujuan,Namun perkembangan terkini memungkinkan kelas tambahan bukanlah satu kaedah yang baik terutamanya kepada murid sekolah rendah.

      PPSR mengambil kira pelbagai  faktor selain UPSR..Oleh itu amat kurang tepat kelas tambahan diadakan juga di sekolah rendah.PAK21 bukan melahirkan murid yang berorientasikan peperiksaan tetapi yang holistik,berdaya fikir,penyelesai masalah dan mereka cipta.

       Bagaimana pula dengtan murid yang tidak  boleh menguasai kemahiran asas membaca,menulis,mengira  dan menaakul? Apakah reaksi anda jika murid yang melangkah ke tingkatan 1,tidak  menguasai kemahiran membaca,menulis,mengira dan menaakul.

        Rumusannya,PAk21 tidak memungkinkan kelas tambahan sebagai  satu wadah yang mesti diadakan di sekolah,jika diadakan juga,amatlah harmonis  untuk kokurikulum diadakan pula  klinik sukan ,pendidikan Islam diadakan  kelas solat bestari,kelas khatam Al-Quran,dan kelas mendapatkan tahap indeks jisim tubuh yang normal,bukannya obesiti..

No comments:

Post a Comment

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.

 Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...