Thursday, March 23, 2017

"Matematik itu mudah "kata Saudara Mohammad Rafie Bin Ibnu Hajar 2017.

-MOHAMMAD SAIFUL RAFIE BIN IBNU HAJAR-




Memperoleh keputusan SPM  7A 2B,sesuatu yang terbaik bagi  Mohammad Saiful Rafie,Sesungguhnya itulah antara bintang-bintang  SPM bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana Sitiawan Perak.

            Amalan belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan adalah satu kaedah belajar yang disukai oleh Mohammad Saiful Rafie.Bercita-cita menjadi seorang doktor psikologi kanak-kanak,berminat dengan mata pelajan matematik serta mendapat dorongan daripada ibu bapa,guru-guru dan kawan-kawan.
     
           Bagi Mohammad Saiful Rafie,matematik adalah subjek yang paling senang sebab jawapan bagi setiap soalan adalah tetap dan tidak berubah-ubah,Bahkan soalan Kbat juga boleh membantu kejayaan seseorang calon Spm.

          Pesanan Mohammad Saiful Rafie kepada yang bakal mengambil Spm 2017 ialah;
-jangan tinggal solat.
-menuntut ilmu kerana Allah.
-jangan cepat berputus asa.
-masalah adalah satu penghalang tetapi penghalang bukanlah satu masalah.

    Pemblog mengucapkan syabas kepada putera kepada Encik Ibnu Hajar  Bin Tammy dan 
Puan Titina Binti Motalib.

    Selamat mencipta kejayaan yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Menjelang Ramadan Ini Doa untuk Palestin.

 Menjelang Ramadan 2024, Doakan saudara-saudara di Palestin dalam rahmat-Nya, Aku hanya insan lemah-hanya doa yang kutitipkan. Palestin Teta...