Thursday, July 13, 2017

Meneropong Tingkah laku Calon dalam Percubaan Upsr 2017.






1.Menjelang Upsr 2017,sudah pastilah calon-calon Upsr 2017,akan menduduki Peperiksaan Percubaan Upsr 2017.

2.Kebiasaannya peperiksaan percubaan ini digunakan untuk mengukur pencapaian setiap calon,dan seterusnya melakukan tindakan susulan agar  pencapaian calon itu  boleh dipertingkatkan,

3.Namun,sejak tahun 2016,soalan  KBAT  berkecederungan menjadi penentu kepada keupayaan calon Upsr untuk mendapat  A atau  mencipta penguasaan D.

4.Oleh itu,ibu bapa wajar 'meneropong' tingkah laku anak mereka yang bakal menduduki peperiksaaan Upsr.

5.Apakah yang wajar diteropong?Antaranya ialah;

-tahap emosi anak mereka.
-kesiagaan anak mereka untuk menduduki peperiksaan percubaan.
-kesediaan ibu bapa berkongsi semangat dan perasaan dalam bersiap sedia menghadapi peperiksaan itu.
-setakat mana ibu bapa memberi restu dan doa akan diberikan kemudahan anak mereka mengambil peperiksaan percubaan.
-memahami  dan mendengar cetusan hati anak mereka selepas selesai  sesuatu kertas peperiksaan dijawab.(soalan susahlah,soalan senang,entahlah,tak tahu nak cakap susah ke senang)
-menu pemakanan  yang diberikan kepada anak mereka sewaktu mengambil peperiksaan percubaan.

6.Lebih banyak perkara yang diteropong akan memberikan maklumat yang lebih banyak,hal ini akan membantu ibu bapa untuk berbincang dengan guru.Guru akan mengambil maklumat itu sebagai satu petanda dalam proses  tindakan susulan menjelang Upsr  2017.

7.Sesungguhnya setiap calon wajarlah mempunyai tahap ketenangan yang tinggi sewaktu menjawab soalan.Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan Upsr 2017.


No comments:

Post a Comment

Murid Sekolah.

 Kini semua murid telah mengikuti sesi awal persekolahan.Berikut ialah  sikap yang telah anda lakukan pada awal sesi persekolahan.Perhatikan...